Mira Hotel Jeddah |
Dapatlah lelapkan mata sekejap tapi rasa tak puas. Jam 12 malam pakat semua turun semula ke lobi. Walau berlepas dalam jam 4 pagi, kena keluar awal maklumlah jemaah ramai dan kena berada di sana awal. Semua masih letih lagi terutama dua si kecil, Ahmad Firas dan Nur Fatini. Menaiki bas semula ke Airport King Abdulaziz.
Ustaz Erdie membaca doa bersempena kepulangan kami. |
Sementara menunggu kapal terbang, pekena teh dahulu. |
Aku bersama Ustaz Erdie Nazrullah merangkap owner Our Deen Travel. |
Aku bersama Ustaz Samad selaku mutawif kedua. |
Di rumah abang ipar dah ada adik beradik yang tunggu. Alhamdulillah berbagai masakan menunggu kami.
Di coretan terakhir aku dalam perjalanan ini, aku ingin memohon maaf jika ada terkasar atau terguris perasaan sesiapa sahaja ketika disana selama 11 hari 9 malam. Aku juga minta maaf jika dalam penulisan ini ada kekurangan dan kesilapan dan minta beri teguran untuk aku buat pembetulan.
Alhamdulillah selesai sudah satu perjalanan yang memberi beribu pengalaman yang mendekatkan lagi kepada Pencipta. Moga segala amal ibadat yang dilakukan disana diterima Allah SWT dan semoga usaha-usaha melakukan ibadat disana berkekalan sampai ke sini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Abang dan Kakak Ipar yang telah menjadikan perjalanan ibadah keluarga ini tercapai dengan izinNya. Terima kasih kepada saudara mara yang banyak membantu kami di sana. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat baru yang pergi bersama kami. Terima kasih juga kepada saudara mara yang telah menghantar dan menunggu kami balik dengan berbagai persiapan.
Terima kasih juga kepada Ustaz Erdie dan team dari Our Deen Travel And Tours yang menguruskan kami dari awal persiapan sehingga balik. Alhamdulillah dengan izinNya perjalanan ini berjalan lancar dan jadikanlah ini bukan perjalanan terakhir kami ke sana dan jadikanlah kami tetamuMU lagi.
Iklan sikit - Kepada yang hendak menunaikan Umrah dan ziarah atau pun melancong boleh hubungi:
Our Deen Travel & Tours Sdn Bhd
C-32-1, Block C, Jalan Teknologi 3/9
Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia
Tel:03-6148 9980
Web site: http://ourdeentravel.com/
Facebook: https://www.facebook.com/ourdeentravel/
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]
1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah
dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.