Dulu-duluuuu pernah sekali datang ke restoran nie, tapi tutuplah pulak. Mungkin silap hari. Maka adalah seorang budak tu keciwa nak sambut birthday dia kat situ.
|
Restoran Hotmas Sungai Petani |
Kali nie sekali lagi untuk budak tu juga nak qada balik tempat nie atas alasan dapat no 4 kat kelas. Kali nie periksa betul-betul masa operasi retoran nie. Siap talipon lagi. Alhamdulillah tercapailah hajat M Ammar nak pekena kat Restoran Hotmas kat Lagenda Height Sungai Petani.
Nie cerita hujung tahun lepas. Masa kami sampai lihat kat luar orang boleh kata ramai. Tapi dapatlah juga meja kat dalam tu. Memang pakat-pakat nak trai western saja kat sini. Sebab ramai yang review masakan western kat sini terbaik. Nie dia menu.
|
Menu: Barat ada, Thai ada, Melayu ada. |
Semua oder western kecuali Fatini, macam biasa nak meeee saja. Oderlah kat Fatini mee goreng tak pedas. Umat-umat yang lain semua western. Harap-harap saiz besar. Kalau tidak balik nanti kena singgah beli nasi lemak bungkus. Dok tak lama hidangan sampai, boleh kata cepat servis kat sini. Nie dia dah maiii, layanzzzz.
|
Mee goreng Tini yang punya... |
|
Ayam grill dengan black papper |
|
Hotdog jumbo untuk Ahmad Firas. Mayonis kena kikis dulu baru Firas makan. |
|
Chicken Chop atau Deepfried Chicken, lupalah nama dia. Yang nie untuk isteri aku. Salad memang best, ada macam-macam sayur. |
|
Lamb chop, aku punya. Sos black paper memang sedap. Saiz pun berbaloi. |
|
Fish & chips untuk S Sarah. Isi ikan tebal dan lembut dengan tepung luar yang rangup. Sedaplah. |
|
M Ammar, orang yang di rai sedang mengecop ayam penuh semangat. |
Tercapailah hajat bukan Ammar sorang saja tapi semualah nak makan kat sini. Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Cuma side dish seperti coleslaw, kentang putar dan french fries yang diletakkan tak berapa meriah, macam sedikit ja. Apa-apa pun layanan pantas dan oder pun cepat sampai. Dengan bebudak kecik oder cepat sampai amat dialu-alukan. Kalau lambat mulalah macam-macam perangai dok keluar.
|
Suasana dan susun atur dalam restoran tenang dan selesa. |
Nak datang sini tengok Googel Map kat bawah. Selepas tol Sungai Petani Utara belok kiri. Terus sahaja lalui beberapa lampu isyarat sehingga ternampak TESCO sebelah kanan dan terus lagi sehingga jumpa lampu isyarat dan belok kanan. Masuk ke Jalan Pahlawan, selepas sekolah akan jumpa sederet kedai disebelah kiri. Restoran Hotmas nie berada dihujung sekali bersebelahan Hotel Sastria, bangunan di cat hijau. Kalau datang malam warna hijau nie nampak macam hitam ja.
Masa operasi Hotmas setiap hari dari jam 5 petang hingg11 malam dan tutup hari Rabu. Kalau rasa macam nak kena tunggu lama haaa.. boleh telepon booking.
Alamat:
Hotmas Restaurant
26&27
Jalan Pahlawan
Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 010-5666414 / 016-5578414 / 04-4249292
GPS: 5.660658, 100.495585
I prefer mee goreng of hotmas.And it's always very crowded, but waiter still provide good and fast service. The food portion will never disappoint you, and the taste is nicer.
ReplyDelete