Cho Ben Thanh Market |
Cjo Ben Thanh Market. Sesak dengan pengunjung. |
Cendera hati dari Vietnam |
Berbagai makanan di jual terutama kopi. |
Disini kalau membeli gunalah segala teknik menawar. Tawarlah sepuas hati. Kalau beli banyak bolehlah dapat discount lebih sikit dan boleh juga minta tokey kedai tu hantar ke hotel. Tak payah penat-penat berjalan dengan beg kiri kanan.
Kain kapas yang dijual bukan setakat berbagai pilihan corak tetapi juga berbagai pilihan kualiti seperti licin, berkilat, tebal, nipis dan begitu juga saiz bidang. Jadi tanya dulu sebelum membeli, takut bila jahit tak celus atau tembus pandang. Sampai Malaysia boleh qrenyih ja la.
Berbagai pilihan kain kapas, rambang mata. |
OKLah belajar sejarah sikit. Sebelum bandar ini diberi nama Ho Chi Ninh City (nama pemimpin Vietnam Utara) di ujudkan bandar ini di beri nama Sai Gon yang membawa maksud pokok kapas dalam bahasa Vietnam. Ini disebabkan banyak tertanam pokok di Prey Nokor. Mungkin sebab itu kain kapas disini murah.
Betuahnya Fatini dah dapat duduk ada yang kipas pulak. |
Di Cho Ben Thanh Market nie juga disediakan tukang jahit yang pantas, mereka boleh siapkan baju dalam masa satu hari saja. Harga upah jahit murah sikit saja dari Malaysia, tak banyak pun.
Lebih kurang 2 jam di Cho Ben Thanh, kami pulang ke hotel. Nak kena mandi, terasa badan dah belengas.
Setelah rehat sebentar di hotel, agenda malam pula. Sebelum kemana-mana kena makan malam dulu. Kali nie ke Restoran D'Nyonya dan semestinya halal.
Alhamdulillah rezeki malam nie. |
Selesai makan restoran nie jadi macam nursery pulak ~ riuh rendah dengan bebudak. |
Restoran D Nyonya menyediakan masakan halal dan juga menyediakan masakan Malaysia. GPS 10.775562, 106.704343 atau 10°46'32.0"N 106°42'15.6"E |
Alhamdulillah dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Bach Dang Pier, sebuah dermaga di tebing sungai Sai Gon. Lepak-lepak atas bot besar yang akan menyusuri Sungai Saigon sambil melihat keindahan malam di pinggir bandar Ho Chi Minh. Layan gambar kat bawah.
Menaiki bot di Bach Dang Pier |
Bolehlah layan pemandangan bangunan-bangunan bercahaya kat sini, tapi tak banyak. |
Pemandangan malam malam dari atas bot tak berapa menarik sangat sebab tak banyak bangunan yang bercahaya yang ada disekitar situ. Walau di luar tak berapa bercahaya tetapi di atas bot bolehlah menikmati persembahan seperti nyanyian dan akrobatik.
Semasa di atas bot bolehlah nak oder makan-makan. Tapi kami semua dah kenyang dan kat sini tak tentu lagi Halal. Cuma makan buah yang diberi saja.
Hampir sejam setengah kami berada di atas kapal. Semasa turun ada satu peristiwa dimana ada seorang perempuan yang dah mabuk tahap gaban, berepa botol dia lantak entahlah. Nak berjalan pun tak berapa boleh tetiba termuntah. Boleh tahan juga radius semburan muntah tu hampir terkena aku, bau jangan dok kata lah. Sampai hotel terus mandi. Peringatan, jangan dok dekat-dekat orang mabuk atas kapal nie atau dimana sahaja.
Malam nie ditutup dengan pelayaran di sungai Saigon. Perancangan sebelumnya nak diteruskan menonton persembahan puppet tapi semua dah letih sehari suntuk dan masa pun tak mengizinkan maka balik tidor dulu ~ charge bateri.
[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]
1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay
No comments:
Post a Comment