Ramai ibu bapa yang tak bersetuju. Kenapa perlu dibayar ? Dari makluman yang diterima duit itu untuk kos makanan yang spesial dan juga persediaan-persediaan yang perlu di sewa untuk menjadikan majlis kali ini meriah.
Oleh kerana ramai ibu bapa yang tak bersetuju sebab kos yang tinggi lagi pun ibu bapa yang datang betujuan untuk melihat anak-anak mereka naik pentas menerima hadiah atau membuat persembahan. Tak perlulah makan hebat-hebat dan stage yang ganas macam Festival Filem Malaysia.
Dari pandangan peribadi aku dan juga pandangan orang lain yang aku boleh terima ialah:
1- Dewan yang digunakan sempit. Ada ibu bapa yang kena berdiri walau ada kerusi yang kosong tapi tak selesa sebab sempit. Jika boleh dapatkan dewan yang lebih besar.
2- Teater muzikal tak dapat nak di paham mesej apa yang hendak disampaikan.
3- Anak-anak yang masuk menari dalam teater tak tau dari kelas mana dan sekejap sahaja atas pentas. Sebelum ini setiap kelas contohnya PG akan membuat persembahan tersendiri.
4- Jika boleh untuk persembahan digunakan suara dari anak-anak tadika sendiri.
5- Masih lagi teater, pakaian yang dikenakan ketika pementasan kadang-kadang tak mencerminkan sebuah tadika Islam.
6- Lebihkan menggunakan tenaga kreativiti dari pengajar seperti dari segi pakaian. Tak perlulah sewa sebab ibu bapa nak lihat kreativiti anak-anak dan juga inisiatif dari guru-guru untuk menjayakan program. Contoh buat pakaian dari kotak atau barang terpakai.
7- Pengacaraan majlis kalau boleh ambil di kalangan anak-anak tadika. Mungkin tidak semantap pengacara import tetapi keletah mereka boleh menghidupkan majlis disamping memupuk keberanian anak-anak. Kekurangan kalau anak-anak jadi pengacara tak dapatlah depa nak ulang sebut mengenai kos-kos yang tadika tanggung.
8- Kurangkan penggunaan alat-alat kesan khas seperti lampu dan asap. Bukan tak cantik, tetapi menambahkan kos ( kalau mampu, teruskan).
9- Dalam pengacaraan majlis tak perlulah diulangkan tentang kos-kos yang perlu ditanggung tadika kepada ibu bapa. Diharap sebelum perlaksanaan sesuatu program penilaian kemampuan dapat dipastikan dahulu, ukur baju di badan sendiri. Aku ada juga tanya ibu bapa yang ada anak-anak di tadika lain, ada apa-apa bayaran untuk hadir hari anugerah? Ramai kata tak ada pun. Tak perlulah aku nyatakan tadika mana tetapi cawangan dia memang berlambaklah.
10- Adakan persembahan bercerita terutama dalam bahasa Inggeris. Kalau tak ada cerita nabi-nabi dalam bahasa inggeris hentam sajalah cerita Cinderella, Sleeping Beauty.
11- Majlis untuk anak-anak tak perlulah formal sangat. Kita datang dengan gembira dan kita hendak lihat anak-anak pun gembira. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, mereka manusia biasa, kalau terlari sana-terlari sini tu perkara biasa ( yang tak mau anak-anak yang dok diam saja ) lainlah kalau konvokesyen universiti, yang tu untuk orang dewasa. Jadi teguran tu perlu lihat situasi.
12 - Makanan tu nak sedia atau tak kepada hadirin terpulanglah, yang datang tu nak lihat anak-anak buat persembahan dan menerima hadiah. Tapi untuk anak-anak yang kena buat persembahan dan kena datang awal perlulah di sediakan makanan. Makanan untuk anak-anak perlulah bersesuaian dengan tempoh masa mereka terpaksa menunggu di belakang pentas sehingga tamat. Kanak-kanak ni aktif jadi makan cepat dicernakan. Ishhhh... apa melalut ni, tentu yang menguruskannya lebih faham. Aku pernah hadiri satu hari anugerah tadika di adakan kat hotel, tiada bayaran diminta dan tak disediakan makanan pun kepada hadirin, ibu bapa tak komlen pun. Janji dapat melihat anak-anak atas pentas.
13 - Kemeriahan sesuatu acara bukan terletak kepada berapa banyak kos yang dilaburkan tetapi bagaimana kita menguruskan acara itu dan menarik perhatian hadirin. Jika tadika tentulah persembahan dan keletah anak-anak menjadi perhatian dan hadirin juga ingin melihat kreativiti yang dihasilkan.
Mungkin konsep penswastaan yang diterapkan oleh Tun Mahathir sudah memasuki tadika. Jadi untuk memeriahkan suasana dijemput pemain import dan segala macam alat yang diharap dapat menaikkan suasana. Oleh itu diserahkan kepada pemain import ini mengambil alih sebahagian tugas yang sepatutnya diuruskan oleh tadika.
Ini saja yang aku terfikir, nanti aku tambah kalau ada lain-lain atau pembaca boleh tambah yang mana difikirkan perlu.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment