Nasi Campur Permai Tepian

Kali nie ke Permatang Pauh pula. Pekena nasi campur ala kampung kat Jalan Permatang Nibong. Dah dua tiga kali sampai ke sini. Lauk ala kampung memang sedap dan harga pun memang murah.

Masuk saja kedai, tengok lauk memang tak tau nak pilih yang mana sebab banyak, dari ikan sampai sotong dengan berbagai masakan, sayur, ulam-ulaman dan sambal. Boleh melengung dok pikiaq nak makan apa.

Sayur keladi, gulai ikan masin, sotong dan macam-macam lagilah
Ulam-ulaman dan sambal.
Kalau sampai waktu rehat memang manusia penuh. Tapi tak apa sebab ruang makan luas. Kat sini pun nak makan filing-filing romantik pun boleh, boleh makan kat tepi sungai kat belakag kedai. Sungai Derhaka namanya bukan main-main. Makan pun tak perlu kalut-kalut nak balik sembahyang, surau disediakan.
Nampak papan tanda warna hijau tergantung kat bumbung. Boleh baca apa yang ditulis? Tuuu la doa makan, tolkey kedai tolong ingatkan tetamu bersyukur dengan rezeki yang di beri.



Dah cemuih dengan ala mamak , mai sini makan masakan kampung dan makan pun dalam kawasan kampung. Kedai pun bersih dan pelayan pun mesra alam, layanan yang baik.

Kedai makan Nasi Campur Permai Tepian nie di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3.30 petang dan tutup hari Jumaat. Aku biasa datang untuk makan tengahari saja, waktu pagi tak tau la apa yang ada.
Gambar muka depan kedai tak dapat ambil sebab hujan. Cuma capture gambar dari Googe Street View ja.

 Lokasi, melalui Jalan Permatang Pauh masuk simpang ke Jalan Permatang Nibong lebih kurang 300M akan nampak kedai nie sebelah kiri, bumbung warna kuning. Alamat di Kampung Pertama, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pauh. Nak mudah tengok kat Googel Map kat bawah.

GPS : 5.385705, 100.420487
 

2 comments:

  1. baru je singgah makan kat sini masa pegi permatang pauh hari tu.. Memang ramai orang waktu tengah hari, sampai kena tunggu org bangun dulu. Lauk pun banyak, memang puas hati.

    ReplyDelete
  2. Kedai menunya bagus.... tapi tengok pak cik mamu yg cedok nasi - jadi tak lalu makan. Mulut sentiasa terngaga nampak lidah merah kotoq toi...
    Peluh meleleh2 di dahi tak dan nak lap ka ooi...

    ReplyDelete