Setelah tenaga di pulihkan, baru boleh bercanda di persisiran pantai. Jalan-jalan sekitar Pantai Samila. Layan gambar kat bawah ja.
|
Bergambar dengan patung duyung. Apa istimewa patung nie entahlah. |
Tak berapa lama cuaca berubah. Angin semakin kencang dan hujan mula turun. Cepat-cepat jalan balik ke kereta. Tapi tak sempat, berteduh sebentar di kedai cenderamata berhampiran.
Setelah hujan seriat (tau apa tu seriat??? hujan berhenti la) dalam jam 4 petang. Tak solat lagi, jadi cari masjid berdekatan, lagi pun ada yang perut memulas.
|
Masjid Asasul Islam, Songkhla. |
Alhamdulillah sekarang di ucapkan selamat tinggal Songkhla. Perjalanan diteruskan ke Danok untuk ke sempadan. Dalam perjalanan di Thai ini, selalu nampak Tesco Lotus, ada kecil ada besar. Jadi kami singgah, nak tengok dalamnya macam mana. Macam perak buih pulak.
|
Macam tak pernah masuk Tesco. Beli Susu dan Coklat dalam tube, yang trending masa tu. |
Dalam jam 8 malam kami sampai ke Danok. Sebelum mencecah ke imigresen, kita berhenti dulu di pekan Danok. Apa yang seronoknya di sini. Satu ialah membeli belah sedikit di sini dan juga suatu yang sedang trending ialah Daging Bakar Danok.
|
Salah satu kedai runcit yang menjadi tumpuan Rakyat Malaysia di Danok. |
Dulu jika berada di Danok, rakyat Malaysia boleh sahaja guna Ringgit dengan tukaran 100 Baht sama dengan RM10. Tapi sekarang boleh lagi tetapi dengan kadar yang lain. Pekedai disini telah letakkan tandaharga tukaran, contoh jika barang 100 Baht kita kena bayar RM12.50 duit Malaysia.
|
Coklat, susu, strawberi dalam tube. Sekarang dah masuk Malaysia, tapi harga masih mahal berbanding Thailand. |
|
Duit Malaysia masih boleh digunakan tetapi dengan kadar yang lain. Tanda harga diletakkan harga dalam Baht dan Ringgit. |
|
Antara yang menjadi rebutan, paste Tom Yam, beras dan kacang |
Selapas membeli serba sedikit, kita cari daging bakar danok pula. Sederet gerai ditepi jalan, kami tak tahu yang mana sedap. Jadi ikut kata hati sajalah. Kita masuk salah satu gerai yang nampak OK dan orang Malaysia pun ramai.
|
Deratan gerai makan tepi jalan. |
Kebanyakan gerai menjual makanan hampir sama. Masuk sahaja salah satu gerai disini dan pesan apa yang patut. Ini dia apa yang di pesan.
|
Daging Bakar Danok. Sedap tapi daging sedikit liat. Konyeh-konyeh tak putus, telan sajalah. |
|
Tom yam seafood. |
|
Kerabu meggi. |
Ini pula gerai Pulut Ayam dan Pulut Mempelam terletak berhampiran. Katanya boleh saja hantar ke gerai kami makan tadi. Jadi kami pesan pulut ayam dan pulut mempelam disini.
|
Pulut mempelam. |
|
Pulut Ayam. |
Alhamdulillah kenyang dan sedap. Perjalanan di teruskan ke Kompleks Imigresen. Masuk sahaja ke komplek Imigresen Thai, kereta kena Q ikut lorong-lorong disediakan. Tunggu sehingga kereta sampai ke kaunter dan serah pasport dan semua penumpang kena turun sekali. Sedikit bayaran dikenakan jika waktu malam, bukan tip tapi bayaran lebih masa / overtime.
Ada juga pemandu yang kalut tak tentu arah, kereta Q di lorong lain, dia pi jalan kaki ke lorong lain untuk serah pasport, kononnya nak cepat, jangan buat macam tu sis-sia kena hambat balik. Ikutlah giliran.
|
Yang ramai tu pemandu dengan penumpang lorong sebelah. Kononnya nak cepat, dah kena hambat ke kereta masing-masing. Ikutlah lorong masing-masing, sabar kena ada. |
Selasai dengan penumpang, pandu kereta ke depan dan parking. Pemandu kena keluar bersama borang permit bawa kenderaan ke kaunter kastam untuk di cop.
Selesai semuanya boleh lah ke imegresn Malaysia. Disini tak perlu keluar kereta cuma serahkan pasport saja. Tapi jika pegawai kastam nak tahan, berhenti saja. Mereka mungkin nak periksa kalau-kalau kita seludup atau beli barangan bercukai.
Alhamdulillah, selesai satu jalan-jalan makan angin di Thailand dan diberi keselamatan, kesihatan dan kelancaran dalam perjalanan ini. Terim kasih kepada isteri aku yang banyak menyeponser dalam perjalanan ini. Ada rezeki boleh datang lagi. Malam ini kami tidoq di Jalan Fajar, rumah bapak aku la tu.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam