Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong

 Hari ketiga di Vietnam. Pagi nie sarapan istimewa sebab ada sup vietnam atau dipanggil por. Por nie bahasa Vietnam bermaksud sup daging. Sup nie ada daging dan juga bebola daging di mana bebola daging nie memang sedap dan banyak lada dalam tu. Sup nie boleh di makan terus atau di campur dengan daun-daun yang aku tak tau apa kenamanya dan boleh di cicah dengan roti perghhh.. memang sedap.

Kalau jalan-jalan di HCMC nie bolehlah lihat ramai yang jual sup dan roti nie di kaki lima jalan, tapi jangn suka hati terjah saja sebab takut tak halal.

Por, sup daging yang sedap.
OK selesai sarapan. Hari ini ada suatu perjalanan yang agak jauh iaitu ke Sungai Mekong. Sungai yang ada dalam matapelajaran geografi sekolah menengah aku. Sungai yang sangat panjang lebih kurang 5000KM merentasi China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Hari nie kami akan menjelajah sungai Mekong, tu dia macam bagus saja. Kami akan jelajah sedikit sahaja dari sungai yang panjang nie.

Jarak perjalanan boleh kata jauh juga, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan bas. Perjalanan melalui lebuhraya. Walau di lebuhraya driver tetap memandu tak laju ~ aku banding dengan pemanduan di lebuhraya Malaysia. Rupa-rupanya had kelajuan di lebuhraya cuma 80KM/J saja dan mereka sangat patuh dengan had laju.
Tuuu dia had lebuhraya kat sini.

Disepanjang lebuh raya bolehlah lihat keindahan kiri kanan jalan dengan sawah padi dan kehidupan rakyat Vietnam. Dikiri kanan lebuhraya boleh lihat petak-petak sawah lebih kurang kat Malaysia juga tapi ada yang berbeza. Dalam petak-petak sawah nie pasti akan ternampak suatu binaan. Menurut Ms Lin, itu merupakan kubur-kubur ahli keluarga pemilik sawah itu. Menurut kepercayaan sawah akan subur jika ahli keluarga yang meninggal di makamkan di kawasan ladang atau sawah mereka.

Kubur ahli keluarga pemilik sawah.
Hampir dua jam kami sampai di suatu destinasi. Bas berhenti betul-betul di hadapan sebuah pasar yang menjual cenderamata dan baju-baju dan semestinya kopi. Disini bolehlah ke bilik air atau nak minum atau beli belah cenderamata.

Kena kopi secawan.


Selesai semua ingatkan nak naik bas semula, tapi kami dibawa menyusuri kaki lima jalan ke sebuah komplek bersebelahan. Rupa-rupanya jeti menyusuri sungai Mekong bersebelahan saja.
Amboiii semanagt betul Nur Fatini.
Jeti Sungai Mekong

Safety Jacket besar daru tuan.


Boleh tahan luas sungai Mekong nie. Bukan setakat bot-bot membawa pelancong tetapi sungai ini masih lagi menjadi laluan perdagangan. Bot kami menyusuri sungai ke seberang dan berhenti di lokasi pertama. Disini bolehlah melihat lebah madu yang diternak.


Sampai kesini kami disambut dengan mak cik yang menunjukkkan sangkar lebah. Bolehlah bergambar dengan mak cik nie dan juga lebah-lebah tu.

Setelah bergambar dengan lebah bolehlah ke gerai yang ada disitu. Kami di sambut oleh awek-awek Vietnam ke meja-meja makan. Disini kami dijamu air madu iaitu campuran madu, royal jely, limau kasturi dan ada lagi benda aku tak ingat bersama air panas. Bolehlah layan air nie. Boleh juga cuba madu saja.
Disamping madu, bolehlah makan kerepek pisang dan asam.

Madu disini amat istimewa sebab berperisa longan ~ mata kucing la tu. Bukan perisa tiruan atau madu tiruan tapi disebabkan lebah membawa nektar dari bunga pokok-pokok longan disekeliling kawasan tersebut.
Air madu disediakan bersama beberapa bahan lain.

Selepas itu awak-awek vietnam nie buat promosi madu longan dan juga royal jelly. Boleh kata murah sebotol lebih kurang 500ml tak silap aku VD100K. Kepada yang datang aku syorkan beli madu nie. Nie cerita lepas balik Malaysia. Madu nie memang original dan bila buka gas memang dok menendang saja tutup botol dan rasa pun memang sedap, sambil minum tu bolehlah bayangkan awek vietnam tu yang bancuh ~ harap isteri aku tak baca.
Mis Lin menerangkan perihal madu di sini. Awek-awek kat sini tak berapa fasih berbahasa inggeris.

Selesai dilokasi pertama kami menaiki bot semula dan dibawa ke lokasi kedua. Kali nie kami disambut dengan bangsal atau gerai yang menjual gula-gula ~ orang utara panggil cekelat walau apa perasa pun.

Disini di jual gula-gula kelapa ~ amboiii kelapa pulak dia... nyoq. Bukan setakat menjual tetapi bolehlah melihat proses membuat gula-gula tersebut dari kelapa mentah dan diproses sehingga menjadi gula-gula dan sehingga pembungkusan. Bolehlah beli gula-gula kelapa nie kalau berkenan.
Orang Penang pun try kopek nyoq juga.

Proses memasak


Semua proses membuat gula-gla kelapa dilakukan di dalam bangsala ini  sehingga pembungkusan.

Bolehlah beli gula-gula kelapa nie.

Selepas tu kami dibawa berjalan melalui denai dibelakang gerai gula-gula tadi. Dikiri kanan jalan ditumbuhi belukar dan rasanya ditumbuhi pokok-pokok longan. Boleh tahan dalam juga kami berjalan. Cuaca dah makin meninggi. Tapi disebabkan kiri kanan ada pokok taklah terasa panas sangat.
Tetiba saja posing ngan awek vietnam.

Kami dibawa kesebuah gerai atau pondok. Dapatlah berhenti sekajap. Ada meja di situ kami duduklah dan dihidang dengan buah-buahan sambil didendang alunan  suara lagu-lagu dan tarian tradisi Vietnam. Penyanyi-penyanyi semua mengenakan pakaian tradisi Vietnam, Ao Dai, Bolehlah bergambar dengan mereka. Selesai persembahan, dibuat kutipan derma, untuk apa aku pun tak tau. Disini juga ada gerai-gerai menjual cenderamata dan buah-buahan.

Dijamu dengan buah-buah tempatan, nangka, longan, naga, nanas dan mempelam.

Sambil makan buah bolehlah layan lagu Vietnam nie. Gadis Vietnam nie memakai pakaian tradisi mereka yang diberi nama Ao Dai. Kalau mereka pakai Ao Yem, tak pi tempat lain dah.



Selepas melihat persembahan dan makan buah kami dibawa berjalan lagi tapi dekat sahaja ke suatu tempat yang kelihatan ramai orang. Rupa-rupanya ke sebuah tebing anak sungai. Disini tempat pelancong merasai menaiki sampan menyusuri sungai. Naik sampanlah pula kita. Zaman nie mana nak rasa naik sampan macam orang dulu-dulu. Ada yang dah cuak, tapi budak-budak lagi seronok.


Setiap bot boleh dinaiki 6 orang dimana 4 orang penumpang dan 2 orang pendayung di hadapan dan belakang. Tapi kalau penumpang kecil atau budak-budak dibenarkan lebih.

Kami menyusuri sungai yang sempit ini melawan arus. Boleh kata laju juga air sungai nie. Kebanyakan yang menjadi pendayung dah berumur tapi memang kuat. Selamber saja mendayung walau melawan arus, laju pulak tu, makan Terlajak Laris kot. Kat dalam sampan nie juga ada disediakan dayung extra. Jadi kepada yang nak rasa mendayung bolehlah cuba.

Boleh kata semua pendayung perempuan mengenakan fesyen pakaian yang sama dan bertopi. Tak pastilah sama ada ini Ao Dai atau nama lain tapi seperti kebaya pendek orang melayu. Topi yang dipakai dinamakan Non La.
Kebanyakan yang pendayung perempuan memakai pakaian seperti kebaya singkat, pakaian tradisi mereka la kot bersama topi Non La.

Berpuluh-puluh sampan menyusuri pergi dan balik sungai yang sempit ini membawa pelancong. Aku dok risau berlanggar saja, maklumlah kadang-kadang berselisih boleh tahan dekat juga ditambah dengan laju. Tapi mereka mendayung dengan tenang saja walau berselisih. Alah bisa tegal biasa. Sebab itu juga sebelum menaiki sampan kami diinggat jangan memegang atau meletakkan tanggan di tepi sampan bukan sebab ada buaya tapi takut tergesel dengan sampan lain.



Dimuara anak sungai ini bertemu semula dengan Sungai Mekong dan kelihatan bersusun bot-bot penumpang sedang menunggu. Kena tunggu giliran untuk naik ke bot. Mencabar juga nak naik ke bot dari sampan kecil nie, terketar juga la.


Legaaa dah sampai.

Untuk menghilangkan rasa ketaq, kami di beri minum air kelapa sambil minum bolehlah tengok-tengok kiri kanan sungai nie. Budak-budak memang seronok habis, pengalaman baru naik sampan. Alhamdulillah perjalanan menyusuri sungai Mekong berakhir disini.

Sebelum sampai ke hotel, kami pekena nasi dulu kat restoran nie, Kamarudin Ahmad Halal Food. Katanya restoran nie kepunyaan adik beradik En Hamid yang menjadi pemandu palancong kami. Disini juga disediakan surau yang selesa, bolehlah solat dahulu.
Bolehlah menjamu selera dan juga bersolat di Kamarudin Ahmad Halal Food.



Dalam bas semua pakat letih. Pejam mata sekejap.  OKlah panjang sangat nie... sambung ke entry akan datang.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay


No comments:

Post a Comment