Tebus Mata Kad Kredit

Dah lama guna Credit Card? Berapa banyak point terkumpul? Dah guna point-point tu?  Kebanyakan point kad kredit akan lupus setelah 3 tahun. Jadi dah berbelanja sakan dan mata terkumpul pun dah bertimbun-timbun, rugilah kalau tak ditebus.

Nak tebus boleh saja layari laman syarikat pengeluar kad tersebut dan dapatkan senarai barangan yang ditawarkan atau kadang-kadang dihantar pemplet senarai barangan kerumah bersama bil. Tapi tak berapa best sebab kadang-kadang apa yang di tawarkan tak sama dengan apa yang kita nak atau tak berapa syok sebab tak boleh pegang-pegang dan test dulu terutama barangan elektrik. Tebus mata pun hanya untuk habiskan point-point tersebut saja.

Mula-mula aku tak tau kita boleh tebus mata kat kedai elektrik. Suatu hari pi kedai Senheng terlihat papan tanda dekat kaunter tertulis "INSTANT CREDIT CARD REDEMTION". Macam menarik jaa. Kat situ disenaraikan 5 pengeluar kad krdit yang mengambil bahagian iaitu CIMB Bank, Maybank, RHB, AMBank dan Citibank.
Instant Credit Card Redemtion.

Aku nie tergolong golongan yang tak berapa kisah dengan point-point nie. Kali terakhir ialah dekat sepuluh tahun dulu tebus untuk Smart Tag. Malas nak tengok brochure online, kadang-kadang lambat dan lembap.

Kali nie dah mudah. Berkebetulan dengan kerosakan seterika, apa lagi kami ke Senheng TESCO Sungai Petani. Belek punya belek bolehlah pilih sebiji seterika dan ada beberapa benda lain. Masa nak bayar bagi kad, staf kat situ check berapa mata yang ada. Alhamdulillah, selamat hampir RM70.  Baki setelah ditolak point boleh bayar tunai atau terus potong kredit kad. Dapat juga berjimat.

Bilangan mata untuk ditukar ke 1 RM berbeza antara setiap pengeluar kad kredit, ada yang 200 mata untuk 1 RM, ada yang 240 mata untuk 1 RM (Gambar kat atas tu nilai mata sebelum GST - gambar lama.

Jadi pengajarannya cuba periksa mata kad kredit terkumpul dan guna sebaik mungkin. Harga barangan zaman sekarang nie bukannya murah. Gunalah apa yang ada untuk mengurangkan beban.


No comments:

Post a Comment