Umrah dan Ziarah 2017 : Selamat Tinggal Kota Makah

Selama empat hari berada di Kota Suci Makah. 9hb Disember 2017, hari ini kami akan meninggalkan kota yang menjadi cita-cita seluruh umat Islam. Alhamdulillah kami diberi kesempatan menjejak kaki di bumi suci penuh barakah ini. Disamping beribadat dan mengerjakan Umrah, berbagai tempat diziarah yang mencatat berbagai peristiwa perjalanan dakwah Baginda Rasulullah.

Islam yang kita nikmati ini bukan tugas mudah untuk disampaikan. Banyak air mata yang mengalir, banyak darah yang tumpah dan banyak nyawa yang syahid. Dengan ziarah dan ibadat yang kami lakukan, aku mohon kepada Mu ya Allah jadikanlah kami insan-insan yang bertakwa dan beriman kepada MU dan mencintai Rasul Mu, Nabi Muhammad SAW.


Semalam, semua barang telah di kemaskan. Seusai solat subuh dan bersarapan. Kami mengenakan Ihram untuk melakukan Tawaf Selamat Tinggal, Tawaf Wada' (Tawaf Wada tak perlu pakai ihram tapi ketika ini cuma yang berihram sahaja dapat masuk kedataran Kaabah sebab pembaikan Telaga Zam Zam. Tawaf di dataran lebih cepat. Moga Allah mengampunkan dosa kami). Selesai Tawaf Wada pakat-pakat tukar pakaian dan turun menunggu bas. Ketika ini mesti patuh pantang larang untuk meninggalkan Kota Makah.

Hampir tengahari kami bertolak ke Jeddah dan akan pulang ke Malaysia dari airport sana.

Ya Allah ya tuhanku, jangan jadi ini tang terakhir kami sampai kesini, jemputlah kami datang menjejak kaki dan beribadah di bumi barakah Mu lagi. Amin.
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Umrah dan Ziarah 2017 : Ziarah Sekitar Masjidil Haram

Hari ke empat di Makah, 8 hb Disember 2017 merupakan hari Jumaat. Memandangkan Hari Jumaat, jadi tak dibuat ziarah ke mana-mana sebab kena pergi awal ke Masjid. Jika lambat, berkemungkinan dalam masjid penuh, kena sembahyang di dataran sahaja lah. Cuma petang ini Ustaz Erdie bawa jalan-jalan sekitar Masjidil Haram. Berjalan jauh ziarah berbagai tempat sedangkan di sekitar Masjidil Haram berbagai kisah terpahat disini.

Petang selepas solat Asar berkumpul di bawah hotel. Ustaz Erdie beri seorang sebatang kayu sugi. Ini pertama kali aku menggunakan kayu sugi. Rasa kayu sugi ini sedikit pedas.
Kayu Sugi
Selepas itu kami dibawa ziarah sekitar Masjidil Haram. Ditunjukkan tempat kelahiran Rasulullah dimana telah dibina sebuah perpustakaan disini. Begitu juga rumah-rumah sahabat yang telah menjadi bangunan-banguna lain.

Mendengar cerita sejarah sekitar Masjidil Haram
Kami dibawa ke suatu tanah perkuburan lama bertentang dengan Hotel Hilton, Perkuburan Al-Shabeka. Ini adalah perkuburan masyarakat Arab Jahiliyah. Perkuburan ini menjadi tempat bayi perempuan ditanam hidup-hidup sebelum kedatangan Islam.
Perjalanan ke Perkuburan Al-Shabeka
Biasakan dengar lagu Sumayyah ? Nyanyian Kumpulan Hijjaz. Diperkuburan inilah juga Sumayyah binti Khayyat di semadikan. Beliau antara orang terawal yang memeluk Islam dan beliau menjadi wanita Islam pertama yang mati syahid atas keteguhan iman. Cerita sedikit.
Perkuburan Al_Shabeka di pagar dan bertembok dibelakang.
Sumayyah binti Kayyat merupakan hamba sahaya kepada Abu Huzaifah Bin Mughirah dari Bani Makhzum. Beliau dikahwinkan dengan Yasir Bin Amir, seorang Yaman yang menetap di Makah dan bersahabat engan Abu Huzaifah. Selepas berkahwin beliau dikurniakan seorang anak bernama Ammar dan kemudiannya dia dimerdekakan.

