Banner Tupperware

Banner Tupperware
Dapatkan barangan berkualiti Tupperware dari kami. Zehan 012-5818999 @ Adi 019-4709060

Bangkit Cheese

Bangkit Cheese
Nak rasa kenakan Kuih Bangkit Cheese boleh oder dari Zehan : 012-581899 atau Adi : 019-4709060

Tuesday, July 31, 2012

Tambahan Jaminan @ Extend Warranty

Nie cerita lama dah, hujung tahun 2011 tapi saja nak tulis juga, sekadar berkongsi.

TV LCD yang kat rumah tetiba saja gambar makin lama makin jadi pelik. Yang hijau semakin hijau, yang merah semakin merah, yang putih semakin putih. Semua dah jadi terlalu terang. Ingat siaran TV ada masalah, tukar ke video pula, sama juga. Dah sah masalah TV. Kena call Senheng untuk perbaiki. Kedai kami beli TV tu.
Gambar hiasan
Sebelum call, cari dulu resit beli TV tu. Alhamdulillah masih di simpan. Bukan apa, sebab masa beli dulu ada beli beli tambahan tahun jaminan. Manalah tahu masih ada waranti lagi. Tengok kat resit masih ada sebulan lebih saja lagi. Kami beli 12/2007. Semasa beli dapat tambah setahun lagi percuma sebab jadi ahli kedai tu sampai 12/2009 dan bayar sedikit lagi untuk tambah 2 tahun lagi sampai 12/2011. Jadi keseluruhan dapat jaminan 4 tahun.

Cepat-cepat call Senheng. Lepas Senheng ambil maklumat, selang beberapa hari orang dari Samsung datang periksa TV tu. Dia ambil gambar dan no siri. Dia akan hantar gambar tu ke Samsung untuk kenal pasti kerosakan. Selepas dikenalpasti baru dibuat pilihan samaada boleh diperbaiki atau tidak. Kalau alat ganti tak ada atau terlampau mahal pembeli akan diberi sejumlah duit yang boleh membeli alatan setara. Duit nie bukan diberi tunai kepada pelanggan tetapi diberi kepada syarikat yang kita beli tu. Dia kata proses mungkin ambil masa 2 minggu.

Tak berapa lama, Samsung call balik kata barang tak boleh dibaiki lagi dan akan diberikan nilai duit yang setara boleh di beli di kedai ( lebih kurang macam tulah, sebab aku pun dah lupa). Jumlahnya kena call Senheng.

Call Senheng depa kata boleh beli barang yang harga dalam RM1,000.00 sahaja. Jumlah tu memang boleh beli TV yang setara ( LCD TV 32" ). Jadi kena pi ke kedai pilih.

Ada lah dua ke tiga hari selepas tu kami pun ke Senheng Lagenda Height Sungai Petani. Sampai sana, dia kata boleh pilih apa-apa saja dalam nilai RM 1000,00. Bukan TV saja tapi boleh beli benda lain dan tak semestinya beli jenama Samsung. Oleh kerana kat rumah tak ada TV, jadi ambil LCD TV juga tapi saiz 40", kena tambah duit sikit. Kali ni pun beli dengan tambahan waranti. Dapat 4 tahun juga.

Selang dua-tiga hari Senheng datang bawa LCD TV baru dan yang lama depa ambil. Proses nie hampir sebulan sahaja.

Jaminan / waranti yang dikeluarkan oleh pengeluar kebanyakannya 1 tahun sahaja. Tambahan jaminan nie merupakan insuran yang dibeli untuk alatan tersebut. Sebab tu boleh beli alatan lain.  Bukan nak promosi kedai nie tapi tambahan jaminan ( extend warranty ) yang dibeli memang berbaloi. Kebanyakan syarikat menjual barangan elektrik besar seperti Wah Lee, Harvey Norman, SEC, HSL ada insuran nie kecuali TNB.

Friday, July 27, 2012

Firas dan Ikan

Hari Isnin yang baru nie TALESKA IPPT minta bawa ikan kembong dan pisau plastik (pisau kek) untuk aktiviti Ahmad Firas. Jadi sebelum hantar ke TALESKA pi beli ikan kat kedai Bertam Putra dulu. Selepas hantar tak tau apa jadi.

