Alor Setar - Hari 2 : Menara Alor Setar

Dalam perjalanan kami balik dari Alor Setar ke Kepala Batas singgah ke menara ini. Dah petang, nak tengok matahari terbenam dari menara. Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke Menara Alor Setar sepanjang aku jadi orang Kedah.
Menara Alor Setar
Menara ini di kelilingi oleh taman dan terdapat sedikit permainan untuk kanak-kanak. Oleh itu kat bawah tu boleh lepak-lepak.
Tiket masuk boleh didapati di kaunter di kaki menara. Disamping itu terdapat jualan cenderamata di ruang legar menara tersebut dan juga maklumat mengenai menara.
Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia dan juga yang kedua tertinggi di Malaysia ( selepas Menara Kuala Lumpur ). Ketinggiannya ialah 165.5 meter. Dibuka untuk pelawat pada 14 Ogos 1997 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke 4. ( maklumat lanjut boleh lawat laman web menara http://www.menaraalorstar.com.my/index-2.html )

Menara dibuka untuk lawatan dari 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket dari RM 10 hingga RM 3, mengikut kategori tertentu seperti dewasa, OKU, warga emas, pelajar, kanak-kanak dan warga asing.

Selapas dapatkan tiket, bolehlah naik lif yang lut sinar ( bubble) ke ruang pemerhati. Ruang pemerhati di terletak pada ketinggian 88 meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya.

Ia merupakan ruang terbuka yang dipagari dengan besi keselamatan dan diselang seli dengan  berpuluh-puluh ruang melihat yang ditutupi cermin ( Rasa tak puas tengok ke luar sebab ada banyak pagar keselamatan yang mengganggu penglihatan. Kalau tak dak pun bahaya gak nanti ramai yang jadi superman ).
Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong yang membolehkan kita melihat secara dekat Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekelilingnya. Di sini juga ada kaunter menjual cenderahati dan ais krim. Cenderahati Menara Alor Setar tak banyak sangat tetapi cenderahati Angry Birds banyakkkk.
Makan ais krim 88 meter dari bumi.
Kita bolehlah pusing-pusing 360 darjah secara manual dalam ruang pemerhati ini (jalan kaki lah ). Kalau letih ada disediakan kerusi.

Ini gambar tiket Menara Alor Setar, tapi kenapa tertulis Menara Kuala Lumpur ?? Sesiapa yang suka buat koleksi tiket pasti menyesal.
Manara Alor Setar atau Menara Kuala Lumpur ??
Gambar kat bawah ini menunjukkan lokasi bekas Bulatan Teluk Wanjah yang telah dipindahkan bagi memberi laluna kepada pembinaan jejambat. Nak tau bentuknya lawat ke sini.

Kami pusing-pusing sampai senja. Dapat ambil gambar matahari terbenam.

Nie bandaraya Alor Setar diwaktu malam. Masjid Zahir dan juga I-City.
Masjid Zahir disebelah kanan, I-City disebelah kiri.
Tingkat kedua pula merupakan restoran berputar yang berada di ketinggian 94 meter. Restoran D'saji milik Felda.  Kami nak naik ke atas tengok menu apa yang disediakan, tapi pak cik guard tak bagi. Dia kata sesiapa yang nak makan ja boleh naik, lebih kurang cam tu lah. Aras ketiga merupakan ruang seminar dan aras ke empat merupakan ruang terbuka.

2 comments:

  1. menara alor setar adalah salah satu property under Menara Kuala Lumpur. begitulah signifikasi mengapa tiket tersebut dicetak atas nama Menara Kuala Lumpur.

    ReplyDelete