Ketika ini kalau UPSR tak dapat 5A memang susah sikit nak dapat sekolah asrama penuh, persaingan sengit tambahan pula kalau perempuan. Lelaki masih boleh dipertimbang, maklumlah la nie perempuan ramai yang lebih pandai dalam peperiksaan dari lelaki. Kalau tak asrama penuh pun, dapat sekolah separa asrama yang OK pun dah cukup baik. Dimaklumkan bahawa tarikh rayuan pertukaran dibuat pada hari Isnin 15/12/2014.
Tapi malang sikit ketika itu kami berada di Langkawi. Nak tukar tarikh pun tak boleh sebab tiket dan hotel dah beli. Buat bodoh sajalah pada hari Khamis, 11/12/2014 kami ke SMK Dato Kailan, mana tau boleh isi borang pertukaran sekolah awal sikit. Tapi masa sampai kesana Guru Besar tak ada, kerani kat situ cakap kena datang pada 15/12/2014 juga. Dia kata boleh minta tolong sesiapa jadi wakil.
SMK Dato Kailan |
Khamis, 23/12/14 - Keputusan rayuan masih belum diketahui. Tapi ketika ini kami dalam proses untuk jalan-jalan. Serupa sebelum nie juga, tarikh dan semua keperluan perjalanan dah beli ~ tak boleh tukar tarikh dah. Jadi sebelum tarikh betolak kami cuba talifon Kementerian Pendidikan Daerah, kot-kot dah ada keputusan pertukaran. Tapi dijawab keputusan masih belum diketahui dan hanya akan dikeluarkan pada 29/12/2015. Kalut juga sebab ketika balik bercuti nanti dah dekat dengan tarikh buka sekolah. Takut tak sempat buat persediaan.
Isnin, 29/12/14 - Ketika dalam percutian, terima berita dari sahabat, Siti Sarah diterima ke SMKA (P) Al Mashoor Pulau Pinang. Alhamdulillah legaaa. Dan satu lagi kelegaan sebab diumumkan sesi persekolahan ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir. Jadi pelajar akan mula persekolahan pada 12/1/2015. Adalah masa sikit untuk kami buat persediaan.
Rabu, 31/12/2014 - Setelah habis bercuti dan sampai ke Penang semula. Ambil cuti tambahan untuk ke SMKA (P) Al Mashoor. Berpusing-pusing juga nak sampai sebab tersorok sikit lokasinya. Nak tanya prosedur-prosedur dan keperluan untuk ke sekolah nie. Adalah diberi maklumat dan keperluan sekolah dan tarikh perjumpaan ibu bapa tahun satu.
Beli serba sedikit barangan di Koperasi Sekolah |
Alang-alang dah sampai ke sini, kami belilah sedikit sebanyak keperluan sekolah.
Jumaat, 2/1/2015 - Lepas sarapan kami gegas ke sana, sesi taklimat akan diadakan jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar akan diberi taklimat. Pelajar di minta beratur mengikut kelas sementara mengikut senarai yang dipaparkan dan dibawa ke kelas masing-masing, manakala ibu bapa di minta masuk kedewan.
Beratur untuk memasuki kelas sementara. |
Taklimat oleh Guru Besar. |
Taklimat lebih kurang satu jam. Selesai taklimat, ibubapa berpusu-pusu membuat pemeriksaan penempatan asrama. Kami yang tak dapat asrama nie terkebil-kebil juga. Tanya cikgu kat situ macam mana dengan anak kami nie. Diberitahu kalau pelajar luar dari pulau insyallah depa akan beri asrama dan diminta datang saja pada hari pendaftaran sekolah antara jam 3.00 hingga 4.00 petang. Insyallah depa cuba bantu selit kat mana patut. Diberi juga beberapa borang termasuk borang medical checkup.
Siti sarah sudah selesai taklimat awal dari kami dan dah bawak setindan buku untuk dibawa balik. S Sarah kata masa taklimat diadakan juga ujian Bahasa Inggeris mungkin untuk menentukan kelas.
Hari nie Jumaat, jadi kena gegas cepat nak kejar solat Jumaat. Sampai Seberang Jaya, macam ada masa lagi, jadi mencuba nasib ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya dulu kot-kot boleh buat medical checkup. Walau tak pasti lagi dapat asrama baik buat siap-siap, tumpang ada masa dan kalau dah dapat asrama nanti tak kalot.
Malang sikit pendaftaran dah ditutup. Kalau nak buat juga kena datang petang lepas Jumaat pulak.
Jadi kami terus ke Klinik Kesihatan Kepala Batas pulak tapi sayang mesin x-ray rosak pulak. Nurse talipon klinik kat Penaga. Mesin kat situ OK, jadi kami kesana lepas Jumaat. Alhamdulillah selesai.
Ada seminggu lebih lagi sebelum pendaftaran sekolah, kami belilah apa yang patut seperti dalam senarai keperluan yang diberikan dan juga tambahan barangan yang rasa-rasa bersesuaian seperti timba, penyangkut baju, sabun-sabun, berus dan macam-macam lagilah walau tak confirm lagi masuk asrama. Tak apalah kalau ada rezeki insyaallah dapat.
Harap semuanya cukup dan dapat disimpan dalam asrama. Teddy Bear tu bawak juga?? |
Penyerahan fail maja tugas kakak kepada Muhammad Ammar. Kena ambil alih tugas kakaklah lepas nie. |
Pendaftaran sekolah |
Usunglah apa yang patut ke atas. Nasib baik ada lif. Asrama baru, semua alatan baru. Masuk kedalam bilik diletakan 8 buah kabinet besi dan juga 8 buah katil dengan tilam. Pilih yang mana tak berpenghuni dan adjustlah ketempat yang bersesuaian.
Bilik no 4, booking dulu katil dan kabinet. |
Sebelum "0" |
Selepas ~ Dah penuh |
Kesemua pengghuni bilik merupakan pelajar-pelajar dari sekitar Pulau Pinang, tapi tak ada dari SKBP. Jadi bertambahlah kawan-kawan baru Siti Sarah.
Pemandangan dari tinggkat 4 ~ nampak laut. |
Sebelum balik makan dulu kat kantin. |
Hampir jam 6 petang kami turun kebawah dengan berat hati kami pulang dan tinggalkan Sarah di asrama.
Hadapan asrama 8 tingkat. |
Dewan SMKA (P) Al-Mashoor |
Hi Pn thanks sebb kongsi pengalaman Pn and anak....insya allah kami jugak akan register ke AlMashoor nnt.
ReplyDeletemaybe Pn or Sarah bleh kongsi sikit about the hostel life and school life setahun kat al mashoor... buat persediaan adik2 yg baru nak masuk ni..