Jadi petang nie cikgu upload gambar kat FB. Haaaa nie dia apa depa buat.  Membunuh ikan yang telah mati.  Siap pakai apron lagiii.
Ishhh nak masak apa nie?

Ehhh... kau dah makan ka ?
Setiap kanak-kanak bawa tak sama ada ikan kayu, gelama, sotong, ketam. Lepas nie senang la boleh bagi firas besiang ikan.

** Gambar ihsan cikgu TALESKA

p/s: bila cikgu nak ajar masak pulak ??

Thursday, July 26, 2012

PUO - Juara Eco Challenge 2012

Politeknik Ungku Omar is Perodua Eco-Challenge 2012 overall champion, UNISEL goes the furthest

23 July 2012
It was the first time in three years that we have missed the Perodua Eco-Challenge due to commitments, so instead of live coverage, here are some belated updates. 2011 champs Politeknik Ungku Omar (PUO) has been crowned overall champion at Perodua Eco-Challenge 2012, held once again at the Melaka International Motorsports Circuit.

Competing against 13 other institutions of higher learning, Ipoh’s PUO was able to score the most points in all four categories – Engineering & Design, Longest Distance and two new for 2012 categories: Marketing and Time Attack. In the former, students must “sell” their product by way of events and a product presentation, while Time Attack is a dynamic test. In the main event, machines must go the furthest on half a litre of petrol.

PUO was the winner of the “Longest Distance” category last year with 24.07 km from 500 ml of Petronas RON 95 petrol. They also won the “Manual Transmission Long Distance” category in 2009 with 23 km from one litre of petrol.

This year, PUO finished second in the km/l race, doing 18.77 km from 500 ml of petrol. The winner was UNISEL with 21.88 km. Universiti Sains Malaysia (USM) was second runner up with 15.80 km.

PUO won the Engineering & Design category followed by Universiti Teknologi Mara (UiTM) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). For the Marketing challenge, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) was champion, followed by UiTM and UNISEL. Time Attack was won by Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Second and third runners-up places were taken by UNISEL and Politeknik Port Dickson (POLIPD) respectively.

Other participants were from Universiti Malaysia Pahang, Universiti Kuala Lumpur – Malaysia Spanish Institute, Politeknik Sultan Azlan Shah, Universiti Teknologi Petronas and Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

The incumbent teams had to improve on their 2011 vehicles built using a ViVA 660cc engine and transmission. Perodua provided RM10,000 to each team for mods and RM5,000 for the marketing challenge. Total prize money for this year’s race has been increased to RM103,000 from RM77,000 last year to cater for the three new categories. Congratulations to all winners!

Petikan dari http://paultan.org/

Wednesday, July 25, 2012

Bertemu Indera Joned

Selamat berpuasa. Minggu lepas aku berpeluang bertemu dengan Indiana Jones Indera Joned kat Bukit Bunuh, Lenggong Perak. Tak ada apa kami sembang. Kat dalam TV Indera Joned duduk kat dalam semak cari harta karun tapi kali nie aku jumpa dia kat dalam kebun kelapa sawit duk tengok batu.

Aku jumpa bukan seorang tapi berpuluh Indera Joned. Semua ahli dalam mengakaji batu. Lawak jaa... mereka merupakan pengkaji bahan sejarah, arkeologi. Mereka buat kajian penemuan batu meteor yang menunjukkan ada manusia tinggal kat situ beribu-ribu tahun dahulu.

Lembah Lenggong di Perak yang menjadi lokasi penemuan Perak Man pada 2001 kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Nak tahu lebih lanjut Google mengenai Bukit Bunuh di Lembah Lenggong.


Ada apa pada batu??
Sambil melihat mereka teruja dengan batu, aku layan kawasan kelapa sawit.
Pokok paku atas dahan kelapa sawit.
Batu meteor yang menyimpan berbagai kenangan.

Paku pakis


Paku pakis lagi

Ala-ala Indera Joned tapi tak dak topi. Dibelakang tu batu meteor.

Boleh buat filem hindusan.
p/s: Menarik jika tahu sejarah asal usul kita.

