Dok tak pa...tak pa ingat awal lagi....tau-tau dah 1hb Oktober. Apa lagi pejam mata pandu kereta juga ke tempat kerja. Dalam perjalanan berdoa jangan aku jumpa polis tarfik dan polis trafik jumpa aku. Pandu masa tu kira sungguh bersopan tapi taklah sampai jarakkan 50m dari kenderaan dihadapan.
Sampai tempat kerja perkara pertama dibuat ialah pi CIMB cawangan USM buat insuran kereta. Insuran dan Road Tax tamat pada 30hb September, kira lewat sehari. Jumpa Xandra ( kalau tak silap aku nama dia ), bagi covernote lama kat dia. Dia hubungi CIMB cawangan lain untuk siapkan insuran sebab cawangan ini tak ada bahagian insuran. Masa tu rasa aku dalam jam 10.30 pagi. Dia bagi tahu dalam satu ke dua jam akan siap dan boleh buat cukai jalan.
Oleh kerana hari Jumaat, aku ke pejabat pos cawangan USM kira-kira jam 3.00 ptg. Di periksa dalam komputer, didapati tak masuk lagi insuran. Dia suruh hubungi syarikat insuran. Aku pi la ke CIMB sekali lagi ( jarak dekat saja lebih kurang 100m ). Pegawai CIMB yang aku berurusan tadi hubungi cawangan yang buat insuran dan diberitahu ada sedikit kesilapan ketika buat cover note, mereka sedang buat pembetulan. Nak dijadikan cerita diberitahu hari ini syarikat insuran buka sampai jam 12.30 tengahari sahaja ( kalau tak salah aku). Tapi mereka sedang berusaha untuk selesaikan. Dia suruh aku tunggu dalam bank sebab kata dia sekejap sahaja. Tapi malas lah tunggu macam dok buat pinjaman pula, bagi no telefon suruh hubungi aku jika dah siap.
Jam 4 ptg masih belum siap. Diberikan aku no talifon pegawai bank yang uruskan insuran tersebut di CIMB Jelutong. Pn Zuraini. Aku malas nak hubungi, tapi memandangkan aku akan balik tanpa road tax & insuran kereta, kena hubungi juga lah. Lagi pun hari Jumaat kereta atas jalan banyak, segala kemungkinan boleh berlaku.
Aku hubungi beliau, dan diberitahu sedang dok selesaikan masalah tersebut. Diberitahu juga beliau sekadar menolong sebab yang menguruskan insuran tidak ada. Ok lah aku suruh hubungi aku jika siap.
Dah lepas seketika aku hubungi semula ( sebelum ini aku hubungi dia tetapi orang lain angkat diberitahu dia tiada di meja). Sekali lagi diberitahu mereka sedang mencuba membuat pembetulan. Aku beritahu dia kalau tak boleh, batal saja insuran itu, aku buat kat agensi lain. Tapi diberitahu tak boleh sabab maklumat dah masuk, agensi lain pun akan sangkut. Apa lagi panas la juga.
Dia suruh aku datang Isnin depan. Aku cakap macam mana aku nak balik, jika berlaku apa2 dalam perjalanan? Dia cakap jika kena tahan polis tunjuk saja resit bayaran yang dibuat. Aku tanya lagi kalau kena saman juga macam mana? dia pun tak boleh jawab. Aku kata kalau kena saman aku akan claim kat CIMB. Letak talipon biar dia cuba lagi, aku tunggu.
Sambil dok tunggu-tunggu tu buka dompet, saja tengok lesen memandu. Aikkk....tarikh tamat 30hb September. Kira peristiwa ini ada hikmahnya. Terus ke Pejabat Pos sekali lagi buat lesen selama dua tahun. Masa aku sampai kaunter tak dak orang, yang jaga kaunter tu kenai aku masa datang tadi, di tanya insuran dah siap ka?, tak lagi la. Jam dah menunjukkan 4.45 petang dah. Aku pun rasa sampai Isnin depan baru siap kot.
Sambil dok sembang dengan kakak kaunter pos. Handphone aku bunyi, angkat saja, Zuraini dari CIMB Jelutong hubungi. Diberitahu semua dah siap dan akan fax cover note kat aku. Aku kata no fax tak ingat, tapi boleh ka buat road tax secara dalam talian? Dia kata boleh. Cepat-cepat minta kakak kat pejabat pos tu periksa dah masuk komputer ka? beri no kereta di periksa memang dah masuk. Alamakkk geran tak bawa pula. Kakak kaunter tu kata kalau nak, cepat pi ambik geran. Apa lagi aku belari la ke kereta ambil geran. Sampai pejabat pos dah hampir jam 5.00 petang. Nasib baik kaunter kosong, serah saja geran dan duit, pintu pun dah nak ditutup. Selesai semua pintu pejabat pos depa tutup. Alhamdullilah..... dapat balik dengan tenang. Tercapai nak balik dengan ada insuran dan road tax.
Aku ucapkan terima kasih kepada Xander CIMB USM dan Pn Zuraini CIMB Jelutong kerana berusaha siapkan insuran aku, Kakak jaga kaunter Pejabat Pos USM ( tak tahu nama, aku panggil kakak ja la nampak aku muda sikit ) kerana sanggup tunggu sampai jam 5.00 petang siapkan road tax aku.
No comments:
Post a Comment