Diawalnya, Islam disebarkan secara senyap-senyap. Sumayyah dan keluarganya antara orang terawal memeluk Islam. Dikatakan Sumayah orang ke tujuh memeluk Islam. Mereka melakukan ibadat secara sembunyi-sembunyi sebab ketika itu amat bahaya jika diketahui kaum kafir Quraisy. Mereka akan disiksa dan disuruh kembali ke agama nenek moyang.

Sebuah dataran yang menyimpan sejarah Masyarakat Arab, Perkuburan Al-Shabeka.
KeIslaman keluarga ini diketahui juga oleh Bani Makhzum. Lalu mereka disiksa dengan berbagai cara. Penduduk Makah yang menyaksikan peristiwa tersebut tidak dapat berbuat apa apa kerana takut dengan Bani Mahzum. Rasulullah yang melewati tempat itu turut bersimpati dan bersabda "Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya balasan kamu semua adalah syurga".

Diringkaskan, Walau disiksa Sumayyah tidak sekali-kali untuk kembali ke agama nenak moyang. Berbagai cara masih tak berkesan, yang terakhir beliau di tusuk dengan tombak oleh Abu Jahal sehingga syahid. Menjadikan ia wanita pertama syahid. Seperti biasa kalau nak tahu kisah keluarga Yasir ini tolong buka buku. Menarik kisah keluarga Yasir ini bagaimana mereka menjaga keimanan dan juga kisah anak mereka Ammar yang terlepas dari siksaan.

Lokasi Perkuburan Al-Shabeka:
21°25'21.7"N 39°49'16.8"E
21.422701, 39.821327

Hari semakin gelap, tanda Maghrib semakin mendekat. Satu lagi tempat dibawa oleh Ustaz Edrie. Selalunya kita ambil air Zam Zam di tong-tong atau water cooler yang disediakan di sekitar dan dalam Masjidil Haram. Kali ini dibawa ke sebuah tempat yang menyediakan paip.
Tempat Air Zam Zam di pam.


Bolehlah tadah Air Zam Zam dengan botol besar

Tempat ini disebelah kanan Rumah Rasulullah (Perpustakaan). Jadi bolehlah tadah tong besar atau boleh buat ambil air sembahyang atau mandi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Tempat ini berpagar dan ada waktu-waktu dibuka. Dibawah ada sedikit info.

Waktu buka: 6 pagi hingga 12 tengahari dan 5 petang hingga 12 malam.
Lokasi GPS:
21°25'28.6"N 39°49'48.0"E
21.424613, 39.829992

Alhamdulillah dapat mengambil wuduk dengan air zam zam dan tunggu azan Maghrib.

Di sini kepada yang hendak bersedekah memang ada banyak orang yang memerlukan. Kita boleh beli barang-barang dan disedekahkan atau boleh juga minta kedai-kedai makan memberi sedekah bagi pihak kita.
Dihadapan kedai sudah berbaris menunggu dermawan menginfak sedikit buat mereka mengalas perut.

Ada beberapa kedai makan yang menyediakan perkhidmatan ini. contoh kedai makan yang terdapat di lorong atau dataran diantara Bangunan Jam Besar dan Hotel Mellennium (tempat yang selalu jemaah beli ais krim). Disediakan beberapa pekej untuk bersedekah, ada pekej SR3, SR5 dan sebagainya. Pekej ini bergantung kepada harga makanan yang kita hendak beri seperti kebab, roti, air dan sebaginya.

Dihadapan kedai-kedai makan ini akan ada sahaja orang yang berbaris menunggu dermawan-dermawan yang menginfak makanan untuk disedekahkan kepada mereka. Jika ada sedekah untuk 10 bungkus maka 10 orang miskin dapatlah habuan. Yang lain tunggu pula dermawan lain pula yang sedekah.

Hari keempat di tamatkan dengan taklimat keberangkatan balik esok hari, terasa cepatnya hari berlalu. Oklah tamatlah hari ke empat di Makah.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Umrah dan Ziarah 2017 : Ziarah Hudaibiyah

Hari Keempat di Makah. Seperti biasa dilakukan ziarah di awal pagi setelah solat subuh di Masjid Haram dan bersarapan. Kali ini kami dibawa ziarah ke Hudaibiyah.

Tempat pertama di lawati ialah ke ladang unta. Kami dibawa kesuatu lokasi padang pasir. Dapat dilihat ada beberapa kelompok unta disini menunggu pengunjung untuk dilawati, lalu dipilih sekelompok. Oklah bolehlah turun bas dan bermesra dengan unta-unta ini. Yang nak rasa susu atau air kencing unta boleh dibeli disini.
Susu dan air kencing unta dijual.

Bersama unta-unta.

