Umrah dan Ziarah 2017: Istana Urwah - Kota Yahudi

Alhamdulillah kami masih berada di bumi yang penuh barakah Madinah ini untuk hari ke tiga.

Kami pergi dan balik masjid selalunya melalui jalan yang sama dan akan melintasi sebuah kedai minyak attar. Boleh kata setiap kali lalu pasti tokey kedai ini akan menunggu tersenyum dihadapan kedainya dan memalitkan minyak attar nya kepada para jemaah yang melintas. Fasih dia berbahasa Melayu. Jadi disinilah kami dan juga geng lain membeli minyak attar sampai tokey ini kenai dah kami siap nama sekali.

Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.” Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi – Status Hadis: Hasan

Ahmad Firas bersama En Najib, tokey minyak Attar.

Ahmad Firas selalu ditegur dengan panggilan Haji Kecil. Seronok budak tu. Dan di doa menjadi Imam Besar Masjid Abu Bakar. Kenapalah dia tak sebut Imam Masjid Negara, mungkin dia pernah sampai Johor kot.

Selepas sarapan Mutawif kami Erdie membawa kami ke sebuah tempat yang jarang jemaah dibawa. Perjalanan tak berapa jauh. Kami dibawa dengan dua buah van ke Rumah Urwah bin Al Zubir. Seorang Ilmuan Islam yang terbilang. Beliau tergolong sebagai tabiin iaitu generasi yang dapat berjumpa para sahabat nabi.
Rumah Urwah Bin Al Zubir. Rumah ini telah di bina semula.


Erdie sedang mengkisahkan perihal Urwah.
Beliau merupakan seorang yang rajin menimba ilmu dan mendapatkan hadis-hadis dari Aisyah RA dan para sahabat. Beliau menjadi rujukan ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz Menjadi Gabenor Madinah.

Aku tulis secara ringkas sahaja cerita Urwah ini. Panjang cerita Urwah ini dari zaman remaja sehingga dia meninggal dengan berbagai peristiwa yang dialuinya. Nak tahu cari buku atau google.

Lokasi Rumah Urwah Bin Al Zubir:

GPS:
24°27'02.8"N 39°34'54.5"E
24.450783, 39.581817

Lokasi dari google:

Seterusnya kesebuah tempat kaum Yahudi. Tinggalan kubu seorang penyair dan amat memusuhi orang Islam iaitu Kaab Bin Asyraf. Tak kala kaum musyrikin Quraisy telah kalah kepada pasukan I Isalam dalam Perang Badar, Kaab telah menulis puisi yang merintih diatas kekalah tersebut dan juga menghina pasukan Islam.

Mendengar penerangan Erdie tentang Kaab Bin Asyraf.


Kesan runtuhan Kota Kaab Bin Ashraf
 Sikap yang suka mencela umat Islam dengan alunan syair telah membangkitkan rasa marah Baginda sehingga memerintahkan beliau di bunuh. Muhammad bin Al Maslamah RA dari suku Aus telah mengambil tanggung jawab untuk membunuh Kaab. Diringkaskan, Muhammad bin Al Maslamah RA telah mengumpan Kaab untuk keluar kepinggir kota Yahudi dan dibunuh dengan bantuan rakan-rakannya.

Lokasi Kota Kaab Bin Asyraf:

GPS:
24°25'07.5"N 39°38'00.9"E
24.418756, 39.633593

Lokasi dari Google Map:


Tak jauh dari Kota Kaab Bin Asyraf, kami ke suatu tempat atau sebuah gunung dahulunya di diami oleh kaum Yahudi Bani Quraizah. Gunung ini berwarna hitam terdiri dari batu-batu yang rapuh. Kawasan ini terletak berhampiran University Of Prince Mugrin. Mereka bukan tinggal atas gunung tersebut tetapi lembah gunung tersebut.

Kota Bani Quraizah.

Sedikit kisah Bani Quraizah. Bani Quraizah ini merupakan kaum Yahudi yang menduduki kota Madinah. Ketika Rasulullah ingin berhijrah ke Madinah, Baginda telah membuat perjanjian antara kaum Muhajirin dan Ansar dan juga Kaum Yahudi.


