Monday, January 26, 2015

Akhbar Pun Nak Kena Rotan

Penjelasan yang mengenai isu rotan yang. Orang cakap lain di cerita lain pulak. Lain kali nak baca akhbar kena selidik betul-betul.

Petikan dari POST METRO
 
Ekoran dari kenyatan YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 telah mencetuskan reaksi yang pelbagai pihak. Kebanyakan dari mereka melahirkan rasa tidak setuju sekiranya akta yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun depan itu yang di fahamkan akan membentangkan satu akta baru ia itu hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Berlaku sedikit kesilapan dengan apa yang di maksudkan oleh Datuk Seri Rohani, Beliau bukan bermaksud bahawa ibu bapa atau penjaga tidak boleh merotan anak untuk mendidik, Malah di dalam Islam sendiri mengalakkan agar anak anak di rotan jika tidak mahu menerima ilmu yang di ajar.

Mungkin ramai diantara pembuat kenyataan tersebut terkesima dengan kes yang baru sahaja melanda satu keluarga rakyat Malaysia, pasangan suami isteri yang di penjara gara gara memarahi dan merotan anak mereka kerana enggan megikuti kelas alquran dan bersolat.

Malah mereka mengatakan bahawa Malaysia sedang cuba cuba mengkuti negara Sweden, sedangkan Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak (CRC) itu sendiri ditentang hebat oleh pengamal undang undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

Sebenarnya apa yang di maksudkan oleh Menteri berkenaan ialah berkaitan dengan undang undang akta kanak kanak yang pada masa kini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membolehkan seseorang kanak kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, ia membawa maksud hukuman sebatan (merotan) di Mahkamah dan bukannya ‘merotan’ yang di buat oleh ibu bapa.

Berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC, Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut. Ini bermakna Kementerian mahu seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 di hapuskan dengan jelas “menghapuskan hukuman tersebut (rotan) terhadap penjenayah kanak kanak”.

Keduanya pihak Kementerian bukanlah bermaksud kesemua kes merotan adalah satu kesalahan jenayah, Pada ketika ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang Undang Kanak Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

Pada ketika ini juga perlakuan merotan yang keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental tetap di ketegorikan sebagai telah melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, Perbuatan saperti itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua duanya.

Di sini kita perlu faham dan dapat membezakan diantara mendera dengan mendidik, jika merotan sahinga membawa kepada kecederaan parah dan kematian adakah itu yang di tuntut oleh Islam? Lihat sahaja kes kes penderaan hari ini adakah kita perlu memberi simpati kepada perlaku kemudaratan terhadap kanak kanak ini.

Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang undang yang lebih terperinci supaya apa apa perbuatan kepada kanak kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi.

Seharusnya cadangan Datuk Seri Rohani Abdul Karim dapat di beri sokongan sepenuhnya demi menjaga kebajikan kanak kanak agar kita tidak lagi di hidangkan dengan berita berita kanak kanak yang di ‘abaikan’ selain di dera secara fizikal, mental dan emosi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...