Sunday, July 22, 2012

Buffet Ramadhan Terhebat 2012

Dah tiba Ramadhan apa nak buat ?? Masa nie lah kita menyibukkan diri dengan ibadah, mengenal masjid. Masa nie juga kita mengenal Bazar Ramadhan mana yang lauk sedap, Karnival Jualan Ramadhan / Syawal mana yang tawaran terbaik dan yang nak aku tulis ialah Buffet Ramadhan hotel mana yang terhebat.
Gambar hiasan
Mungkin sekali atau dua kali sepanjang bulan Ramadhan nie nak makan hebat-hebat sikit. Jemu dah makan yang biasa-biasa, mulut rasa susah nak telan ( bulan-bulan lain tak banyak songe pun, bila iblis tak dak dia jadi cam nie pula ). Kalau nak hebat takkan nak ke gerai tepi jalan, mestilah yang ada hawa dingin, seperti hotel atau restoran mewah yang menyediakan berpuluh-puluh jenis makanan.

Sampai sahaja Ramadhan pasti akan ternampak baner tergantung di bahu jalan promosi buffet ramadahn di hotel-hotel berbintang cerah dan yang malap. Malahan di dalam akhbar pun di iklankan juga.

Tulisan besar atas baner :  " Tawaran menarik Buffet Ramadhan. Harga buffet dari RM90 ++ (dewasa) dan RM50++ (kanak-kanak). Juadah melebihi 413 jenis. Masakan ala-kampung, ala-thai, BBQ dan wastern. Persembahan artis terkenal. Bilik solat disediakan ( tulisan kecil bawah baner )".

Rasanya tak ada lagilah baner buffet Ramadhan tertulis :

" Tawaran menarik Buffet Ramadhan. Harga buffet dari RM50 ++ (dewasa) dan RM20++ (kanak-kanak). Juadah melebihi 67 jenis. Masakan ala-kampung, ala-thai, BBQ dan wastern. Disediakan surau yang luas dan selesa dengan Imam Tarawih dari Makkah. Moreh selepas Tarawih melebihi 20 jenis ".

Tak salah pun berbuka kat tempat-tempat mewah tapi jangan membazir. Harap tahun ini melihat Ramadhan yang berbeza kearah yang lebih baik.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433

Dah diumumkan puasa jatuh hari Sabtu 21hb Julai 2012. Selamat berpuasa dan beribadah. Pulun ibadat sunat,  jangan tinggal ibadat wajib.

Kepada yang nak berenti merokok nie masanya, kepada yang nak sihat pun nie masanya, kepada yang nak kurus pun nie masanya dan kepada yang nak pendapatan lebih pun nie masanya tapi satu saja jangan terubah niat puasa sebagai ibadat. Layanzzzz videoo

Wednesday, July 18, 2012

Nasi Kandar Ayam Bawang

Hari nie kena OT, balik lambat ( hari nie yang dimaksudkan minggu lepas punya). Dah petang dan perut pun dah bunyi. Nak makan apa malam nie? Selalu sangat pekena nasi kandar kat Shariff Nasi Kandar Gelugor. Tokey dia pun dah kenai. Kena ubah selera pulak.
Nasi Kandar Ayam Bawang, kena beratur.
Kali ini jauh sikit perjalanan, ke Flat Jalan Tengah, Bayan Baru. Gerai nasi kandar kecil sahaja, Nasi Kandar Ayam Bawang. Gerai ini terletak di sebelah foodcourt cina dan bersebelahan parking motosikal dalam kawasan flat tu. Dibuka waktu petang hingga malam sahaja.

Aku sampai dalam jam 6.30 petang, dah ramai beratur. Boleh kata semua bangsa ada, Cina, India, Melayu. Susah nak cari kedai yang boleh menarik ramai bangsa.

Lauk tak banyak pilihan tapi kira OKlah dengan saiz gerai. Lauk seperti telur, sotong goreng, kari ikan, ayam, sotong, bendi dan macam-macam lagi, kira lauk-lauk yang membuktikan kekandarannya.
Harga makanan

Kat gerai nie nak makan situ pun boleh, nak bawa balik boleh, nak drive-thru tak ada. Kalau nak makan kat situ kena kongsi meja foodcourt cina sebelah (jangan buat pasai makan kat situ, tak tergamak). Boleh kata kebanyakan bungkus termasuk aku.

