Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market & Dimsum Chabura

Awal pagi di Hay Yai. Apa nak buat? Aku ambil kesempatan ke Kim Yong Market. Katanya macam-macam ada di sana. Tak jauh dari Asian Hotel, jalan kaki sahaja.
Menarik papan tanda ni. Pemandu kena jerit kepada pejalan kaki bila membelok.

Pagi ini hujan rintik-rintik, jadi tak berapa seronok jalan. Berjalan kaki berpandukan kepada google map, sampai di suatu tempat aku dah blur. Kat mana Kim Yong Market? Maklumlah bangunan kebanyakan tulisan Siam. Tanya pak cik yang lepak tepi jalan, ditunjukkan sebuah deretan bangunan kedai. Yahhh aku dah sampai ke Kim Yong Maket. Tapi bila sampai, tak buka lagi - mungkin terlalu awal.
Kim Yong Market.
OKlah aku jalan ke simpang dimana terdapat seperti Pasar Pagi (Morning Market Hat Yai). Sebatang jalan yang ditutup menjadi tempat peniaga menjual di kaki lima.
Morning Market Hat Yai
Pengunjung pun boleh kata ramai juga. Berbagai hasil tempatan dijual disini. Dari sayur-sayuran, ikan, buah-buahan, kerepek, kuih, aluk-pauk dan sebagainya.





Berbagai sayuran ada disini.










Jalan yang bacak membuatkan tak berapa seronok berjalan, maklumlah dengan berbagai air dari peniaga bercampur (air dari makanan yang haram laa). Peniaga wanita Muslim kebanyakannya bertudung dipasar ini. Jadi mudah mengenali mereka.




Kuih bakul. Katanya best in town. Alamak terpejam pula mata pak cik ni.

Lauk pauk pun berbagai. Tengok jerr la.


Kuih patongko atau cakoi. Comel-comel.

Aku kembali ke hotel. Tak puas hati pergi tadi tak dapat masuk ke Kom Yong Market, sebab berbagai review kat internet mengenai pasar ini. Lewat pagi sikit aku dan isteri jalan kaki kesana. Kali ini dah buka. Kim Yong Market merupakan sebuah bangunan seperti bazar dimana didalamnya terdapat banyak kedai. Kami masuk tetapi sekali lagi kecewa, kebayakan kedai di dalam bazar masih tutup lagi. Mungkin dibuka lewat, OKlah kami tinggal sajalah market ini.
Kedai-kedai dalam Kim Yong Market. Masih tutup.
Hari ini merupakan hari terakhir di Hat Yai. Kami kemas barang dan check out. Sebelum kemana-mana, sarapan dahulu. Isteri aku dah cari tempat sarapan. Dari Tanah Air lagi dah teringin nak sampai ke sini. Ramai yang review kata sedap dan murah. Berpandukan kepada  Waze kami sampai ke Dimsum Chabura.

Chabura Dimsum. Boleh kata 90% orang Malaysia makan kat sini.

Sampai kesini, masuk sahaja terasa duduk di Malaysia. Ramainya rakyat Malaysia disini. Dapat sebuah meja yang kosong, kami duduk dulu. Lihat bagai mana nak pesan dimsum disini. Dah paham baru ke kaunter ambil.
Meja kosong lagi.
Perhati dulu macam mana nak pesan dimsum disini. 
Berbagai rupa dan warna dimsum yang disediakan diletakkan dalam piring-piring kecil. Bila lihat boleh rambang mata nak ambil, sabar jangan ikut nafsu.

Warna-warni dimsum. Barbagai perisa seperti udang, ketam, cendawan dan sebgainya.

Selain dimsum, kuih pau juga ada. 
Nak ambil dimsum disini, kita ambil dulang yang disediakan (ada dua kad nombor kat dalam dulang tersebut). Ambil jer lah dimsum apa yang termampu dihabiskan dan diberi kepada pelayan untuk di stimkan bersama satu kad nombor. Satu kad nombor lagi letakkan di meja. Nanti siap mereka akan bawa kemeja kita.
Pilih dahulu yang mana berkenan. Self service.

Dimsum yang dipilih akan di masukkan kedalam bekas buluh dan disusun bertingkat.

Akhir sekali bekas buluh di letakkan atas dapur untuk di stimkan.


Ini apa yang kami pilih. Tak tahu yang mana sedap, jadi ambil sajalah yang rasa berkenan. Lepas makan kalau tak cukup ambil lagi.

Antara yang kami pilih.

Kasi penuh datas meja dengan dimsum kita kena swafoto dulu. Macam acara wajib pula.




Selain dari dimsum, disini juga boleh di pesan seperti nasi goreng, tomyam, kerabu, roti dan sebagainya.
Yang ini macam key teow  sup. Sedap.

Tuuu dia tomyam udang. Rasa tom yam di Thai memang berbeza dari di Malaysia. Nak cerita pun tak tahu. Jadi kena datang dan rasa sendiri.

Roti entah apa tah.
Dibawah aku letakkan menu yang ada disini. Jadi kepada yang tak berminat dimsum boleh saja pesan benda lain. Taklah terkebil-kebil tengok orang makan dimsum.







Dimsum Chabura menu. Macam-macam ada.
Bagi aku, dimsum disini memang murah dan berbagai pilihan. Jadi ada yang sedap dan ada yang kurang, bergantung kepada lidah. Setiap piring berharha 15 Baht. Makanan lain yang kami pesan pun sedap juga. Suasana dalam restoran masa kami sampai boleh kata sebok dengan pelanggan tetapi selesa dan bersih. Dibawah aku bagi sedikit maklumat restoran ini.