Perjanjiannya adalah "kedua-dua belah pihak berkewajipan tolong-menolong dan bekerjasama untuk memerangi orang yang memerangi salah satu pihak yang telah terikat dalam perjanjian tersebut. Kedua-dua belah pihak (Muslimin dan Yahudi) berkewajipan untuk saling nasihat-menasihati dan berbuat baik serta menjauhkan segala perbuatan yang menimbulkan dosa. Mereka juga berkewajipan untuk memerangi setiap orang yang akan menyerang kota Yathrib."

Diringkaskan Kaum Yahudi Bani Quraizah telah terpengaruh dengan hasutan Huyay bin Akhtab untuk berpihak dengan Kaum Quraisy  untuk menyerang Kaum Muslim. Berita itu telah dapat di ketahui oleh Rasulullah. Maka baginda bersama kaum muslimi telah mengepung Bani Quraizah selam 25 hari. Bani Quraizah telah menyerah dan di hukum dengan kaum lelaki di hukum bunuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan dan harta benda di rampas.

Lokasi Kota Kaum Bani Quraizah:

GPS:
24°25'54.1"N 39°39'36.1"E
24.431686, 39.660028

Lokasi dar Google Map:


Nak tahu cerita lengkap Bani Quraizah, carilah kat internet atau buku-buku sirah nabi. Alhamdulillah dapat berbagai pengajaran dari tempat yang dilawati. Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di Pasar Kurma.
Pasar Kurma


Ada sebuah Pejabat Pos. Boleh juga kalau nak pos kurma terus ke Malaysia.
Kadar bayaran pos bungkusan.

Kurma yang dibeli boleh di timbang dahulu. Mana tahu nanti terlebih muatan pula.
Selepas membeli belah di Pasar Kurma pakat-pakat sembahyang Zohor dahulu di Masjid Nabi. Seusai solat, berkumpul semula di hotel. Kali ini tak makan di hotel. Cari citarasa luar pula. Next entry.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Umrah dan Ziarah 2017 - Masjid Quba - Ladang Kurma - Syuhada Uhud

Hari kedua di Madinah. Seusai solat Subuh dan bersarapan kami dibawa untuk ziarah di sekitar Madinah.

Tempat pertama untuk dilawati ialah Masjid Quba. Masjid pertama umat Islam yang didirikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda yang dalam Al-Quran disebut dibina atas dasar taqwa.

Selamat hari jadi Fatini, Firas pun nak inteprem juga 😁😁😁
Dalam perjalanan Nur Fatini menghadiahkan cokelat kepada kami semua bersempena dengan Hari Jadinya. Seronok dia dapat meraikan hari jadi di Madinah.
Cokelat dari Fatini sempena birthday dia.
Di Madinah pun terdapat Kamera AES. Diletakkan di persimpanagn jalan, satu simpang ada dua ke tiga biji. Sesiapa yang tak patuh lampu isyarat, dapatlah surat cinta. Menurut mutawif, saman disini boleh tahan tinggi, boleh mencapai ribuan rial.
AES dipersimpanagn jalan ketika hendak ke Masjid Quba.
Oklah sambung balik, Masjid Quba dibina ketika nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dikatakan Nabi Muhammad SAW selalu bersembahyang sunat di Masjid Quba setiap hari Sabtu. 

Ganjaran mendirikan solat sunat pun besar disini. Sabda Rasulullah  "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). Untuk mendapat ganjaran tersebut kami telah mengambil wuduk dahulu di hotel sebelum datang kesini.
Masjid Quba



Selesai solat bolehlah melawat sekitar masjid. Berbagai jualan disini dari kurma segar sehingga pakaian. Ramai yang suka beli kurma segar disini.




Berbagai jualan menanti para penziarah di luar Masjid Quba.

Tak lama disini perjalanan diteruskan ke ladang Kurma. Disini tersedia sebuah kedai yang menjual berbagai produk. Bukan setakat kurma sahaja, ada juga dijual berbagai jenis kacang, biji janggus, buah tin, delima dan juga cokelat. Bolehlah kalau nak membeli disini. 
Pasar Kurma.




