Lepas melawat
Istana Iskandariah Kuala Kangsar minggu lepas, hari Ahad lepas ke Jusco Bandar Perda. Jalan-jalan kat Jusco, dok sebelah perai nie nak pi jalan mana lagi kalau tak ke supermarket. Bukan ada tempat beriadah. Habis pusing-pusing Jusco singgah kejap kat Restoran Kapitan. Orang tak ramai, mungkin petang Ahad.
|
Restoran Kapitan Bandar Perda |
Ini adalah salah satu rangkaian Restoran Kapitan yang ada kat Pulau Pinang. Dibuka 24 jam menyediakan nasi kadar dengan berbagai pilihan lauk. Seperi Restoran Kapitan yang lain juga, ia menyediakan berbagai menu India seperti tandoori, kebab, capati, roti canai, mee, beehoon dan berbagai lagi yang aku sendiri pun tak tau namanya.
Kami oder yang biasa-biasa sahaja.
|
Mee goreng sedap. Mee kesihatan sebab bahan tak banyak, ada lah di bubuh sawi dan fish ball. |
|
Set tandoori dengan garlic nan. Yang nie besttt |
|
Nasi milani. Mamak pun guna nama Itali. Nasi briyani bersama ayam ( seperti ayam panggang ) dituang sos butter. Nasi sedap, ayam pun sedap. |
Apa yang dimakan hari nie sedap. Tapi kipas kat restoran ni pusing tak bertenaga, perlahan sahaja. Minta pekerja dia bagi laju dijawab tak boleh dah. Jadi kami diminta pindah meja duduk dekat kipas lantai. Pelayan yang rasanya inport memberi layanan yang menarik, sentiasa senyum
Antara menu Tandoori yang ada.
Restoran ini dibuka 24 jam. Lokasi terletak di Bandar Perda Bukit Mertajam. Nie dari Google Map kat bawah.
View Restoran Kapitan Bandar Perda in a larger map
No comments:
Post a Comment