Dah puas selfie dengan unta kami dibawa ke Muzium Haramain, sebuah muzium yang menematkan sejarah perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tetapi malangnya kami tak boleh masuk sebab dah penuh. Untuk memasuki muzium ini kena booking dahulu dan diberi permit sebab muzium ini tak boleh masuk ramai-ramai, kena tunggu giliran. Oklah redho ja lah, tak ada rezeki.

Tempat terakhir ialah Masjid Hudaibiyah. Apa yang menariknya di masjid ini? Disinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah. Dulu-dulu disekolah kisah Perjanjian ini akan dipelajari dalam subjek Agama. Sedikit sejarah.
Masjid Hudaibiyah atau Masjid Asy Syumaisi yang berwarna putih.
Pada tahun ke 6 Hijrah Rasulullah telah mandapat mimpi untuk mengerjakan Haji atau Umrah (tak pasti yang mana yang betulnya). Lalu baginda dan sahabat-sahabat di Madinah yang terdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin seramai lebih kurang 1400 orang pun bersiap dan berangkat.

Setibanya di Asfan, mereka telah mendapat berita bahawa Kaum Quraisy telah bersedia untuk berperang. Rasulullah tidak mahu pertumpahan darah, lalu diutuskan Usman Bin Affan untuk berunding. Tetapi Usman Bin Affan pula di tahan oleh Kaum Quraisy. Peristiwa ini telah membuat para sahabat berbai'at kepada Rasulullah untuk memerangi Kaum Quraisy, dikenali Bai'at Al-Ridwan.
Tinggalan tembok dan tiang-tiang Masjid Bai'ah Ar Ridwan
Sumpah itu menyebabkan Kaum Quraisy gentar dan melepaskan Usman Bin Affan dan bersedia untuk berunding. Kaum Quraisy telah menghantar Suhail bin Amr, Mikraz bin al-Hafs dan Hawatib bin Abdul Azza untuk menyusun naskah perjanjian bersama Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw meminta Ali bin Abi Thalib sebagai juru tulis naskah perjanjian. Perjanjian tersebut berlaku di Hudaibiyah dan diberi nama Perjanjian Hudaibiyah.

Ustaz Erdie memberi penerangan mengenai Hudaibiyah.


Ada beberapa perisiwa seperti penolakan oleh mereka penggunaan "Bismillah..." dengan menukar ke ayat lain dan penggunaan nama Rasulullah. Perjanjinan ini dari mata kasar tidak memihak kepada Kaum Muslimin tetapi.... nak tahu lebih lagi sila cari di buku-buku dan boleh saja google.

Tahun ini Rasulullah dan para sahabat tidak dapat melakukan Haji dan boleh lakukannya tahun hadapan. Selama perjanjian ini Kaum Muslimin telah membangunkan masjid diberi nama Masjid Bai'ah Ar Ridwan di tempat berlakunya perjanjian tersebut. Tapi sekarang masjid ini telah tidak digunakan lagi hanya tinggal tiang-tiang dan tembok batu sahaja. Masjid Baharu telah didirikan dihadapan tapak masjid ini diberi naman Masjid Asy Syumaisi.


Selesai berniat umrah kami balik ke Makah dan alhamdulillah dapat menyelesikan umrah.

Selepas sembahyanh Isya di Majdil Haram, sekali lagi keluar. Kali ini untuk menikmati daging unta. Aku pun tak pernah makan daging ini. Van membawa kami ke sebuah restoran. Restoran Kabsa Hashi. Aku pun tak tahu dimana tempat ini.
Restoran Kabsa Hashi.
Kami naik ketingkat atas. Disini disediakan ruang-ruang berkarpet sahaja  tanpa kerusi. Jadi bolehlah duduk dahulu sementara menunggu hidangan sampai.
Tunggu hidangan sampai.
Dah sampai betalam-talam. Jadi sebelum makan, hampar dulu saprah. Sekeping plastik nipis buat alas talam. Nanti kalau makanan tumpah tak mengotorkan karpet.
Saprah dihampar sementara menunggu talam-talam.

