Dikiri kanan jalan di Bandar Ho Chi Minh dihiasi pokok-pokok besar dan tinggi. |
Perjalanan terasa semakin lama disebabkan air cond bas yang tak berapa sejuk ditambah cuaca di luar yang panas. Butang suhu dah pusing abis pun masih panas juga. Akhir sekali dah tak tahan sangat dengan, minta driver tukar bas saja.
Hampir jam 4 petang kami sampai ke sebuah taman tema yang macam taman berhantu sebab kawasan yang luas tapi tak ada orang. Taman Tema Dai Nam Van Hien. Taman tema nie terletak di satu kawasan yang luas dan didalamnya berbagai tarikan seperti permainan, budaya, seni dan sebagainya.
Bayaran tak dikenakan di pintu masuk utama. Bayaran cuma dikenakan setiap kali kita masuk ke lokasi-lokasi tertentu seperti untuk bermain permainan dan sebagainya. Kalau sekadar bersiar-siar di taman nie tak dikenakan bayaran.
Taman Tema Dai Nam Van Hien. |
Peta Taman Tema Dai Nam Van Hien. yang sanagt luas. |
Taman ini memang luas dan disediakan jalan yang boleh dimasuki kereta atau bas sehingga ke suatu tempat yang ditetapkan dan selepas tu bolehlah berjalan kaki. Kalau tak larat jalan kaki, untuk bersiar-siar disediakan basikal sewa. Destinasi pertama masuk kesini ialah kawasan permainan.
Rumah hantu. Setiap tempat yang nak masuk kena bayar. |
Semasa kami datang sini orang memang tak ramai, nak jumpa manusia lain selain dari kami sekeluarga boleh kata jarang-jarang. Kalau jumpa pun mereka kebanyakan datang sekadar untuk beriadah atau bersiar-siar. Jadi taman permainan nie serupa kami yang punya.
Menurut Ms Lin taman-taman permainan atau tempat yang berbayar disini tutup jam 5 petang, sebab itu orang tak ramai. Yang datang cuma untuk beriadah di sekitar sini saja. Waktu pagi menurutnya memang orang ramai.
Selepas puas bermain pakat ramai-ramai ke tempat lain pula. Kat sini dibuat binaa seperti pagoda. Layan sajalah gambar kat bawah. Tengok-tengok kat luar nie percuma saja.
Peluh dah sampai tumit. Taman tema Dai Nam Van Hien nie rasanya kami baru jelajah 20% saja. Ada banyak lagi tarikan-tarikan didalam tu tapi dah tutup.
Ketika nak balik, bas yang air cond tak berapa sejuk dah diganti dengan bas baru tapi kecil la pulak. Geng nier bukan saiz orang Vietnam. Minta pagi esok bawa bas lain. Perjalanan balik mengambil masa lama sikit sebab jalan jem.
Mini bas baru, lebih kecil. |
Oleh kerana jalan jem, kami sampai ke Ho Chi Minh dah malam jadi terus bersantap. Malam nie bersantap di Satay House yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Masakan yang sedap dan layanan yang meriah. Layan sajalah gambar kat bawah.
Daging masak kicap |
Tom Yam |
Gambar Chef Muhammad Foo bersama Maria Tengku Sabri, Jalan-jalan Cari Makan. |
Satay House ini dimiliki oleh rakyat Malaysia. Menyediakan masakan Malaysia dan Vietnam yang halal. Sebelum balik bergambar beramai-ramai dulu dengan tokey restoran.
Bersama chef dan juga pemilik Restoran Satay House, Muhammad Foo ~ Dua dari kiri berbaju putih. GPS : 10°47'56.5"N 106°40'08.4"E atau 10.799016, 106.669009 |
Teksi bermeter. |
Dihadapan salah sebuah butik menjual jubah, baju kurung, telekong, tudung dan untuk orang lelaki duduk tengok saja. Bahasa tak ada masalah, balun Bahasa Melayu saja. |
Restoran Hajah Basiroh. Beli kopi Vietnam keluaran muslim. Cara bancuh di tunjukkan oleh pekerja kat situ. |
Teksi Vinasun. Ada dua syarikat teksi yang kami selalu lihat di Vietnam, Vinasun warna putih dan Mai Linh warna hijau. |
[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]
1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay
No comments:
Post a Comment