SKBP - Hari Kokurikulum 2010

Dekat 2 minggu anak aku, Siti Sarah balik rumah hafal lagu P. Ramlee. Cikgu beri lirik lagu tu untuk di hafal. Kadang-kadang jika lupa tempo, haaa... aku ngan bini aku jadi mangsa. Kena la nyanyi lagu tu bagi dia dengar, ok la janji ada tempo.

Hari ini 16hb Oktober 2010, pepagi lagi kami dah bersiap. Makan pagi apa yang patut dan berjalan ke sekolah. Sekarang ni hendak kesekolah dah mudah. Ada titi yang dibuat atas longkang di tepi sekolah, jadi tak perlu masuk melalui pintu utama. Masuk melalui pintu kecil di tepi sekolah sahaja.

Acara pertama mereka berkumpul di laman di tengah blok sekolah. Berbaris dan menyanyi lagi Negaraku, Negeri Kita dan lagu sekolah.

Kami pula sebok mendaftar Sarah dan Ammar masuk akaun Nuri Bank Rakyat. Sebelum ini pihak Bank Rakyat ada memberi borang daftar masuk Akaun Nuri. Tapi rasa tak perlu lah sebab ada akaun Tabung Haji. Tiba Hari Kokurikulom ni, pihak Bank Rakyat buat peraduam mewarna. Jika nak masuk peraduan kena ada akaun Nuri. Apa lagi sampai saja kat sekolah kami pun sebok cari kaunter Bank Rakyat. Selamat lah buat 2 akaun Nuri.

Habis sahaja lagu rasmi doa pun dibaca untuk memberkati majlis. Alhamdulillah boleh dikatakan semua program yang aku hadiri kat sekolah ini doa di awal majlis, ada tempat yang suka buat doa di akhir majlis. OK kot mesti ada sebab.

Haaaa.... acara meregang badan. Pelajar-pelajar sekolah melakukan senam robik. Ibu bapa pun boleh ikut sama. Masa ini, anak aku dah pi bersolek untuk acara beliau.

Ramai ibu bapa yang menjadi penonton di sekitar laman sekolah. Memberi sokongan kepada anak mereka.

Lama juga lah senam robik tu. Kalau ikut mesti kurang sekilo dua punya. Dok melihat senamrobik tu, anak aku nombor dua Muhammad Ammar dah bosan. Ajak aku lihat kuda di tepi sekolah. Lepas lihat nak naik pula.

Pembelian untuk hari ini tak menggunakan duit tapi diganti dengan kupon. Kupon ni boleh dibeli dengan dikaunter yang dikendalikan oleh guru-guru SK Bertam Perdana. Kupon-kupon ini dijual dalam nilai RM 1.00, 2.00 dan jika ingin menyertai cabutan bertuah belilah set kupon berharga RM 10.00.
Muhammad Ammar nie kira dalam kategori berani. OK lah anak lelaki. Naik lah kuda tapi muka tak berapa nak senyum.
Setelah selesai dua pusingan kami ke laman sekolah melihat acara apa sedang berlaku. Senam robik masih berjalan.
Selesai senam robik. Semua dah sihat dah berpeluh. Diganti pula oleh persembahan nasyid oleh para pelajar tahun berapa aku tak tahu.

Disamping persembahan pelajar, ada dibuat pameran oleh syarikat-syarikat seperti Uzai, Celcom, Matahari Optometri dan jabatan kerajaan seperti Bomba dan Klinik Pergigian.

Acara persembahan diteruskan lagi, kali ini anak aku masuk. Dah bertukar baju. Nyanyi lagu P. Ramlee.
Habis sahaja acara persembahan, perut pun dah lapar. Di kantin macam-macam ada. Ayam goreng, nuget, bihun sup, laksa, koew teow, mee, pop corn, chocolate shake, aiskrim dan banyak lagi la.



Hampir jam 10.30 diadakan pendaftaran pertandingan mewarna oleh Bank Rakyat. Pelajar yang telah membuka akaun Nuri dapat masuk. Yang masuk pertandingan ini bukan sahaja dari SK Bertam Perdana malah dari sekolah di sekitar seperti SK Paya Keladi, SK Pokok Sena. Yang bestnya daftar masuk pertandingan ini dapat lagi kupun RM 5.00. Boleh shooping lagiii.
Pertandingan diadakan di tingkat 3 sekolah. Dibahagikan kepada 3 kategori umur. Legaaa kat atas nie ada air-cond.
Kali ini anak aku mewarna rasanya lebih baik dari sebelum ini. Adalah sikit tone warna. Taklah warna sekata sahaja.

Disamping Bank Rakyat, Syarikat Uzai juga menganjurkan acara untuk kanak-kanak seperti kutip gula-gula dalam tepung (tapi tak sempat sebab hujan), tiup belon sampai pecah, bola api ( betul ka nama dia, permainan pasing bola sehingga muzik berhenti).


Habis mewarna kuda menjadi agenda. Kali ini mereka nak naik kereta kuda pula.

Sang Nuri bersama peminat kecil.

Bakat terpendam dari YDP PIGB Cikgu Abd Latif. Boleh tahan la suara beliau.
Penyampaian hadiah kepada pemenang mewarna Nuri.
Ucapan penutup oleh pegawai PPD.
Acara diteruskan dengan cabutan bertuah untuk pusingan terakhir. Sebelum ini dah dua atau tiga kali cabutan dibuat. Ini yang terakhir dan hadiah terbesar. Hadiah-hadiah ini merupakan sumbangan Guru SK Bertam Perdana, Syarikat Wahab, Celcom, Bank Rakyat, Uzai, Dr One dan banyak lagi lah.
Ini bukan balik kampung atau pergi beraya tapi bawa balik hadiah basikal cabutan bertuah.
Hadiah terakhir dan terbesar iaitu TV dimenangi oleh Cikgu Aziah.

Begitulah kemeriahan yang terdapat di Hari kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak 2010 SK Bertam Perdana. Kehadiran ibu bapa memang meriah. Ini baru darjah satu sampai darjah tiga, jika semua bilik darjah sudah penuh rasanya kalah Jom Heboh.

Kami sebagai ibu bapa amat seronok dengan aktiviti yang dianjurkan dan anak kami pun amat gembira walau tak dapat hadiah tapi kegembira dapat menyertai acara-acara yang dianjurkan. Kami mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan AJK PIBG yang berjaya menganjurkan program sebesar ini walau baru 2 minggu memasuki sekolah ini dan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Gambar-gambar lain boleh lihat di Photobucket aku.

No comments:

Post a Comment