Nie dia nasi arab bersama daging unta.
Nampak dari atas nasi banyak tapi bila diselak, tuuu... dia berketul-ketul daging unta. Tekstur daging unta ini bagi aku lebih kurang macam daging kambing tapi tak ada bau seperti kambing. Nasi yang diberi bersama sup dan juga hirisan lemon dan bawang.
Kegembiraan terpancar bersama kambing 😁😁😁

Bukan makan berdua saja. Kami makan berempat. Dua orang tak ada dalam gambar.
Selepas makan dihidang dengan laban. Katanya daging unta panas, jadi laban boleh menuruhkan balik kepanasan.
Walau pun banyak, alhamdulilllha licin, memang sedap. Aku nak kongsi maklumat restoran ini aku tak tahu. Tapi dihadapan kedai ada lambang unta. OKlah selesai satu hari di Makah.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Umrah dan Ziarah 2017: Ziarah Ja'aranah

Hari kedua di Makah. Pagi selepas solat subuh dan bersarapan. Seperti biasa waktu pagi dibuat ziarah. Hari ini kita akan ziarah kawasan Haji dinamakan Ziarah ke Ja'aranah. Iaitu kawasan yang menjadi tempat-tempat jemaah haji akan berkumpul dan bermalam.
Selsai solat subuh
Tempat pertama yang disinggahi oleh kami ialah Padang Arafah atau lebih tepat di Jabal Rahmah. Sebuah tempat yang dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Padang Arafah ini juga tempat terakhir Nabi Muhammad menerima wahyu terakhir dari Malaikat Jibril AS:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Nak panjat boleh berpeluh juga dengan cuaca yang panas. Nak tahu ceritanya Jabal Rahmah, bolehlah google.



Jabal Rahmah

Tempat lain seperti Jabal Nur (Gua Hira'), Jabal Thur, Mina, Muzdalifah, tempat melontar bas hanya lalu sahaja sambil mutawif menceritakan tempat itu.
Tempat melontar, Jamrat

Dalam perjalanan ada satu tempat yang rasanya amat menarik. Sebuah binaan kecil di atas sebuah bukit di Mina. Apakah tempat itu? Dikawasan inilah dipilih oleh Nabi Ibrahim AS untuk menyebelih anaknya Nabi Ismail AS.
Binaan atas bukit menunjukkan kawasan dipilih Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih Nabi Ismail AS,

Akhir sekali ialah kami sampai ke Masjid Ja'aranah, tempat bermiqat. Bolehlah berniat umrah sunat disini.

Sampai ke Makah dah tengahari jadi kami masuk hotel dahulu. Makan tengahari sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan Umrah. Umrah kali ini menarik dan tak terpikir oleh aku. Kali ini abang ipar sponser kepada yang tua-tua sahaja (bukan anak-anak la) untuk bertawaf dan Sai menggunakan kereta elektrik atau buggy.

Buggy ketika tawaf
Laluan buggy ketika Sai
Lokasi buggy ini di tingkat 3  Masjidil Haram kalau tak silap. Buggy ini semuanya auto, dimana kawalan kelajuan boleh disetkan. Kalau nak laju letak ke butang Kuda, kalau nak lambat kalau tak silap gambar arnab. Buggy ini ada dua saiz, untuk seorang atau dua orang.

Nasihat kepada yang menggunakan buggy ini. Pastikan bateri penuh ketika sewa buggy ini.  Tolong catit nombor buggy yang diambil takut tertukar ketika turun untuk sembahyang atau apa-apa sajalah. Ada juga pekerja disini ambil buggy ini jika kita pakir/letak ditepi - pening juga nak bertekak dengan pak Arab. Dikawasan ini juga ada jemaah yang bertawaf berjalan kaki, jadi berhati-hati memandu, jangan terlanggar orang yang sedang berjalan. Semasa manaiki buggy ini tolong pastikan bahu kita dan juga aurat, yang lelaki pastikan tak terselak ihram. OK lah sentiasa berhati-hati dan awasi buggy anda πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.
Booth Mobily.
Aku terlupa hendak tulis mengenai sim card talian talifon dan data di Madinah dan Makah. Talian ini senang didapati di booth-booth kecil sekitarnya. Antara syarikat yang biasa di lihat ialah Mobily dan Zain dengan berbagai pekej yang ditawarkan - tepuk dada tanya selera. Untuk jemaah Umrah dan Ziarah melanggan perkhidmatan ini, jangan lupa bawa kad nama yang dibekalkan oleh travel agen sebab mereka akan ambil gambar kad itu dan juga perlu cop jari.

Oklah setakat ini dulu, jumpa di lain entry.

[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Kuliah Ilmu Julai 2018

Jom tambah ilmu. Kuliah bulan Julai 2018 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al-Husna Bertam Perdana 3, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Umrah dan Ziarah 2017 : Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas

Alhamdulillah dapat berjemaah di Masjid Abdullah bin Abbas. Setelah selesai kami bertolak ke lokasi yang mencatat sejarah perjalanan dakwah Rasulullah iaitu ke Masjid Siku atau Masjid Alkou ( Masjid Kuk ). Masjid ini berada betul-betul di pinggir jalan utama.
Masjid Siku atau Masjid Alkou.

