Hari kedua berada di Ao Nang. Bangun awal pagi. Jalan-jalan ambail udara pagi di pantai. Awal pagi Ao Nang, jalan lengang dan parking banyak kosong, tak seperti waktu malam yang sebok. Kedai-kedai pun kebanyakan tutup.
Kami jalan-jalan santai di tepi pantai ambil angin pagi, sesekali disapa bau masam, mungkin arak. Tak jauh dari hostel ternampak satu tugu ikan todak. Apa lagi bergambar dulu lah.
Suasana pagi, jalan lengang dan tempat parking pun banyak. Kedai pun kebanyakan tutup. |
Kami jalan-jalan santai di tepi pantai ambil angin pagi, sesekali disapa bau masam, mungkin arak. Tak jauh dari hostel ternampak satu tugu ikan todak. Apa lagi bergambar dulu lah.
Sebelum island hopping kena makan dulu. Kami rancang untuk jalan sahaja di sekitar pekan Ao Nang cari tempat makan. Dalam perjalanan nak cari tempat makan datang sebuah tuk-tuk menawar perkhidmatan. Dia boleh bawa ketempat makan muslim dan bawa pulang ke hostel.
Sembang-sembang sikit, kira jadi. Mula-mula rasa takut nak naik tuk-tuk ini maklumlah kecil sahaja nak bawa kami berenam. Sebuah motor kup chai diletak carrier. Tapi dia kata boleh tak ada masalah, jadi kami OKsajalah.
Fokus. Boleh tahan laju walau Cup Cai. |
Seronok bebudak, macam nak terbang. |
Berbagai juadah sarapan disediakan. Kecilnya dunia ini semasa kami makan terjumpa jiran setaman, mereka pun datang jalan-jalan juga.
Kedai makan Ja'dam Nasi Kerabu |
Macam-macam ada. Penuh meja. |
Nasi lemak pun ada. Sedap tapi tak sama dengan nasi lemak tanah air. |
Nasi kerabu. Ulam-ulam tambah sendiri. |
Bihun sup. Boleh lah. |
Moi. |
Alhamdulillah kenyang dan sedap. Pak cik Tuk Tuk datang semula dan kami pulang ke hostel. Bersiap untuk dijemput untuk island hopping. Dah 8.30pg tapi tak ada siapa datang jemput. Risau juga, mana tahu mereka tersilap dimana-mana.
Dekat jam 9 pagi baru mereka muncul menjemput kami. Dibawa berjalan ke suatu tempat untuk dikumpulkan. Ada berbagai kumpulan berkumpul disini. Kami diberikan gelang getah untuk membezakan setiap kumpulan tersebut.
Selepas itu kami di bawa turun ke pantai untuk menaiki bot. Bot sudah siap sedia. Alhamdulillah perjalanan bermula.
bersambung ke lain post.
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti di Krabi dan Songkhla, Thailand pada 3 - 6/12/2018 ]
1. Perjalanan dari Bertam ke Sempadan Wang Kelian
2. Ao Nang - Hari 1: Hotel IRest, Matahari Terbenam, Pasar Malam Muslim dan Sarifah Thai Food
3. Ao Nang - Hari 2 : Santai dan Sarapan Pagi
4. Ao Nang - Hari 2 : Island Hopping dan Pasar Malam Muslim
5. Perjalanan dari Krabi ke Hat Yai
6. Hat Yai - Hari 3 : Restoran Salma, Hotel Asian dan Asean Night Bazaar
7. Hat Yai - Hari 4 : Kim Yong Market dan Dimsum Chabura
8. Songkhla - Hari 4 : Zoo Songkhla dan Subaidah Seafood Pantai Songkhla
9. Songkhla - Hari 4 : Pantai Samila dan ke Danok / Bukit Kayu Hitam