Transit Planet Zuhrah 2012

Hari ini sejarah fenomena alam yang jarang-jarang berlaku. Dianggarkan kejadian ini akan berulang 105 tahun akan datang.

Ia merupakan pergerakan planet zuhrah ( venus ) melintasi matahari dan bumi. Kejadian sebelum ini pada 8 Jun 2004 dan hari ini 6 Jun 2012 lebih kurang jam 6.30 pagi hingga 12 tengahari peristiwa tersebut berulang sekali lagi.

Macam biasa aku nie kira dua dalam satu. Bertugas dan menikmati fenomena alam.

Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM membuat cerapan dan ditayangkan ke dalam muzium. Cerapan dibuat diatas bumbung muzium.
Persediaan awal teleskop

Tak tahan panas, kena buat khemah.
Mencerap bermula

Teleskop perlu digerakkan mengikut pergerakan zuhrah. Kena tunggu.
Bukan senang nak naik atas bumbung muzium. Jadi apa lagi interprem berkeping-keping.
Kat hadapan muzium diadakan berbagai acara seperti mencanting batik dan main buih.

Buih gergasi
Dalam muzium ditayangkan gambar zuhrah secara langsung dari atas bumbung muzium.
Venus nampak seperti titik hitam diatas matahari
Titik hitam atas sebelah kiri tu planet zuhrah ( venus). Gambar dari NASA

Disamping nak lihat transit venus melintas matahari. Berbagai acara diadakan untuk memerihkan suasana.
Interprem sekali lagi. Kalau tak kerana kerja, tak datang muzium nie.


Sejarah keagungan Islam
Kalau tak tau nak kemana di Pulau Pinang sila mai muzium nie. Macam-macam ada. Tapi kalau nak lihat lagi transit Zuhrah kena datang 105 tahun lagi. Boleh klik blog muzium untuk aktiviti terkini. Nie dia alamatnya.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM Penang, Malaysia
Tel: 604-6533888 ext. 3261&3294
Fax: 604-6563531

Waktu melawat:
Isnin - Sabtu : 9am-6pm

Tutup:
Jumaat : 12.45pm-2.45pm
Ahad & Cuti Umum

No comments:

Post a Comment