Sukan PASTI 2015

Hari Ahad, 8hb Mac 2015 kali pertama anak Ahmad Firas sertai hari sukan tadika. Awal pagi kami ke Kompleks Sukan Kepala Batas. Orang bukan main ramai. Aku pertama kali hadiri hari sukan PASTI nie. Lihat tadika anak aku tak seramai nie. Pusing-pusing tengok baru tahu Sukan PASTI nie merupakan gabungan beberapa Tadika PASTI Kepala Batas, patut pun ramai.
P_20150308_082147_HDR
Masuk dewan dengan penuh bergaya. Nasib baik jumpa kawan lepas tu, baru tak gabra.
Anak aku ada cerita sebelum hari sukan nie. Cikgu ada buat latihan bola. Tapi anak aku cerita dia tak pi berebut bola tu, jadi tak terpilih la. Hari nie kami datang ke Hari Sukan sebab dia masuk acara melukis.

Acara yang dipertandingkan tak banyak, jadi ada pelajar yang tak masuk apa-apa acara. Acara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Acara lain ialah melukis, yang Firas masuk. Ramai ibu bapa yang mengharapkan lebih banyak acara dan aktiviti yang dibuat supaya lebih ramai anak-anak dapat sertai. Apa-apa pun layan saja gambar-gambar kat bawah.

P_20150308_083948_HDR
P_20150308_084134_HDR
Perlawanan bola sepak

P_20150308_095945_HDR
Pertandingan bola jaring dadakan dalam kompleks.
P_20150308_084650_HDR
P_20150308_084959_HDR
Semua yang ambil bahagian melukis.
P_20150308_085557_HDR
P_20150308_085026_HDR
P_20150308_085103_HDR
P_20150308_090739_HDR
Sebelum melukis, isi minyak dulu.
P_20150308_094408_HDR
Sebok melukis
P_20150308_094830_HDR
Kaler pensil pinjam kawan sebelah punya.

P_20150308_100836_HDR
Sampai terselak kaki.

Tamat acara melukis, lepak tengok bola jaring kejap. Muka Firas dah macam jemu saja, ajak balik terus OK. Tak tunggu keputusan melukis kami balik.


No comments:

Post a Comment