Orang Malaysia dan Indonesia jangan risau, diletakkan info dalam Bahasa Melayu.



Disekitar sini terdapatlah pokok-pokok kurma, bolehlah berselfi dengan pokok kurma 😁😁😁. Tapi ketika ini buah kurma segar atas pokok tak ada, mungkin bukan musim dia lagi.


Perjalanan diteruskan lagi ke Perkuburan Syuhada Uhud. Tahukan sejarah Perang Uhud. Kalau tak tahu google saja, banyak cerita mengenai Perang Uhud ini. Secara ringkasnya....

Jualan-jualan di kaki lima jalan sementara nak sampai ke kaki Bukit Uhud.


Bukit Uhud
Peperangan Uhud ini terjadi disebabkan dendam Kaum Quraisy terhadap Kaum Muslim setelah kalah didalam Peperangan Badar pada 17 Ramadan 2H. Oleh itu mereka telah bertekad untuk menebus kekalahan itu. Jadi mereka telah mengumpul bala tentera dan berangkat dari Kota Makah ke Madinah.


Bukit Uhud tak tinggi cuma untuk mendaki susah sebab tanah berpasir, kena berhati-hati.

Mendengar cerita kisah Peprangan Uhud dari Erdie

Pihak muslim di Madinah telah mendengar berita itu. Rasulullah dan para sahabat telah bermusyawarah dan memutuskan untuk berperang di luar Kota Madinah. Baginda dan para bala tentera sampai ke Bukit Uhud dan mengatur strategi pertempuran. Dimana kelebihan kawasan pergunungan digunakan untuk mengatur startegi. Dimana pasukan memanah diletakkan diatas bukit dan yang lain di lereng bukit. Pasukan diatas bukit tidak dibenarkan Rasulullah untuk turun walau apa pun yang berlaku.
Ini bukan pasukan memanah 😊😊😊😊, pengunjung yang mendaki Bukit Uhud.

Pemandangan Masjid dari atas Bukit Uhud.


Setelah pertempuran pihak Muslim telah menang dan pihak Kafir Quraisy telah berundur. Lalu tentera Muslim mengumpul harta yang ditingalkan oleh tentera Quraisy. Melihat kepada situasi tersebut Pasukan Memanah di atas bukit pun turun juga untuk mengutip harta. Tentera Quraisy yang melihat keadaan tersebut lalu Khalid bin Walid memimpin tentera berkuda Kafir Quraisy  telah berpatah balik dan telah menyerang tentera Muslim. 70 orang Muslin gugur sebagai Syuhada.
Kawasan Perkuburan Syuhada Uhud di pagar, untuk mengelakkan para penziarah melakukan benda-benda khurafat.


Perkuburan Syuhada Uhud, sebuah tanah lapang yang mengisi para syuhada.

Alhamdulilllah, diharap tempat yang dilawati bukan setakat memenuhi agenda ziarah sahaja tetapi mempunyai cerita dan sejarah yang hebat dalam perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk mengembangkan agama Islam. Moga ia juga menjadi asbab untuk kita menyedari Islam yang sampai kepada kita bukan mudah, banyak darah yang mengalir.

Dah letih memanjat, boleh pekena aiskrim dulu.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


Umrah dan Ziarah 2017 - Ziarah Sekitar Masjid Nabawi

Awal pagi Jumaat Penghulu Segala Hari yang dingin, 1hb Disember 2017. Hari ini istimewa bukan disebabkan Hari Jumaat sahaja tetapi juga disebabkan tarikh ini merupakan Hari Kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Semua sangat bersemangat, pakat ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah Subuh yang pertama di Masjid Nabawi.
Selesai solat subuh.

