SKBP - Yasin & Doa Selamat

Setelah sekian lama menanti, maka hari ini 3hb September 2010 ( Ahad ) diadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat bersempena kemasukan kali pertama pelajar ke Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana ( SKBP ).

Majlis diadakan di bawah bangunan sekolah, ruang yang lapang, aku rasa tempat perhimpunan bakal pelajar sekolah. Terletak di bawah blok bangunan. Selesa, disediakan lampu dan kipas.

Masa aku sampai ibu bapa dah ramai menanti majlis bermula. Dihampar tikar sekeliling ruang perhimpunan itu. Lebih kurang jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz untuk menambah keberkatan majlis ini.
Diikuti oleh ucapan pengetua Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana ( SKBP ).

Alhamdulillah sambutan memang cukup baik, tikar yang disediakan dikeliling ruang perhimpunan tidak mampu menampung kehadiran ibu bapa. lalu di hampar tikar tambahan lagi.

Dikuti oleh ucapan Yang dipertua PIBG.
Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah, nama aku lupa la pulak.

Dan akhir sekali untuk menambah kebarkatan memasuki sekolah baru, bacaan Yasin dan Doa Selamat di ketuai oleh Imam Besar Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah ( kalau salah tolong betulkan ).
Selesai sahaja acara maka hadirin dijemput ke blok sebelah iaitu kantin dimana telah tersedia juadah untuk menjamu selera.

Sungguh sebok, cikgu-cikgu dan AJK PIBG menyediakan nasi daging.

Kuih-muih, kek, cucur dan macam-macam lagi lah terhidang atas meja. Tak tau nak pilih yang mana. Hasil dari buah tangan yang dibawa oleh ibu bapa.

Legaaaaaa.....
Acara terakhir, semasa upacara Doa Selamat tadi pengerusi majlis memberitahu ibu bapa boleh melawat sekitar sekolah. Jadi kesempatan ini aku ronda-rondalah. Bukan senang nak masuk dilain kali.


Semoga dengan pembukaan sekolah ini akan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru-guru dan memudahlan pengajaran dan pembelajaran dilakukan dan tidak lagi berpindah randah menumpang disekolah lain, insyaallah. Sekolah ini akan menerima pelajar pertama iaitu dari darjah satu hingga darjah tiga pada keesokan harinya iaitu pada 4hb September 2010 ( Isnin ). Sebelum ini pelajat SKBP telah menumpang di Sekolah Menengah Bertam Perdana.

Gambar lain lawati Photobucket aku.


Teringat sekolah lama aku kat Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul, Pendang. Kalau darjah satu disediakan blok asing. Darjah dua sampai darjah enam disediakan blok berderet. Semua blok dibina dengan kayu sahaja. Tak ada lagi batu-batan zaman tu. Kipas angin dan lampu, jauh sekali, buka tingkap untuk angin masuk. Kalau kelas melukis cikgu akan beri warna dalam bentuk serbuk dari dalam diambil dari dalam tin sebesar tin Milo. Jadi pelajar bancuhlah dengan air. Perhimpunan pula dikawasan lapang dihadapan sekolah, tak berbumbung. Seingat aku tidak ada siapa yang merungut panas. Nak kena melawat sekolah lama kalau ada masa.

No comments:

Post a Comment