Yang paling istimewa tentulah ayam goreng bawang yang digoreng panas-panas kat situ. Kalau minta ayam goreng nie, tokey kedai akan taruh sikit bawang goreng. Memang sedap la ayam nie, tambahan dengan minyak bawang goreng (kolesterol letak tepi ). Ayam garing diluar lembut didalam.
Tarikan utama, ayam bawang
Kuah campur dia pun OK sedap tapi tak berapa banyak jadi kepada yang suka kuah banjir kena bagi tau tokey. Harga OKlah ikut taraf nasi kandar Penang.

Kepada yang terasa nak makan Nasi Kandar Ayam Bawang, ia terletak di foodcourt cina kat Flat Jalan Tengah Bayan Baru. Kat bawah nie Google map.


View Nasi Kandar Ayam Bawang in a larger map

Tuesday, July 17, 2012

Api... Terbakar... Tolong!!! : Nak Buat Apa?

Api... Api... Tolong... Terbakar!!! Apa tindakan kita ?? Sementara kehadiran pasukan bomba apakah bantuan awal yang boleh diberikan ?

Hari ini ada taklimat percuma mengenai keselamatan kebakaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Diceritakan kepentingan menjaga keselamatan dan cara menghadapinya jika berlaku kebakaran. Penceramah Sue.

Ditunjuk slide peristiwa-peristiwa kebakaran dan kesan kepada mangsa. Kami ditanya cara dilakukan jika baju atau badan terbakar. Lalu dijawablah berguling, percik air, tuang pasir dan tutup dengan selimut. Ditunjukkan gambar kesan dari penggunaan kaedah-kaedah tersebut dimana jika tutup dengan selimut berkemungkinan kain selimut akan melekat pada kulit dan jika ditarik kulit akan tertarik sama. Jika di letakkan air tempat kena bakar akan mengelembung sebab panas bertemu sejuk. Jika menggunakan pasir akan menyebabkan pasir melekat pada kulit. Ngeri tengok gambar mangsa kebakaran.

Lalu ditunjukkan alat yang Insyallah ( dia tak sebut la Insyallah sebab non-musliam) dapat membantu ketika berlaku kebakaran.

1- Alat Pemadam Api / Fire Extiguisher : Diterangkan cara penggunaannya. Dicadangkan alat nie mestilah ringan sebab mudah di gunakan terutama untuk kediaman. Senang kanak-kanak pun boleh guna. Juga diterangkan bahawa tempat pemadam api tak boleh berkunci sebab ia mesti cepat dicapai. Dalam video ditunjukkan satu bilik musnah dalam 48 saat sahaja.
Alat pemadam api

Kat alat pemadam api nie ada tertulis A,B,C, nie bukan untuk tadika tapi simbol pada alat pemadam api untuk kebakaran tertentu.
Jenis-jenis pemadam api

Piawaian lain yang mesti ada pada alat ini mesti di sahkan oleh British Standard dan Marine Standard supaya tahan karat.

Alat ini juga mestilah dipastikan tekanan yang betul ( kena tengok meter ). Jika tekanan kurang, pacut tak lawas, jika terlebih meter takut terlampau kuat menyebabkan kita terpelanting kebelakang.

Kalau beli yang bagus, ada waranty dan juga boleh di servis jika terkanan kurang atau jika telah digunakan.

Alat pemadam api ini bukan sahaja untuk rumah tetapi juga di syorkan di letakkan dalam kereta bukan dalam bonet supaya mudah dicapai. Ada 3 kegunaan jika berada dalam kereta: 1- Dah tentu sabagai pemadam api jika berlaku kebakaran; 2- Sebagai tukul untuk memecahkan cermin kereta jika tarperangkap, perlu jenis yang kuat; 3- Jika ada peragut atau makhluk-makhluk jahat sebur ja, biar makan asap atau ketuk dengan benda nie.

2- Alat Pengesan Asap / Smoke Detector : Alat ini akan mengesan asap dan memberi isyarat bunyi. Dicadangkan yang menggunakan bateri sebab jika elektrik terputus masih boleh digunakan. Disarankan juga yang mengeluarkan bunyi yang kuat supaya terjaga dari tidur.
Pengesan asap

Alat penggera dicadangkan diletakkan berdekatan DB atau ditengah-tengah rumah seperti ruang tamu atau dikawasan yang menggunakan banyak peralatan elektrik.

