Kali pertama periksa dulu. Jumpa doktor Irhaam Amran, doktor ENT kat Hospital Pantai tu. Dia pun kata tonsil memang besar. Jadi dibuat temujanji untuk pembedahan pada 4hb Jun 2012. OKlah masa cuti sekolah. Muhammad Ammar seronok saja, tak rasa takut. Tambahan pula doktor kata lepas operate akan diberi aiskrim. Sebelum ini pun Ammar memang nak buang tonsil tu.
Tibalah 4hb Jun, hari Isnin. Nur Fatini dan Ahmad Firas kami hantar ke TALESKA seperti biasa. Kami tiba seawal 7.45 pagi ( temujanji 8 pagi) kat bahagian kecemasan. Adalah sain sana, sain sini. Ikut kelayakan insuran dapat bilik 2 orang. Oleh sebab mak dan kakaknya Siti Sarah nak jaga kat situ, mudah ambil bilik seorang. Tak ganggu.
Masih ceria. Dapat tidur atas katil elektrik |
Tak berapa lama nurse datang suruh Ammar tukar baju. Pakai gaun hospital dan baring atas katil. Katil ditolak ke tingkat dua. Masa nie ternampak senyum manis Ammar dah jadi senyuman pahit. Dah tak seceria tadi.
Best, katil nurse tolak |
Masih dapat kawal. |
Bertambah kerap Ammar mengelap air mata. Aku cuba menenangkannya. Ammar memang kuat. Dalam takut dia tetap tak teriak atau minta balik, cuma diam saja.
Tak berapa lama sekali lagi Ammar ditolak ke bilik bedah dan dipindah kekatil pembedahan. Tempat nie lagi menakutkan dengan alatan sekeliling dan juga lampu yang berbagai kat atas siling ( tak bolehkah bilik bedah di buat menarik sikit dengan warna-warna macam tadika ? ). Air mata masih mengalir walau tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dalam bilik nie ada Dr Atar dan Dr Irhaam Amran dan beberapa staf lain.
Dr Atar sekali lagi cerita kat Ammar, bius tu seperti apa yang angkasawan pakai. Lalu diberikan corong ubat bius kepada aku untuk di tekup ke hidung Ammar.
Dr Atar dan geng menjalankan tugas |
Berani |
Resah menanti anak keluar |
Dalam sejam baru Dr minta salah seorang masuk jumpa Ammar. Kali nie ibunya pula masuk. Tak berapa lama, Ammar dengan istreriku keluar. Ditolak masuk bilik semula.
Kasih ibu |
Menu Tengahari : Ikan pindang, buncis goreng, bubur dan tembikai |
Menu petang : Roti bun dan koko |
Dah ceria |
Isteri aku kata doktor baru lepas periksan Ammar. Doktor kata semua OK dan di kata kalau Ammar tak makan tak boleh keluar hospital. Dia makan kurma telur, diratah sahaja. Itu pun tak sampai sebiji. Kurma telur antara hidangan makan malam yang disediakan.
Menu malam : Telur kurma, sayur, bubur dan agar-agar |
Malam sebelum aku balik rumah, pergi beli beli mashed potato kat KFC Tesco. Mana tahu dia nak makan. Ammar makan dua tiga mulut, selebihnya kakanya belasah.
Dalam jam 10 malam aku dengan Fatini balik rumah. Tinggal Ammar dengan Siti Sarah dan ibunya.
Esok aku pi kerja macam biasa Dalam jam 10 pagi isteri aku bagi tahu doktor dah periksa dan boleh keluar. Dalam jam 2 petang aku sampai ke hospital. Ammar dan Sarah telah makan pagi dan tengahari yang disediakan hospital.
Dengar dari isteri aku waktu dia jumpa Ammar selepas pembedahan, bila tersedar seperti terkejut dan memanggil aku. Sebab menyangka aku masih dok sebelah dia. Ini disebabkan dia tidak tahu dia tak sedarkan diri semasa dibius.
Akhir sekali terima kasih kepada semua doktor-doktor, nurse-nurse dan sesiapa yang memberi perkhidmatan yang terbaik di Hospital Pantai Sungai Petani menjadikan pembedahan Muhammad Ammar berjalan lancar.
Hari ini cukup seminggu Ammar dibedah. Tekak pun dah tak sakit. Makan pundah lalu. Sekolah pun dah buka, jadi kena pi sekolah.
p/s: Muhammad Ammar memang berani. Semasa bersunat pun dia dengan sukarela nak berkhatan dan ketika ini doktor mensyorkan membuang tonsil dia dengan gembiranya mahu dilakukan dengan segera. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment