Dulu kat Kepala Batas banyak restoran nasi kandar, nasi kampung nie sikit-sikit saja tuuu pun waktu tengahari. Lepas tu muncul pula restoran makanan arab dan kini kat Bertam ada sebuah restoran Cina Muslim.
Kali nie kami terjah ke restoran cina muslim, Restoran Mohamed Long Chinese Muslim Food. Biasalah nak ubah selera sikit. Masa sampai boleh kata hampir semua meja dah penuh. Kami dapat meja kat luar. OKlah sambil ambil udara luar, lagipun malam bukannya panas.
|
Rsetoran Mohamed Long Chinese Muslim Food |
Menu pun sampai, tokey cakap oder mungkin lambat sikit sebab orang terlampau ramai. OKlah tengok menu dulu. Menu yang di tawarkan bukan 100% cina, ada juga unsur-unsur ala thai. Kami pilih set-set hidangan yang disediakan, nak cepat tak payah a la carte. Nampaknya set yang di sediakan bukannya 100% masakan
cina, ada juga unsur-unsur ala-thai. Kami pilih set untuk 4 orang makan.
|
Set menu |
|
Menu cina muslim. Ada juga ala thai. |
Boleh tahan juga lama menunggu. Bagi menghilangkan kejemuan pelanggan, tokey datang bawa keropok bantal dengan cekelat. Ramah juga tokey kedai nie. Muka macam Cina tapi dia bagi tau dia bukannya cina.
|
Tangan sapa tuuu.... Nasib baik ada cekelat dan biskut bantal, boleh hilangkan jemu menunggu. Habis sepiring dengan tak malu anak aku minta sepiring lagi. |
Dok tak berapa lama, nasi pun sampai. OKlah tunggu pula lauk. Lama juga tunggu lauk tak sampai-sampai, nasi pun dah sejuk. Kami lihat ada yang datang kemudian, hidangan dah sampai. Kami yang tunggu lama nie hidangan belum sampai lagi. Mula-mula berperasangka baik, mungkin dia dah buat tempahan awal sebelum datang. Tunggu lagi, dok jadi serupa tu juga. Tokey kedai beberapa kali datang minta maaf, sebab pelanggan terlampau ramai.
Anak-anak dah jemu, nasib baik dok kat luar. Kat kawasan nie masih lagi aman, orang tak ramai dan jalan pun tak sebok. Apa lagi bagi kebebasan untuk bebudak tu berlari kat kaki lima kedai.
Dah tak tahan tunggu, bagi tahu tokey sebab yang datang awal, hidangan dah sampai. Tokey tu minta maaf dan cuba selesaikan mungkin terjadi kesilapan maklumlah restoran nie baru dibuka.
Dok tak berapa lama baru hidangan sampai satu persatu. Lama jugalah nak lengkap semua apa yang kami pesan. Apa-apa pun alhamdulillha semua dah terhidang.
|
Sizzling Taufu. |
|
Ayam lemon, sedap tetapi terlebih masam ~ ikut citarasa aku la. |
|
Tomyam seafood, tak berapa menjadi dan tak kena dengan konsep makanan cina. |
|
Kangkong belacan |
Selain set yang disediakan, oder menu sampingan.
|
Mula-mula oder udang butter tapi yang sampai sotong butter. Kami makan ja sebab malas nak tukar nanti lambat sampai. Tokey dah tahu kesilapan, siap bagi sepinggan udang butter percuma sebab tersilap. Jangan tamak, bukan boleh habis, minta tokley tu bagi kat orang lain yang oder. Sotong butter pun boleh kata sedap. |
|
Seong Tong Lala. Yang nie sedap, rasa lebih kurang sup lala yang ada serai. |
Keselurauhan makanan kat sini OK saja tapi harapan untuk merasai citarasa masakan cina yang asli tak berapa kesampaian. Untuk merasai keseluruhan citarasa masakan cina mungkin sesuai a la carte, pilih satu persatu dari menu. Menurut tokey kedai, restoran nie merupakan franchise dari Johor. Segala adunan pihak franchise yang beri.
|
Suasana kedai yang bersih dan sejuk mata menadang. |
Mungkin sekarang dah OK, sebab kami pi restoran nie awal tahun. Jadi kepada yang nak merasai makanan Cina Muslim kat kawasan Kepala Batas nie boleh datang ke Restoran Mohamed Long Chinese Food Muslim di Pusat Bandar Bertam Perdana. Waktu operasi ialah setiap hari kecuali hari Jumaat. Dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 11 malam dan rehat dari jam 3 petang hingga 5 petang. Nak mudah lihat Google Map kat bawah.
GPS : 5°31'02.2"N 100°27'03.7"E
5.517278, 100.451032
No comments:
Post a Comment