3- Topeng Asap / Smoke Mask : Jika berlaku kebakaran untuk keluar dari asap dan percikan api disarankan menggunakan topeng ini untuk kita keluar. Ada berbagai jenis. Kalau yang jenis bomba pakai memang mahal. Ada juga yang jenis mickey mouse ( betui ka nie ) yang hanya tutup hidung dengan mulut sahaja tetapi tidak di syorkan sebab bahaya muka dan mata masih terdedah dan juga percikan api boleh sambar.
Topeng asap
Dicadangkan jenis yang serlum keseluruhan kepala sebab semua bahagian kepala terselamat. Ia juga tahan panas. Ada satu kelemahan sebab pakai buang, boleh guna sekali sahaja. Benda nie kecil dan nipis, boleh dibawa dalam bag tangan.

Aku tak pasti betul atau tak dikatakan untuk rumah yang bertingkat-tingkat, DB perlu disediakan di setiap tingkat. Kalau rumah 2 tingkat, ada 2 DB. Betulkah nie Bertam Properties? Tolong jawab.

Terakhir sekali untuk yang hadir ceramah di berikan potongan harga untuk ketiga-tiga alat di atas.

Walau taklimat satu jam sahaja dan mungkin juga untuk promosi tetapi boleh memberi kesedaran betapa pentingnya mengetahui cara mengawal kebakaran dirumah.  Ada yang mengatakan jika berlaku kebakaran insuran ada, tapi samakah nilai insuran dengan kecacatan atau kematian orang yang disayangi?

Setiap apa-apa yang turun kepada manusia itu adalah kehendak yang Esa tetapi kita sebagai makhluknya perlulah berusaha.

** Gambar yang aku tempek kat sini semua dari internet, bukan produk yang dibawa oleh amoi tu.

Sunday, July 15, 2012

D'King Seafood : Selamat Hari Jadi 2012

Sekali lagi ke Sungai Petani untuk bertemu dengan D'King Seafood. Kali ini menyambut hari jadi isteri aku. Nie cerita minggu lepas. Dari kunjungan kami yang sebelum ini walau tak berapa menarik  tapi bila dilihat sekeliling ketika itu ramai yang oder mee udang jadi kunjungan kali ini dengan matlamat mee udang. Kat baner diletakkan Mee Udang Banjir. Harap-harap OK.

Lawatan sambil makan yang lepas klik D'King Seafood Mee Udang Banjir.

Masa kami datang hari ni pun orang yang datang memang ramai. Ingat minggu lepas ramai sebab hari bapa. Takkan hari nie semua pakat sambut hari jadi pula. Apa-apa pun yang datang ramai-ramai tu kebanyakan oder mee udang.

Kami oder mee udang banjir yang femes tu dua pinggan, diletak dalam satu mangkuk. Nak oder lebih takut tak habis. Pelayan tanya nak udang apa, udang laut atau udang sungai? Kami pun tak tau nak udang jenis apa. Dia kata udang laut lebih sedap, jadi pilih udang laut. Muhammad Ammar oder burger ayam tak pedas dan Siti Sarah bebai tak mau makan sebab panas. Kami duduk bawah pondok tak ada kipas.

Sementara menunggu makanan sampai pula, M Ammar tetiba teriak sebab kena serang dengan nyamuk. Manja betuii.
Burger ayam
Burger sampai dulu. Apa lagi M Ammar belasah sampai licin. Rasa OKlah.
Untuk ibu
Ahmad Firas nak juga burger jadi di oder roti burger bakar sahaja kat dia.

Kemudian menu yang ditunggu-tunggu sampai, mee udang semangkuk.
Mee udang
Nie yang aku cedok letak dalam piring.
Mai sepiring
Siti Sarah nak sepiring walau dengan muka bebai. Muhammad Ammar pun nak sepiring walau dah belasah buger.

Lepas saja makan baru pakat-pakat ceria balik. Semua nak tambah, sat saja dah licin. Nak oder baru malas, sebab orang ramai tak larat tunggu lama-lama.
Harga udang semasa
Sebelum makan aku dok sangka mesti mee udang nie rasa seperti mee bandung atau mee kuah. Meleset, tak sama pun. Rasa kuah mee ni seperti kuah char kuey teow. Telur dihancur jadikan kuah. Udang boleh kata banyak juga. Sayur yang ada cuma toge dan tomato sahaja. Sangat simpel tapi sedap.

