Hari Ihtifal 2011

Setelah sekian lama berlatih , hari ni akan berlangsung upacara graduasi dan penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL. Kali ini Dewan LPPKN Kepala Batas yang baru sebulan dirasmikan menjadi tempat berlangsungnya Hari Ihtifal 2011.

Tahun ini anak-anak di minta berada di Dewan LPPKN seawal jam 7.00 pagi. Jadi kami bersiap macam nak pi sekolah juga. Kali ini makan pagi disediakan jadi tak berapa kalut sediakan makan pagi, cuma minum susu saja lepas tu hantar depa ke dewan. Nak masuk dewan awal sangat jadi kami dengan si kecil Firas pi makan kat kantin Hospital Kepala Batas.

Jam 8 pagi lebih kami ke dewan semula. Kereta hampir penuh di luar dewan. Sampai ke dewan di beri buku cenderamata yang ada nombor cabutan bertuah. Masuk ke dalam dewan terasa sempit. Cari kerusi. Duduklah mana yang selesa, maklumlah bawa putra raja yang tak berapa paham bahasa lagi, si kecil.
Kali ini berbeza sedikit dengan tahun lepas sebab kali ini ada jualan makanan, buku, pakaian dan pekej foto di luar dewan.

Hampir jam 9 pagi acara bermula. Kali ini juga berbeza sebab persiapan lebih grand continental dari biasa. Kali ini ada DJ import, sistem lampu, videoman, fotoman, prop dan costume yang di import, penasihat persembahan yang diimport juga.

Acara di mulai dengan DJ memperkenalkan diri dan juga di beritahu kepada ibu bapa supaya tak lalu di kawasan depan dewan untuk ambil gambar.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi.

Diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh dua orang Qari kecil iaitu adik Sharifah Safia Zahra dan adik Amir Husain.

Tanpa berlengah masa acara penyampaian sijil tamat atau graduasi di berikan. Anak aku Muhammad Ammar tergolong dalam orang-orang telah tamat pengajian darjah 0 di tadika Khalifah intelek.
Selepas itu disusuli dengan penyampaian hadiah kepada yang mendapat nombor terkecil. Siti sarah mendapat tempat ke dua.

Hadiah kemuncak kepada anak-anak yang berakhlak mulia, pelajar harapan, pelajar cemerlang dan lain-lain yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Acara diteruskan dengan bacaan yasin oleh enam orang adik-adik dari Tahfiz.

Diikuti oleh laungan azan.

Habis sahaja acara anak-anak nie dia ceramah motivasi oleh Ustaz Abdullah Khairi selama 20 minit. Beliau menekankan kepada pentingnya mendidik anak-anak dengan sabar kerana itulah harta yang akan membantu kita di akhirat kelak.

Habis sahaja motivasi oleh ustaz anak-anak pra-tahfiz CIKAL mendendangkan lagu tema Imam Muda 2 ( HambaMu) dengan penuh bersemangat.

Yeahhhhh.... terimalah acara kemuncak iaitu teater kanak-kanak berjudul " Siti Di Alam Fantasi ". Teater ini pernah di pertontonkan di Istana Budaya. Ini versi yang telah dipendekkan sebab yang original rasa aku lebih 2 jam. Cerita telah dipendekkan jadi tak berapa nak paham jalan ceritanya. Teater ini menggunakan kostum / pakaian khas yang banyak. Layan sajalah gambar kat bawah ini.
Muhammad Ammar jadi ulat


Teater ini diakhiri dengan memperkenalkan cikgu yang mengajar koreografi untuk setiap segmen / haiwan dan disudahi dengan di minta ibu bapa berdiri menyanyikan lagu 1Malaysia.

Selesai sahaja teater. Cabutan bertuah dijalankan. Antara yang bertuah ialah kamilah sebab dapat buku.

Acara diteruskan dengan dikir barat oleh kanak kanak Pra-Tahfiz Cikal. Anak perempuan aku, Siti Sarah ambil bahagian. Tapi muka tak berapa nampak sebab dok belakang.

Sekali lagi cabutan bertuah dan acara pun tamat lebih kurang jam 12 tengahari.  Makan telah disediakan untuk semua yang di pack.

Untuk tahun depan ada promo akan dibuat teater Aladdin pula.



Akhir sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL yang telah mengajar dan bersabar dengan telatah anak-anak aku. Jasa semua guru-guru hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment