Nasi Lemak Haji Ali

Petang ini kami balik ke Alor Setar sebab esok bapa aku akan sampai ke rumah dari mengerjakan haji. Jadi Malam tak ada apa nak buat kami pi pekena Nasi Lemak Haji Ali. Nasi lemak nie aku cari sebab ada sorang tu dah commen kat blog ini kata Nasi Lemak Royal tak berapa best berbanding nasi Lemak Haji Ali. Jadi aku dah Google lokasi nasi lemak nie.
Aku pi rasanya lebih kurang jam 9 malam. Masa aku pi lauk dah nak habis. Tinggal beberapa jenis saja. Yang cedok lauk tu cakap kedai ni buka dari jam 4 petang sampai malam. Walau dah lauk kurang orang yang datang ramai juga.
Aku pilih beberapa lauk ayam goreng, dalca, acar rampai, nasi lemak, daging, kuah. Nasi lemak rasanya bukan macam orang melayu buat rasa dia lain sikit macam Nasi Lemak Royal.
Sekarang dah macam ada trend mesti ada ayam goreng panas untuk menarik orang datang walau minyak goreng dah pekat macam minyak enjin.

Bagi pendapat aku la, Nasi Lemak Haji Ali rasa dia kurang sikit dari Nasi lemak Royal. Kuah campur dia pun kurang mengancam. Acar rampai dia memang best isteri aku memang puji. Tapi apa-apa pon semua pinggan licinnn. Rasanya aku patut datang lebih awal sikit mungkin ada lauk yang menarik lagi.

Lokasi kedai di Persiaran Sultan Abdul Hamid ( Seberang Perak ). Aku nak cerita pun tak berapa reti sebab dia dapat pi dari berbagai arah. Tengok map ja lah.

5 comments:

  1. Salam.

    Penah makan sini tp kena beratur panjang.
    Masakan dia boleh tahan. Kalau diberi rate, sya bagi 3/5 bintang.

    ReplyDelete
  2. Nasi ali sedap.nasi royale di anak bukit pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ lawat sini... dah lama tak pekena nasi lemak ali nie.

      Delete
  3. nasi lemak paling favourite. dah tak dak :( membesaq ngan makan nasi lemak ni
    kalau family kami makan nasi lemak ni, kami tak boh dalca.. kami cakap nak nasi lemak daging pedaih, ayam pedaih.. kalu ada dalca kureng umph sikit.. haha.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat blog saya... nanti kena cuba menu daging pedaih pulak

      Delete