OK lah sampai disini sambutan hari jadi isteri aku. Tak ada kek cuma menambah sedikit kolesterol.
Ibu bersama anak-anak
Masa kami keluar ada satu geng kelam Proton Persona kat luar. Minta depa ambil gambar kami berenam.
Selamat hari jadi buat isteriku yang ke ????
Lokasi dan alamat sila klik D'King Seafood yang lalu.

p/s: Nak cari kedai makan yang masak udang tak kiralah mee, tom yam atau apa-apa saja yang buang taik itam kat belakang udang. Kolesterol tuuu.

Monday, July 9, 2012

Sesiapa Pun Boleh Jadi Sesiapa

Zaman dulu-dulu boleh kata setiap pekerjaan mesti ada alatnya. Penggunaan alat-alat tu mesti ada kemahiran. Kalau tak dak kemahiran boleh bengong sekejap. Kat bawah aku letakkan beberapa alat yang selalu atau kadang-kadang digunakan.



Tau apa kebenda benda nie?? Abacus atau sempoa. La nie budak-budak sekolah kembali belajar menggunakan benda nie untuk mengira. Zaman aku dulu-dulu banyak kedai cina kira duit guna benda nie. Kira zaman tak ada kalkulator benda nie kira hebat dah. TOK..TAK..TAK...TAK...12 ringgit 2 kupang 5 det.


Yang nie pula apa?? benda nie digunakan terutama untuk melukis benda yang ada skill seperti untuk arkitek, pelukis plan dan sebagainya. Orang panggil dalam bahasa melayu drawing set. Nak guna benda nie mesti ada kemahiran, bukan cucuk sesuka hati ja. La nie tak pasti masih digunakan.


Haaaa yang nie mesti tau, buku conteng. Apa-apa saja nak catit, tenyeh saja kat sini. Dulu-dulu kalau jalan sambil keleng buku nie kira hebat la. Ahli perniagaan yang berjaya. Yang nie tak ada kemahiran pun tak pa tapi mesti tahu tujuan penggunaan samaada nak catit memo, temujanji dan sebagainya. Orang Malaysia panggil organizer.



Yang ni kalau tak tau saja. Bebudak pun tahu. Alat untuk menconteng. Nak guna benda nie selalunya orang seni. Kalau orang seni calit sikit atas kertas dah kira seni agung. Kalau orang biasa buat cam tu dikata membazir. Nak dapat hasil yang cantik perlu bakat dan kemahiran.

Yang ini pun tak tau saja, mesin taip. Dulu-dulu kalau buat tugasan diberi pilihan nak tulis tangan atau ketuk banda nie. Kalau guna benda nie dapat markah lebih. Sebab senang baca, tak payah merenung tulisan bengkang-bengkok. Dulu-dulu juga dalam alam pekerjaan ada jawatan typist atau jurutaip. Bukan senang nak dapat status typist nie, kena belajar menaip, lepas tu kena ambil ujian, dilihat kelajuan dan kesilapan dilakukan, lepas lulus baru dapat sijil, lepas dapat sijil baru boleh mohon jawatan typist nie. Dalam temuduga ditanya berapa kelajuan menaip dan diadakan ujian sekali lagi. Uiehhhh.... bukan mudahhh.


Yang nie benda apa?? gambar pun hitam putih. Nie la alat untuk mengedit audio dan video. Dulu-dulu semua banda merakam dibuat dalam bentuk tape yang bergulug-gulung. Tape inilah yang menyimpan maklumat rakaman. Selepas dibuat rakaman, dibuat editing. Lalu di potong dan sambung tape-tape ini mengikut citarasa. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam proses ini.

Itu sebahagian yang aku dapat senaraikan. Semua pekerjaan tersebut menggunakan alatan berbeza. Dari memerlukan kemahiran yang tinggi sampai yang mudah-mudah. Tetapi sekarang semua dah berubah. Komputer telah mengambil alih semua pekerjaan alatan-alatan tersebut.

Kemahiran-kemahiran untuk melakukan pekerjaan boleh disimpan dalam komputer. Manusia yang menggunakannya hanya perlu tahu apa yang hendak dibuat dan install perisian tertentu untuk komputer melaksanakan. Dengan komputer sesiapa pun boleh menjadi sesiapa. Seorang kerani mungkin boleh jadi jurukaun, seorang jurteknik boleh menjadi ahligrafik. Lagi pun kesilapan dapat diperbetul dengan mudah.

