Apa Ada Pada Nama ?

Beberapa hari yang lalu aku keluar rumah seprti biasa. Berhenti di lampu isyarat. Dalam dok tunggu lampu hijau terlihat satu papan tanda baru di persimpangan jalan tertulis Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Sebelum ini jalan tu tak ada papan tanda tetapi semua orang dah maklum sebagai Jalan Kubang Menderung. Serupa kisah turun temurun.
Jalan Kubang Menderung --> Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Sebab apa di namakan Jalan Kubang Menderung ? Mari kita kaji salah-silah dia. Cari sendirilah, aku google tak jumpa. Gambar ada, sejenis rumpai liar yang manusia tak mau ( tapi ada juga orang bandaraya yang buat hiasan ). Mungkin dulu-dulu kawasan nie penuh dengan tumbuhan nie kot.
Pokok menerung
Semua benda ada nama. Kalau tak ada kita reka bagi juga nama. Manusia, jalan, bangunan, jambatan, kenderaan, pokok, alatan dan macam-macam lagi ada nama. Setiap nama yang diberi ada asal-usul dan sebabnya.

Dulu-dulu setiap nama ada sejarahnya, seperti nama orang yang meneroka, struktur geografi seperti kawasan tu berpaya atau banyak pokok keladi atau peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ambil contoh nama kawasan Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena ini merupakan tiga kawasan yang berkait satu sama lain jika dihubungkan mempunyai sejarah yang tersendiri. Begitu juga daerah Baling mempunyai sejarah  bagaimana nama itu terjadi dari peristiwa Raja Bersiung ( kebenaran tak pasti tetapi itulah yang di ceritakan )

Sekarang nama tempat terutama taman perumahan dan jalan dah tak menarik dan tak ada sejarahnya.  Sekarang nak lestari, semua nak ambil nama bunga, rempah-ratus, pokok atau haiwan terutama untuk taman perumahan dan jalan seperti daffodil, bunga raya, dahlia, ara, sena, lawang, lengkuas, kelisa dan macam-macam lagilah. Kalau nak ganas sikit ambil nama jawatan dulu-dulu seperti shahbandar, panglima dan hulubalang. Nak ganas lagi letak nombor saja seperti Seksyen 13 ( jenuh mengira kalau nak ke sesuatu lokasi, dalam kepala selepas SS2 mestilah SS3 rupanya dah jadi SS14). Kalau nak menunjukkan ke canggihan di cedok dari negara luar seperi Presint, Boulevard dan Souq seperti di Putrajaya ( terjemahan dalam bahasa Malaysia pun dah ada ). Banyak yang tak ada sejarahnya, sekadar nama sahaja.

Mungkin dah banyak kawasan dibangunkan dan tak ada peristiwa-peristiwa yang berlaku yang boleh dikaitkan. Selepas merdeka, ambil contoh Kuala Lumpur,  jalan-jalan dan bangunan  banyak mengambil nama-nama tokoh yang berjasa sebagai nama seperti Tuanku Abdul Rahman, P.Ramlee, Tun Sambathan, Tun H S Lee, pahlawan, pembesar dan sebagainya.  Tak lupa juga penggunaan nama-nama ilmuan dan alim ulama terbilang zaman kegemilangan Islam dahulu.

Nama jalan dan tempat yang dulunya sebelum merdeka menggunakan nama orang putih di tukar ke nama tokoh-tokoh negarawan yang berjasa. Antara nama-nama jalan yang ditukar dari nama orang putih seperti Broadrick Road ditukar ke Jalan Raja Laut dan Foch Avenue tukar ke Jalan Cheng Lock ( boleh cari kat Google ). Supaya nama-nama tersebut dikenang sebagai antara tokoh-tokoh yang membangunkan Malaysia.

Bagus juga menggunakan nama-nama orang berjasa salah satunya anak-anak akan mengetahui siapakah orang -orang yang telah berjasa kepada negara. Mungkin pada asalnya nama-nama itu disebut merujuk kepada kawasan, jalan atau bangunan tetapi lama-kelamaan setelah belajar, mereka akan dapat buat hubungkait nama tersebut dengan sejarah negara.  ( Aku terbaca satu cerita lawak; Seorang cikgu tanya muridnya " Siapakah yang tahu mengenai Tuanku Abdul Rahman ? " Lalu seorang murid menjawab " Saya tahu cikgu ! ayah saya selalu lalu Jalan Tuanku Abdul Rahman, selalu jem" ).

Tak perlulah guna nama yang besar-besar sahaja seperti Tuanku Abdul Rahman. Nanti semua tempat nama yang sama, pening nak cari. Guna sahaja nama orang setempat. Kalau di Pulau Pinang cari orang yang berjasa setempat begitu juga negeri lain. Tak berjasa seluruh negeri pun cari yang berjasa dalam daerah tersebut. Sekurang-kurangnya kita akan mengenali dan disebut-sebut nama beliau.

Bolehlah dipanjangkan penggunaan nama-nama ini untuk tempat-tempat beribadat dan pendidikan. Apa salahnya menggunakan nama-nama orang yang berjasa terutama ilmuan dan alim ulama. Sekarang banyak binaan tersebut menggunakan nama bersempena dengan lokasi ia berada. Kalau berada di Taman Malati, jadinya Sekolah Kebangsaan Taman Melati begitu juga jika terletak di Bertam Perdana jadinya Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Begitu juga masjid. Kadang-kadang tak secara langsung menaikkan nama pemaju perumahan kawasan tersebut.

Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam. Dalam google aku cari siapa Haji Hassan Itam. Tak banyak fakta mengenai beliau, yang jumpa cuma merujuk kepada bekas Guru Besar Sekolah Kebangsasan Simpang Empat ( nama lama sebelum di tukar ke SK Haji Hassan Itam ). Walau beliau taklah tersenarai sebagai antara orang yang terkenal tetapi jasa beliau membangunkan sekolah lalu nama beliau diabadikan sebagai nama baru bagi SK Simpang Empat  menjadi Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam.

Menggunakan nama tokoh-tokoh ini pun kadang-kadang tak berapa elok jika sesuatu lokasi itu menjadi tempat sarang maksiat atau dadah. Jadi nama-nama tokoh ini akan disebut merujuk kepada keburukan yang dilakukan atau nama beliau menjad sinonim dengan keburukan, seperti Lorong Haji Taib. Bukan salah nama tersebut, tetapi salah manusia yang melakukan tahana disitu.

Jika sebuah nama diabadikan kepada sesuatu tempat, maka sehingga mati pun namanya akan disebut-sebut. Nama yang baik-baik jika diucapkan seperti berdoa kepada pemilik nama tersebut.

2 comments:

  1. banyak nama lama dah ditukar..sedih jugak..dah tak klasik lagi. especially bila satu2 taman perumahan baru dimajukan...nama pun turut dimodenkan sekali...

    ReplyDelete
  2. tuu la sekarang nama nak moden dan lestari...syok kalau ada nama macam dulu-dulu

    ReplyDelete