Bagai mana pula dengan pakaian yang kita hari-hari pakai ( baju, seluar, tudung dan sebagainya )?? Boleh kata 24 jam kita pakai. Adakah ia halal?
Berbagai fesyen yang ada ketika ini dengan berbagai jenis kain digunakan seperti lembut, kasar, tebal, nipis, licin, jarang dan macam-macam lagi.
Gambar hiasan
|
Dengan permintaan fesyen pakaian yang tinggi terutama untuk wanita maka industri fesyen meningkat. Begitu juga peningkatan permintaan pakaian yang menutup aurat. Sekarang kita menjurus kepada pakaian menutup aurat khususnya kepada wanita.
Berbagai fesyen yang direka. Zaman dulu-dulu sekitar tahun 80an dan 90an, pakaian menutup aurat tak mempunyai perkembangan fesyen yang pantas seperti ketika ini. Ketika ini berbagai butik tumbuh bagai cendawan untuk memasarkan pakaian menutup aurat. Untuk meyakinkan bahawa mereka adalah butik atau pengeluar memasarkan pakaian menutup aurat diletakkan perkataan Muslimah atau nama-nama Arab pada kedai atau kolar baju.
Disebut fesyen muslimah tak dapat lari dari tudung. Berbagai jenama terdapat dipasaran sehingga butik yang menjual semata-mata tudung pun ada. Direka dengan berbagai gaya dan harga yang kadang-kadang sama dengan sepasang baju. Tepuk dada tanya yang mana matching dengan baju dan beg tangan.
Dalam masayarakat berbagai bangsa, kek ekonomi fesyen di kongsi bersama. Jadi pereka yang bukan muslim pun menghulur kaki jalan beriringan dalam industri fesyen muslimah. Serapan kepelbagaian budaya mewarnai industri fesyen muslimah.
Dalam mengejar permintaan yang tinggi terhadap berfesyen menutup aurat, setiap pereka akan mencari ide-ide baru mentafsirkan kecantikan dan kelainan untuk golongan tersebut. Maka dalam perlumbaan ini kadang-kadang akan terbabas lalu terjadilah kekeliruan dalam hukum.
Fesyen-fesyen muslimah ini banyak berlaku kekeliruan dengan rekaan yang berbagai. Ada dilihat berbaju kurung tetapi bahagian tangan dibuat bahan jarang. Ada yang memakai jubah tetapi sendat. Semua dah OK tetapi tudung pula singkat / jarang. Entahlah, ada macam-macam lagi.
Perkembangan industri fesyen luar pun akan memberi tempias kepada fesyen muslimah. Fesyen muslimah pun tidak mahu kalah dalam perkembangan terkini. Lalu di serapkan fesyen luar dengan beberapa pengubahsuaian dan pemadanan untuk menghalalkannya. Ini kadang-kadang menjadi cacamarba. Contoh yang yang suatu ketika menjadi kesukaan ialah legging. Apa tu legging? tuuu seluar ketat nipis ( mula-mula aku ingat benda nie untuk bayi saja, rupa-rupanya untuk orang tua pun ada ). Benda nie dipadan dengan baju labuh walau tetap menampakkan bentuk kaki ( tutup warna kaki).
Persoalannya ialah adakah fesyen yang diketengahkan menepati hukum. Hukum sudah jelas tetapi disebabkan dimainkan dengan jenama dan lokasi pembelian contohnya telah dibeli di Butik Fesyen Muslimah XXXX atau jenama kat koler baju ada nama arab sikit maka secara automatik fesyen itu mencakupi hukum.
Yang hairannya orang yang mereka dan menjual pakaian muslimah ini kebanyakan adalah orang yang menggelar dirinya Islam juga. Ini boleh mengelirukan. Tak semua bersikap begini, ada yang menjadi pereka dan penjual yang berhemah. Disebabkan segelintir peniaga yang bersikap begini menjadikan pembeli tanpa usul periksa menjadi mangsa fesyen dengan kedangkalan ilmu.
Oleh itu perkara ini perlu di perbetulkan. Dimana peraturan-peraturan yang menjadikan sesuatu pakaian itu bertaraf menutup aurat perlu dikeluarkan. Butik-butik yang menggunakan nama merujuk kepada penjualan pakaian menutup aurat pun perlu peraturan. Dengan peraturan ini pereka-pereka fesyen dan butik-butik mempunyai panduan.
Institut pengajian yang menawarkan kursus rekaan fesyen boleh menyelitkan modul khusus untuk fesyen menutup aurat yang di dokongi tenaga pengajar yang bertauliah.
Yang utama dan hari-hari kita lihat ialah dalam medai massa elektronik, digital, manual, ada wayar dan tanpa wayar dan sebagainya. Media ini banyak memberi pengaruh. Jadi dicadangkan, contohnya pengacara ( jawatan lain pun sama la juga ) yang ingin berpakaian menutup aurat ketika keudara sebolehnya pakaian tu biar sempurna. Sebab kadang-kadang mereka nie lah yang memperkenalkan pakaian menutup kulit tapi menonjol-nonjolkan bentuk ( baju tajaan kot ).
Untuk pembeli pula, fikir dulu sebelum membeli. Kadang-kadang pakaian dah sempurna tetapi telah dibeli tak ikut saiz, saja nak bagi menonjol. Ubahsuai sehingga menjadi seksi.
Sekarang ini banyak usaha-usaha untuk meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pemakaian menutup aurat yang sempurna oleh persatuan-persatuan Islam dan NGO melalui kempen-kemnpen seperti Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, kuasa ditangan pembeli.
Sumber-sumber hukum boleh rujuk Al-Quran, hadis dan ustaz-ustaz. Google pun banyak maklumat boleh dapat.
Aku tulis untuk menjadi peringatan kat aku yang bukan baik sangat. Bukan apa bila dipakai baju macam nie ramai yang dapat saham. Pereka, penjual, pembeli, pemakai, penonton, penanggung dan banyak lagi lah.
Fikir-fikirkan.
tak ikut fesyen sangat. yang penting selesa, tak keterlaluan. legging tu dah terang-terang haram..ramai yang share pasal legging ni, tapi masih ramai jugak yang pakai macam tak ada rasa bersalah.
ReplyDeletesama la tak ikut fesyen. tapi kalau dah susah nak cari yang sempurna pening gak. dok kumpul saham free
ReplyDelete