 Sedikit sejarah Masjid Alkou ini. Dalam tahun berdukacita Baginda, dimana orang yang selalu memberi dorongan dan perlindugan kepada Baginda iaitu isteri kesayangan Baginda, Saidina Siti Khatijah dan diikuti bapa saudara Baginda, Abu Talib telah meninggal dunia. Dengan ketiadaan Abu Mutalib, Kaum Quraisy telah meningkatkan kekejaman terhadap Baginda.
Ustaz Erdie sedang bagi penerangan tentang masjid ini.

Dengan asakan Kaum Quraisy di Kota Makah, Baginda dan Saidina Zaid Harithah mengambil keputusan untuk mendapat perlindungan dan berdakwah di Taif. Penduduk Taif terdiri dari 3 suku Arab dimana Bani Thaqif merupakan suku Arab terbesar di sini. Mereka telah ke Bustan as Thaqif (Taman Thaqif) berjumpa dengan pembesar Bani Thaqif.

Ruang solat. Masjid ini sudah tak digunakan lagi.

Tetapi kedatangan Baginda mendapat tentangan yang hebat dari Bani Thaqif sehingga Baginda di heret keluar dari Bustan as Thaqif. Mereka dikejar dan di baling batu. Mereka telah meninggalkan tempat itu menuruni bukit. Baginda dan Saidina Zaid cedera dalam peristiwa ini.

Adakah lekukan siku Rasulullah disini? 

 Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika melarikan diri ketika dikejar bani Thaqif. Bagaimana Masjid ini mendapat nama Kuk atau Siku? Masjid ini mendapat nama siku disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Tapi batu tempat adanya lekuk itu tidak pasti dimana. Ketika ini masjid ini tidak digunakan lagi.

Selesai melawat Masjid Alkou, Rombongan jemaah dibawa pula kesebuah tempat lagi. Bas mini berhenti disebuah kawasan kampung. Kali ini kami menyusuri lorong sempit antara rumah-rumah penduduk disini. Sehingga sampai ke sebuah masjid, Masjid Addas. Addas merupakan orang pertama memeluk Islam di Taif.

Menyusuri perkampungan untuk ke Masjid Addas.

Sambunga cerita penolakan dan balingan batu orang Taif, mereka teruskan perjalanan dan telah berlindung di sebuah ladang milik Utbah dan Syaibah, dua orang anak lelaki Rabi’ah. Peristiwa itu di lihat oleh mereka dan telah menyuruh hamba mereka seorang Nasrani bernama Addas untuk memberi anggur kepada Rasulullah.
Masjid Addas



Sebelum makan anggur itu, Baginda telah mengucapkan "Bismillah..". Ucapan itu itu telah menarik perhatian Addas dan seterusnya beliau memeluk Islam. Peristiwa ini membakar kembali semangat Rasulullah untuk berdakwah kepada penduduk Taif.
Ruang solat Masjid Addas. Masih digunakan penduduk tempatan.

Dipercayai tempat dimana pertemuan antara Rasulullah dan Addas itulah dibinanya Masjid Addas. Masjid ini masih digunakan sehingga kini oleh penduduk tempatan.
Tanah yang subur.

Dari peristiwa ini usaha dakwah diteruskan lagi ke Kota Taif. Kali kedua, Rasulullah dengan tentera muslimin telah mengepung kota ini setelah Perang Hunain. Peristiwa ini disebuat sebagai Perang Taif dimana 11orang tentera Islam telah syahid. Begitu juga sahabat nabi Abdullah Bin Abbas telah berpindah ke Kota ini untuk berdakwah dan mengislamkan penduduk Taif.

Alhamdulillah itulah seba sedikit cerita perjalanan dakwah Rasulullah. Aku mohon ampun dan mohon pembetulan jika ada fakta-fakta yang tesalah.

Inilah tempat terakhir kami ziarah sebelum pulang ke Makah. Balik pun sama, kami menaiki kereta kabel. Waktu petang pemandangan bukit bukau lagi cantik. Layan gambar kat bawah.
Perjalanan turun kereta kabel. Pemandangan yang menarik.

Dibawah ternampak pengembala unta, rasanyalah.

Alkur Amusement Park. Macam menarik sahaja taman tema air kat sini.

Sebelum balik ke Makah, kami dijamu dahulu dengan nasi Arab di Alkur Amusement Park. Alhamdulillah kenyang dan perjalanan balik pun lancar.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.