Teringat dulu sebelum Ramadhan atau lebih tepat bulan puasa, timbul cerita halal dan haram terutama makanan di hotel-hotel, kopitiam, nasi kandar dan kilang-kilang membuat makanan. Tersentak dengan pendedahan demi pendedahan di akhbar dan media massa maka Jabatan Agama Islam dengan pantas mengambil tindakan. Lalu dibuat sebuan demi serbuan dan terpampanglah di media massa serbuan yang di lakukan dan pendedahan lokasi serbuan tanpa nama premis. Tak lama selepas itu keluar di muka akhbar nama-nama hotel yang mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam. Ribuan terima kasih diucapkan kerana berani mendedahkan secara terbuka ( kita dah merdeka 53 tahun ).
Hari ini atau lebih tepat selepas Ramadhan atau lepas Hari Raya Aidil Fitri tertanya kah kita serbuan-serbuan dan pendedahan yang dibuat telah cukupkah atau telah sampai kekemuncak yang memungkinkan telah semua tanda halal telah diguna dengan betul dan sah? Aku rakyat biasa ini hanya melihat berita di media massa, tertunggu mungkin ada lagikah serbuan dan pendedahan dibuat? Sudah cukupkah dengan apa yang dilakukan di bulan Ramadhan?
Halal Haram ini bukan isu bermusim, ia perlu tindakan berterusan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Aku rakyat biasa hanya melihat luaran sahaja tetapi yang berlaku dibelakang sana aku tak tahu. Kecuali lah ternampak ada domoi ( hidung ) yang keluar dari periuk haaaa yang tu aku tahu. Pemantauan yang lebih kerap perlu lah dilakukan kepada yang telah diiktiraf halalnya produk mereka supaya tak berlaku penyelewengan.
Satu lagi yang aku masih tak pasti ialah status syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Masih lagi menjadi tandatanya. Apakah sijil yang dikeluarkan mereka diiktiraf Jabatan Agama Islam? Sebab banyak kedai makanan yang telah memaparkan sijil dari syarikat swasta. Ini perlu penjelasan dari pihak yang berwajib.
Isu nama produk juga boleh diambil kira dimana sekarang ini ada produk-produk yang dibuat menggunakan nama-nama Islam atau nama orang Melayu atau nama yang melambangkan keislaman. Aku sebagai penggunan kadang-kadang tertipu dengan produk begini sehingga tidak melihat logo pengesahan halal atau kilang yang membuatnya. Begitu juga dengan pekerja di premis-premis terutama premis makanan. Kita lihat pekerjanya betudung ( tudung melambang dia Islam ) ini menjadi tarikan untuk penggunan beragama Islam untuk berkunjung tanpa usul periksa.
Pendedahan perlulah dilakukan dan maklumat perlulah disampaikan kepada pengguna dengan tepat dan jelas. Maklumat hendaklah disampaikan diruang yang boleh dicapai dengan mudah. Kadang-kadang kita menjaga sensitiviti pengeluar dengan dilindungi maklumat mereka tetapi adakah rakyat juga dilindungi dari kekotoran yang telah dilemparkan? Isu-isu ini perlulah ditanggani sepanjang masa bukan bermusim.
No comments:
Post a Comment