Jika tiada kemahiran menggunakannya, intenet dihujung jari. Berbagai maklumat dipaparkan dari sumber bertulis sehingga cara melaksanakan melalui grafik dan video boleh didapati. Pekerjaan pun boleh dilakukan di rumah. Yang penting rajin. Jadi apa yang membezakan pengiktirafan kepakaran dari prof IPT dengan prof Google dan Yahoo.

Apa yang membezakan ialah belajar sacara formal, tersusun dan ada sijil pengiktirafan yang mengesahkannya dilengkapi dengan pengetahuan yang mantap. Oleh itu ia berkebolehan menggunakan sumber yang ada dimana kebolehan mendapatkan maklumat dan mengolahnya dalam berbagai bentuk dan cara. Kualiti yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan. Tempoh masa menghasilkan kerja yang efisyen, tak tertangguh-tangguh dan hasil keluaran yang berkualiti. Tak perlulah sikit-sikit nak google, nak tanya sini sana. Membuang masa.

Oleh itu jika yang lulusan dari prof IPT tapi terkial-kial buat kerja baik belajar dari prof Google dan Yahoo, jimat.

Walau apa pun aku tulis kat atas tu yang penting ialah kreativiti dimana kebolehan mengolah sesuatu perkara dari baik ke cemerlang dan dapat memberi ide-ide baru. Seperti semua orang boleh mengambil gambar tetapi siapakah yang memberi suatu kelainan dalam gambar tersebut mungkin dari segi teknik, sudut dan sebagainya. Yang ini mungkin boleh belajar tetapi kebolehan dan perlaksanaan bergantung kepada individu. Ini yang kadang-kadang membezakan seseorang.

Contoh yang terdekat ialah dalam dunia hiburan. Ada penyanyi yang menangis entah berapa gelan air mata atas pentas nak dapat sokongan tetapi ada yang hanya upload klip video dia nyanyi dalam Youtube dah boleh buat album.

Ketika ini dunia tanpa sempadan, yang dapat mengetengahkan kelainan akan berada dihadapan.

P/s : Apa aku tulis nie sukar berlaku dalam sektor kerajaan sebab betapa  kreatif dan hebat pun kau tuuu kalau tak ada sijil boleh jalan. Kerja sendiri dan sektor swasta mungkin ada kelonggran. Rezeki ada dimana-mana.

Thursday, July 5, 2012

Mee Bilal

Minggu lepas ketika balik dari kampung, masih awal petang. Perut pun minta diisi, kena cari apa-apa yang patut nie. Nak cari makanan atas sikit dari ringan dan bawah sikit dari berat.
Mee Bilal bersama kereta tolak dihadapan kedai
Jadi ke Mee Bilal. Kat kawasan sini memang terkenal. Dulu dia letak kereta tolak tepi bangunan kedai saja tapi sekarang dah ambil satu lot di kawasan perniagaan Bertam Indah.Walau dah ada kedai, masih mengekalkan kereta tolak juga. Mengekalkan tradisi.
Kat dalam kedai pun banyak kerusi meja. Kami lepak kat luar, nak rasa santai dan terasa macam dulu-dulu.
Tokey sedang menggoreng sebelah kereta tolak
Kat sebelah kereta tolak nie dia menggoreng. Antara yang dijual mee goreng, mee rebus, koey teow dan pasembor. Boleh kata semua memang sedap. Harga pun berpatutan RM 2.50 saja bersamaan dengan kuantitinya.
Pasembur
Koew teaw goreng
Mee goreng
Mee rebus
Memang sedap la makan kat sini. Muhammad Ammar telah membelasah 2 pinggan mee goreng. Kedai Mee Bilal nie juga menyediakan murtabak, roti sardin, nasi kandar pada waktu-waktu tertentu. Aku tak pernah makan lagi.

Waktu operasi untuk mee dibuka dari jam 11 pagi hingga lebih kurang jam 7 petang. Untuk makanan lain aku tak pasti, rasanya dari pagi hingga malam.

Lokasi di Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Mee Bilal nie sebaris dengan satu lagi kedai makan yang pernah aku tulis, Restoran Miezuri Briyani House. Nak mudah Google Map saja kat bawah.


