Integriti dan Kedai Buku Sekolah

Apa itu integriti ? dari kamus Dewan Dewan bermaksud:

1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.

Ini ceritanya. Suatu hari isteri aku ke Kedai Buku Sekolah untuk membeli barang keperluan anak aku darjah satu. Ketika berada di situ dilihat penjaga kedai dengan senang hati menjual 10 biji pemadam kepada pelajar tanpa menyoal apa-apa.

Satu kisah lagi, suatu hari  lain pula aku dapat tahu mengenai Kedai Buku Sekolah. Ketika berada di situ, dilihat oleh beliau kakak yang jaga kedai menjual keropok. Tiba-tiba kakak yang menjual keropok telah menyorok keropok-keropok itu setelah mendengan ada cikgu yang dalam perjalanan ke kedai. Apabila dilihat tiada cikgu yang masuk, mereka keluarkan kembali keropok-keropok itu.
Gambar hiasan
Itu dua kisah yang saja aku tulis. Dimana kisah pertama, pihak sekolah telah memaklumkan kepada pihak kedai buku supaya tidak menjual alat tulis dalam jumlah yang besar kepada pelajar. Maklumlah budak-budak sekolah nie, baru saja diberi kebebasan memegang duit, jadi macam-macam mereka nak beli. Kadang-kadang melebihi dari keperluan.

Kisah kedua pula, memang sejak dari awal lagi Kedai Buku Sekolah tidak dibenarkan menjual makanan ( nak makan pergi kantin ) seperi keropok atau makanan ringan. Tetapi pihak kedai telah menjual secara sembunyi-sembunyi.

Oleh itu apa hubungkaitnya dengan integriti. Integriti bila didengar mesti terbayang penjawat awam atau sektor kerajaan sebab itu menjadi salah satu tonggak dalam perkhidmatan sehingga ada Institut Integriti Malaysia. Integriti bukan untuk sesuatu sektor sahaja tetapi menyeluruh dalam semua sektor termasuk sektor swasta.

Dalam kontek kisah yang diberikan menunjukkan nilai-nilai murni pihak Kedai Buku Sekolah telah tiada. Apa yang dilakukan seperti menangguk diair keruh. Mengambil kesempatan dari kenaifan kanak-kanak dan kepercayaan yang diberi untuk berniaga di kawasan sekolah telah di salah gunakan.

Berniaga untuk pelajar di kawasan sekolah rasa aku boleh tahan juga untungnya, sebab pasaran sudah sedia ada. Cuma perlulah dijalankan dengan penuh integriti. Kalau nak untung besar pi buka kedai kat luar. Boleh jual segala macam.

Rasanya kisah ini berlaku dimana-mana. Apabila keuntungan menjadi keutamaan. Ingatlah wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah untuk mengisi perut yang kosong dan juga membeli barang-barang keperluan. Harap sesiapa yang mengambil tender berniaga di dalam kawasan sekolah fikir-fikirkan.

p/s: Apa akan jadi jika Kedai Rakyat 1 Malaysia dibuka di sekolah ? Kena bagi kad kredit kat bebudak lepas nie.

No comments:

Post a Comment