Seusai solat Subuh kami balik ke hotel. Sebelum sampai ke gerbang hotel, badan yang diselimut kedinginan pagi Madinah di panaskan dengan secawan Teh Susu. Ringkas sahaja, teh uncang bersama air panas yang di campur dengan gula dan susu. Disini walau secawan teh tapi nikmatnya tak sama dengan Malaysia.
Teh susu yang ringkas tetapi entah macam mana terasa sedap.
Lepas secawan teh baru ke hotel. Sarapan yang disediakan oleh hotel. Ada makanan Timur dan juga makana orang Asia. Makanan Timur biasalah dengan salad, roti, majerin, humus dan sebagainya. Makanan Asia disini lebih kepada makanan Indonesia seperti sup, keropok, telur goreng dan entah apa lagi aku pun tak tahu. Kami makan sajalah apa yang ada.






Pagi ini selepas sarapan mutawif akan bawa kami melawat sekitar Masjid Nabawi. Berkumpul di lobi hotel sebelum berjalan kaki ke Masjid. Kedinginan Madinah masih terasa.
Bergambar dulu di lobi Province Al Sham Hotel
Tempat pertama di tuju ialah sebuah tempat di barat daya Masjid Nabawi. Disinalah berlakunya pembaiatan atau perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah setelah kewafatan Rasulullah.Tempat in dinamakan Sokaifah Bani Saedah.

Pintu masuk ke Sokaifat Bani Saedah

Didalam sofaikah ini di buat seperti taman.

Sokaifat merupakan satu tempat atau kawasan sesuatu bani untuk berkumpul. Sokaifat yang dipilih untuk pembaiahan ini dimiliki oleh bani Saedah. Sekarang disini dijadikan sebuah taman. Nak tahu sejarah tempat ini boleh google cerita pembaiatan Abu Bakar.

Ini lokasi Sokaifat Bani Saedah dari GPS:

24°28'13.1"N 39°36'24.4"E
24.470317, 39.606786


Selepas itu kami balik semula ke Masjid Nabawi. Sebelum sampai ke masjid selisih dengan satu bazar, kalau tak silap dipanggil Bazar Haram. Sebuah pasar lambak yang katanya barangan disini harganya sangat murah. Macam-macam jualan ada disini tapi kami tak masuk, hari dah makin terik.

Bazar Haram. Macam-macam ada dengan harga yang berpatutan.

Terus perjalanan melalui pintu 37, sampai di perkarangan Masjid Nabawi. Kami dibawa ke Perkuburan Baqi. Masa kami sampai tak boleh masuk sebab Perkuburan Baqi hanya dibuka selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Kaum lelaki sahaja dibenarkan masuk. Kami hanya berkumpul dihadapan tembok pagar perkuburan Baqi mendengar tazkirah oleh Mutawif dan juga bolehlah membaca maklumat yang ditampal di dinding tembok.
Di tembok luar Perkuburan Baqi diletakkan berbagai maklumat mengenai perkuburan ini. Rajin-rajin baca, banyak maklumat yang di letakkan.


Alhamdulillah selesai ziarah ringkas sekitar Masjid Nabawi. Walau masih awal kami ambil keputusan untuk terus beriktikaf di Masjid sahaja menunggu solat Jumaat. Kena masuk awal sebab berkemungkinan orang ramai menunaikan Solat Jumaat.

Berduyun manusia keluar selepas solat Jumaat..

Selapas balik kehotel, makan dan rehat sekejap. Gegas semula ke Masjid untuk Solat Asar. Seusai solat aku dan Ahmad Firas ambil peluang untuk masuk ke Perkuburan Baqi. Boleh tahan orang yang masuk. Betolak-tolak dan bergerak pun seperti kura-kura. Rasanya orang ramai disebabkan hari ini Maulid Nabi. Penggawal pun ramai menjaga manusia yang ramai ini.
Berduyun orang memasuki Perkuburan Baqi


Perkuburan Baqi ini menempatkan para sahabat dan juga isteri-isteri Baginda Rasululah dan juga merupakan tanah perkuburan bagi penduduk Madinah dan juga jemaah haji yang meninggla di Madinah.


Ahmad Firas menziarahi Perkuburan Baqi.


Oklah disamping ziarah yang paling utama disini ialah beribadat dan mohon semoga segala ibadat dan kebaikan yang dilakukan diterimaNYA.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.