View Mee Bilal in a larger map

Monday, July 2, 2012

Anugerah Kecemerlangan SKBP 2012

Hari yang ditunggu-tunggu terutama Muhammad Ammar, Sabtu 30hb Jun2012. Nak naik pentas terima hadiah. Begitu juga kakaknya Siti Sarah sebab akan buat persembahan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Perdana 2012. Tapi sebelum itu dibuat perjumpaan guru kelas dengan ibu bapa, ditetapkan antara jam 9 - 10 pagi.
Kelas 4 Persada
Seawal 9 pagi kami ke kelas Siti Sarah dulu, 4 Persada di tingkat 3. Dengar apa yang cikgu kelas kata, Cikgu  Aziah. Adalah kurang sana-sini terutama dalam membuat karangan tapi keseluruhan Alhamdulilah semua OK.
Kelas 1 Perdana
Lepas tu ke kelas M Ammar, 1 Perdana. Berjumpa dengan Cikgu Rosnani. Pujian untuk Ammar suka menolong tapi suka berjalan dalam kelas dan tulisan macam doktor.

Habis saja berjumpa cikgu kelas kami ke dewan terbuka SKBP dimana acara penyampaian hadiah akan diadakan. Ammar dan Sarah dah pergi untuk persiapan mereka. Ibu bapa boleh kata dah ramai.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Eddly
Seterusnya ucapan Guru Besar Tn Hj Ahmad Baker.

Beliau menerangkan hadiah yang di berikan mungkin tak seberapa disebabkan penerima yang ramai jadi kalau nak lebih menarik ibu bapa boleh top up.

Diikuti ucapan oleh YDP PIBG En Abd Latif Saidin .

Akhir sekali ucapan perasmian oeh Tn Hj Mohd Zaki B Hj Harun dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Beliau menyarankan ibu bapa membantu murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan mengharap kepada guru sahaja sebab seorang guru menjaga hampir 15 murid ( Tn Hj kira congak otak ) sedangkan ibu bapa menjaga paling ramai pun 5 orang anak. 

Beliau juga menggalakakan ibubapa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan memberi bantuan apa yang patut. Diceritakan bahawa ada sekolah yang dahulunya corot menjadi cemerlang disebabkan penyertaan ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu aktiviti sekolah, jadi untuk mengwar-warkan program mereka telah menampal poster aktiviti sekolah seperti di kedai runcit.

Begitulah ucapan serba sedikit yang aku ingat.

Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Persembahan kalam jamaie atau dalam bahasa melayu choral speaking.
Kalam Jamaie @ Choral Speaking
Acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa bermula. Penyampaian hadiah kecemerlangan dalam pelajaran.

Dimulai dengan Penerima Hadiah Top 10 untuk setiap tahun. Sebelum ini Ammar kata dia terima hadiah untuk "tok te". Puas nak paham benda apa dia cakap lalu kakak  dia kata Ammar dapat hadiah "top ten" kat sekolah, baru paham apa tu "tok te". Alhamdulillah M Ammar termasuk dalam senarai untuk tahun 1, dia menduduki tempat kesepuluh bersama seorang lagi kawannya.
Tok te, piala tak dapat lagi.

Seleseai saja untuk Tahun 6, seterusnya Penerima Hadiah untuk nombor satu hingga tiga bagi setiap kelas.
Nombor 3 dalam kelas. Ada bayang manusia dalam gambar nie. Sayang, benda tak boleh diulang.

Alhamdulillah Ammar dapat nombor 3 dalam kelas. Kali ini juga berkongsi tempat dengan rakannya. Beliau juga terbaik untuk Bahasa Inggeris.

Selesai semua kelas mendapat hadiah, diteruskan dengan acara persembahan. Kali ini Siti Sarah ambil bahagian. Persembahan kalam jamaie.
Sarah, kalam jamaie
Habis sahaja persembahan, acara disambung dengan penyampaian hadiah untuk Penerima Mata Pelajaran Tertinggi pula.

Aku tak tunggu acara habis, sebab ada acara lain perlu hadir.  Ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru SKBP yang telah mendidik anak-anak kami menjadi manusia berguna dan ucapkan terima kasih juga kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah menjayakan acara ini.

Walau kali ini Siti Sarah tak naik pentas terima hadiah tetapi beliau telah meningkat dalam pelajarannya. Semoga anak-anak kami menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat, Insyaallah.

Gambar-gambar lain klik kat sini.