Umrah dan Ziarah 2017 : Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid Abdullah Ibn Abbas

Setelah semua sampai ke Taif, sebuah bas mini telah menunggu kami untuk menjelajah bumi Taif ini. Tempat pertama kami sampai ialah pasar buah-buahan. Berbagai buah segar yang dijual disini seperti delima, anggur, pisang dan pokok-pokok bunga. Terasa seperti berada di Cameron Highland.
Walau matahari terik tetapi masih teras kedinginan.

Pasar buah-buahan


Berbagai jenis buah dari yang aku tahu sampai yang pelik-pelik aku tak pernah jumpa.

Bunga pun ada.
Penat berjalan disini boleh juga menikati air perahan buah delima dan juga teh Arab dan ada juga disini jagung bakar panas-panas.

Teh Arab, ada pudina dan herba.


Jagung bakar panas-panas. 


Taif juga terkenal dengan tempat memproses bunga ros. Oleh itu setelah membeli belah buah-buahan di sini, kami meneruskan perjalanan ke sebuah tempat memproses bunga ros. Dalam cuaca yang dingin kami sampai ke Kilang Memproses Bunga Ros Al Kamal.

Kilang Memproses Bunga Ros Al Kamal.

Masuk sahaja ke kawasan kilang dah ternampak ruang beristirehat ~ kerusi panjang gaya arab lah. Tempat ini menjadi tempat menunggu atau untuk mengambil giliran masuk ke dalam kilang. Taklah bersesak sesak pelawat memasuki kilang. Jadi bolehlah berehat sebentar sambil dihidang dengan Teh Bunga Ros. Wangi teh ini seperti ada bunga ros.

Rehat sekejap sambil pekena teh ros.

Untuk memasuki kilang disediakan tour guide. Seorang Pak Arab menjadi tour guide membawa kami ke kilang. Pak Arab ini beri penerangan dalam bahasa Arab, jadi tak pahamlah. Tapi tour guide yang datang bersama kami menterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah pahamlah sikit-sikit apa yang diceritakan berkenaan proses mendapatkan pati bunga ros.

Alat diguna untuk mendapapatkan pati dari kelopak bunga ros.



Inilah cara memproses mendapatkan pati bunga ros. Nak tulis pun aku tak berapa pasti, jadi cari sendiri maklumatnya.

Dan yang terakhir, kami di bawa ke kedai. Biasalah di mana-mana pun, yang terakhir akan berjumpa kedai. Dalam kedai ini berbagai produk bunga ros dipamerkan, dari pati bunga ros, minyak wangi, air ros, sabun dan sebagainya. Harga pula bergantung kepada produk. Kalau pati bunga ros harga bukan murah, sedikit sahaja harga mencapai ratusan ringgit. Berpadanlah untuk mendapat setitik pati ros bukan sedikit kelopak bunga yang perlu di korbankan.


Berbagai produk dari pati bunga ros dijual.


Perjalanan diteruskan lagi. Dah masuk waktu Asar. Kita solat dulu di Masjid Abdullah Bin Abbas. Masjid ini dibina sekitar 592H.
Masjid Abdullah Bin Abbas



Kenapa di namakan masjid ini Abdullah Bin Abbas atau Abdullah Ibn Abbas? Ini disebabkan Abdullah bin Abbas dimakamkan disini. Sejarahnya, Abdullah Bin Abbas telah menjadi pembantu Rasulullah sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana sahaja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat berbagai ilmu terus dari Rasulullah.

Setelah kewafatan Rasulullah beliau terus mencari ilmu dari sahabat-sahabat Rasulullah. Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis. Hadis yang dikumpulkan beliau datangnya secara terus dari Rasulullah dan juga dari sahabat-sahabat Rasulullah.
Ruang solat dalam masjid ada disediakan tempat bersandar..

Beliau telah berhijrah ke Bumi Taif untuk mendidik masyarakat Taif dan beliau telah dapat megislamklan bumi Taif dan meninggal di Taif. Kawasan Masjid ini juga merupakan tempat makam 11 atau 12 orang Syuhada ketika berlakunya Perang Taif.

Alhamdulillah dapat berjemaah di Masjid Abdullah ibn Abbas. Setelah selesai kami bertolak ke satu lagi lokasi yang mencatat sejarah perjalanan dakwah baginda. Tunggu entry lain pula.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


3 comments:

  1. kedai buah tu di Al-huda kan ?
    21.37172139021926, 40.26340760361984

    ReplyDelete
  2. Allahhu..alhamdulillah seronoknya persinggahan d Taif. Insya Allah moga d izinkn ke sana lg

    ReplyDelete