Aku...aku...aku... . Ini bukan pasal aku tetapi mengenai "aku". "Aku " yang aku maksudkan ialah perkataan "aku". Orang belah Utara perkataan "aku" ni biasalah pengganti bahasa baku "Saya". Kalau di sekolah terutama dalam bilik darjah cikgu-cikgu tak beri guna perkataan "aku" sebab kasar. Begitu juga dirumah bersama keluarga perkataan "aku" nie jarang digunakan. Dirumah kita membahasakan diri kita dengan pangkat seperti "kakak" "along", "angah" dan kalau nak sempoi lagi guna perkataan "chek". "Chek" ini selalu digunakan dibelah Utara dan di pakai didalam membahasakan diri didalam ruang litup ahli keluarga. Tapi dengan tuhan kita selalu membahasakan diri sebagai "aku". Jarang jumpa rasanya kita mendengan orang membaca doa membahasakan diri sebagai "saya" atau " chek". Aihhhh cukup latuuu.
Yang aku nak katakan ialah cara kita memberi motivasi atau menenangkan kekusutan terutama kepada anak buah dengan kata lain pekerja dibawah tanggungan. Seringkali di lihat yang Si Bos atau ketua ini mengambil contoh dari dirinya sendiri. Entah betul atau tidak dia yang tahu. Jika ada anak buah yang datang mengadu, tak habis lagi dia cerita perihal kepala yang serabut dengan pantas Si Bos tadi cerita lah kisah dia pula yang mungkin dirasanya cerita itu memberi penyelesaian atau penenang kepada pengadu. Lalu di mulailah dengan "Aku kan kalau jadi macam ini aku selalu.....bal...bla..bla....". Diceritanya pula kisah dia kepada si pengadu.
Si Pengadu tak habis lagi meluahkan perasaan, terpaksalah pula melayan cerita bos. Yang Si Bos ini teruskan lah cerita "aku....." menunjukkan bahawa dia pun melalui situasi yang sama ( sedangkan dia tak tahu kesudahan cerita si pengadu lagi ). Jadi diceritankan tindakan-tindakan yang di ambil yang tak pernah tersasar menunjukkan bahawa tindakannya itu memang terbaik dan dia memang seorang yang hebat. Di akhir cerita tiada apa pengajaran di dapati, dan Si Pengadu masih lagi kusut dan oleh kerana telah membuang masa yangl lama Si Pengadu pun kena balik meneruskan kerja beliau.
Moralnya jika ada sesiapa yang datang berjumpa meluahkan kekusutan, biarlah dia menceritakan kisahnya dulu. Dah habis cerita barulah masuk memberi ide-ide atau contoh-contoh yang berlaku pada diri kita atau orang lain supaya Si Pengadu mendapat ide-ide atau dia mengetahui bahawa bukan dia seorang sahaja yang mengalami situasi sedemikian.
Kadang-kadang Si Bos tidak perlu pun menceritakan kisah dia, cuma mendengar. Mendengar kadang-kadang dengan sendirinya dapat menyelesaikan kekusutan. Ini disebabkan Si Pengadu mungkin ketika itu hanya ingin meluahkan apa yang terpendam sahaja. Selepas di luahkan, selesai dan dia berasa lapang.
Kepada Si Bos tak perlulah menjadi super hero dengan cerita-cerita kisah dirinya yang hebat atau keputusan-keputusan yang dibuat tak tersasar. Kadang-kadang menjadi pendengar yang baik sudah memadai.
No comments:
Post a Comment