Dimsum Chabura
Khlong Hae,
Hat Yai District,
Songkhla 90110,
Thailand

Waktu operasi: Setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2 petang.

Gambar depan kedai aku lupa ambil. Apa-apa pun Alhamdulillah kenyang dan perjalanan diteruskan.

Entry lain lah pula.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]

1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam

Hat Yai - Hari 3 : Salma Restoran & Asean Night Bazar

Sementara bilik dikemas. Perut pun dah bebunyi, jam pun dah menunjukkan jam 3 petang lebih. Kita cari makan dulu. Disekitar sini ada beberapa kedai makan yang viral, menjadi port rakyat Malaysia menyantap. Jadi pilih salah satu yang rasa OK. Tak jauh dari Asian Hotel, jalan kaki sahaja. Dalam 10 minit sampai ke Salma Halal Restaurant.
Salma Halal Restorant

Masuk sahaja seperti berada Restoran Tom Yam di Malaysia, boleh kata 90 peratus pengunjung merupakan rakyat Tanah Malayu ada disini - Tak jumpa pula Rakyat Thailand yang boleh berhimpun dalam restoran di Malaysia macam tu. Apa-apa pun kita tengok menu dulu.



Menu macam-macam ada.


Kami pesan yang biasa-biasa sahaja. Suasana didalam restoran sangat selesa dan bersih dan dengan dekorasi yang ringkas. Walau pengunjung ramai dari Malaysia tapi pelayan ak dapat berkomuniksi dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
Salma Restoran bagi aku bersih dan kemas, selesa nak makan kat sini.

Tak berapa lama hidangan pun sampai. Ini dia layanzzzz.
Nasi putih daging merah dan telur mata.

NAsi putih patprik ayam dan telur mata.

Nasi putih kemangi ayam dan telur mata- kalau tak silap.

Datang Thailand setiap kali  makan mesti ada Tom Yam. Tom yam campur berbagai bahan ada, puas hati.


Bagi aku makan disini biasa-biasa sahaja, mungkin apa yang di pesan pun biasa-biasa sahaja. Harga pula boleh kata mahal berbanding dengan saiz hidangan (Mahal ditamban dengan tukaran matawang yang rendah), biasalah tempat viral. Sedikit Maklumat mengenai restoran ini.

Salma Halal Restoran
85/3 Thanon Prachathipat,
Hat Yai,
Thailand 90110

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Selesai makan kami kembali ke hotel, check-in.

Dalam bilik Hotel Asian. Luas dan selesa. Semua kemudahan ada.




 Kemas-kemas barang, mandi dan rehat sekejap. Lewat petang turun semula. Kali ini kami akan ke Asean Night Market. Oleh kerana kita berada di Hat Yai maka kenderaan yang paling menarik disini ialah menggunakan taksi atau Tut tut. Dihadapan hotel dah ada pakcik driver tuk tuk yang dah sedia  menunggu pelanggan. Jadi minta hantar kami ke Asean Night Market.

Sekali lagi naik tuk-tuk.



Tuk-tuk disini merupakan lori kecil yang diubah suai menjadi tempat duduk penumpang.


Mesti bergambar dulu denga huruf.

Asean Night Market Bazaar.

Sampai ke Asean Night Market. Bazar ini dua tingkat. Ditingkat bawah disediakan bazar yang menjual kebanyakannya pakaian dan tingkat atas disediakan medan selera. Layan saja.
Berbagai barangan di jual disini.

Kebanyakan pakaian yang berjenama disini merupakan barangan tiruan. Jika membeli disini baik tawar menawar kau-kau punya. Ada juga peniaga yang tak  berapa mesra pelanggan. Isteri aku dah kena siap kata " You don't buy I don't care" bila tawar menawar.




Kasut sukan boleh cari bersepah kat sini. Ori???






Disekitar bazar ini disediakan kerusi-kerusi untuk kaum yang dah penat nak pusing dan menunggu kaum yang sedang shopping. Bagus juga ide ini, dapat kami rehat.
Lega... ada tempat duduk.

Sebagai meraikan umat Islam membeli belah disediakan tempat solat. Kalau masih lagi tinggal solat tak tau nak kata apa dah.

Surau disediakan. Boleh bayangkan berapa ramai umat Islam berbelanja disini.
Menarik, papantanda bilik air, gambar menceritaan segalanya - semua akan paham.

Kalau tak faham apa yang ditulis, dengan gambar dah tahu. Tak kena batu karang dah la.

Ditingkat atas dijadikan medan selera. Berbagai juadah disediakan dari tom yam, kerabu, dim sum, buah-buahan, air dan sebagainya di jual. Peniaga disini aku tak pasti muslim dan non-muslim. Selalunya yang muslim perempuan akan bertudung, jadi berhati-hati membeli. Bau disini juga tak berapa menyenangkan, sebab kawasan yang sempit dan berbagai bau makanan bercampur.
Tingkat atas, bebagai juadah di jual.





Buah-buahan dalam cawan.


Tengok udang boleh meleleh air liur.

Dimsum pun ada


Disini kita boleh makan, disediakn meja. Tetapi kami beli bawa balik. Nak makan disini tak berapa menyelerakan, bau tak berapa menarik.  OK lah, kami tak banyak membeli disini. Bagi aku Asean Night Market bazar ini macam tak berapa menarik. Jika datang lagi ke Hat Yai tempat ini mohon tak ada dalam senarai. Kali ini bolehlah datang sebagai kenangan - sebab tak tahu. Dah lewat malam kami balik ke hotel semula.

Bersambung cerita esok pula.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]

1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Hat Yai - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam