Petang Sabtu lepas dengan tak semena-mena terbit ide nak pi Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX. Jadi lepas maghrib pakat-pakat semua ke Dataran Usahawan kat Paya Menderong. Nie merupakan hari pertama ekspo.
Macam tahun lepas juga melalui jalan yang gelap dan dikiri kanan jalan kelapa sawit. Cuma tak segelap tahun dulu. Kali nie dah ada projek perumahan dan juga persimpangan jalan baru menjadikan Jalan Paya Menderong lebih meriah.
Dah sampai, dataran ekspo nie dah berubah wajah. Dah ada bangunan kekal yang lebih sempurna. Kona masuk ke dalam dan bayar RM2.00 untuk parking. Masuk kawasan parking serupa masuk jalan balak, berlopak dan tanah merah. Masa tengah cari tempat parking anak aku Ahmad Firas ternampak kandang lembu. Dia punya seronok tak tengok. Sampai habis pusing, tak dapat tempat kosong. Kami keluar semula dan parking tepi jalan, lagi selesa.
Espo nie masuk percuma. Sampai sahaja masuk kedalam dewan dihadapan sekali. Berderet ruang niaga yang mempamerkan berbagai produk hasil Bumiputra. Berbagai jenis makanan dan minuman cam kuih raya, kek, kerepak, kacang, rempah-rempah, ais krim, dadih, coklat, kopi. Makanan kesihatan seperti air akar kayu, madu, beri dan lain-lain. Pakaian, cenderamata, alatan elektronik, alatan memasak dan macam-macam lagi lah. Nak tau kena datang sendiri. Yang pasti kebayakan gerai makanan, pengunjung boleh rasa. Kalau datang perut kosong, rasa sikit sana sikit sini, keluar balik nanti boleh kenyang.
|
Rasa kek choc moist |
|
Talian talifon bumiputra, clixster |
Disamping memberi sampel percuma kepada pengunjung, peniaga-peniaga disini juga menjual secara langsung produk mereka dan ada juga yang mencari pengedar dan pasaran baru. Jadi sesiapa yang sedang mencari perniagaan apa yang hendak dibuat, ekspo nie mungkin boleh membantu.
|
CCTV pun ada... |
|
Macam-macam alat memasak. |
|
Kalau Hang Tuah kehilangan keris, bolehlah tuan hamba membeli di sini. |
|
Nah... aiskrim sorang satu, janji diam. |
Walau di sebut Bumiputra Pulau Pinang terdapat juga peniaga-peniaga bumiputra dari negeri lain yang membuka gerai. Disamping menjual barangan mungkin juga untuk mencari peluang luar dari negeri mereka atau pun untuk mencari rakan niaga.
|
Songkok. |
Keluar dari dewan tu masuk pula ke dewan sebelah. Kat dalam nie kebanyakan pameran agensi kerajaan. Ruang pameran tak penuh dan tak berapa meriah, lagi pun pengunjung rasanya tak berminat nak lawat agensi kerajaan.
|
FAMA Pulau Pinang |
Keluar sahaja kebelakang dewan ada banyak lagi gerai jualan, kali nie khemah sahaja. Barangan seperti tadi juga cuma ada dijual buah-buahan segar. Kalau dah letih ronda, mulut pun dah kering, perut pun dah berbunyi, haaa... kat belakang nie banyak gerai makanan disediakan. Pilih yang mana berkenan, char koey teow, nasi goreng, nasi ayam, bakar-bakar, tokoyayaki dan macm-macam ada.
|
Abang! keropok lekor nie jual tak? ~ Ahmad Firas |
|
Rehat sekejap sambil menikmati keropok. |
|
Gerai makanan. |
Sambil makan boleh dengar konsert. Ada sebuah pentas disediakan. Speka punyalah kuat, boleh terkeluar taik telinga. Masa kami sampai ada band yang penyanyi bumiputra perempuan yang bertudung dengan seluar ketat mendendangkan lagu rock ~ harap bukan bumiputra cam nie yang nak dilahirkan.
Kat belakang sekali pameran barangan hidup. Tuuu... dia kandang lembu, kerbau, kambing, itik. Ada juga pertunjukan ular. Nie la pameran yang Firas nak tengok sangat dari mula-mula masuk ekspo. Puas hati sampai tak mau pi tempat lain.
Yang berminat dengan pokok-pokok buah atau bunga, kat belakang nie juga terdapat khemah jual pokok-pokok ~ kami tak lawat pun.
|
Puas hati dapat lihat lembu. Dok kat taman perumahan mana nak tengok benda-benda cam nie. |
Haaaa puas dan letih. Berhenti kejap di gerai makanan. Dah pukul 10 lebih. Ada gerai makan yang dah basuh periuk. Tengok keliling, makanan tak menyelerakan. Beli sepeket kambing bakar berempah, bau sedap tapi harga mak aihhh.. RM20.00 ~ set lamb chop pun dalam RM 16.00 ja. Tak pa nak tolong bumiputra. Pakat makan ramai-ramai, tapi sayang jenuh tarik sebab liat.
Dalam perjalanan nak balik bertemu dengan tempat main bebudak, kolam besar. Disediakan bot untuk kanak-kanak bermain. Mula-mula tengok saja, lepas tu Firas dengan tak semena-mena dia nak naik bot ~ konpius, macam mana dia boleh jadi berani. Naik dua orang, abangnya Ammar ngan Firas. Biasalah abangnya kena jadi tukang kayuh.
|
Dengan beraninya. |
|
Nak turunnnnn!!!!... Firas takut brader yang main bubble ball kat belakang tu. |
Lepas nie kakak nya pula nak rasa mendayung sampan. Kali nie Sarah ngan Ammar sekali lagi menjadi nelayan. Di pilih perahu dayung pula. Hahahaha seronok tengok depa dayung, memusing tapi tak jalan kemana. Kena belajar dari Wonder Pets "Kerjaaasamaaaa" baru berhasil.
|
Banyak dapat ikan? |
|
Fatini, si kecil tu pun nak naik juga. Tapi kami tak berani bagi ~ buat dia terjun dalam kolam baru tau. |
Disamping kolam ada juga belon betuk istana boleh bebudak melompat. Jam dah jam 11 malam lebih, banyak garai dah tutup lampu. Mendayung menjadi acara terakhir. Lepas naik kedarat, Ammar mengadu sakit pinggang, muka pun dah commm ~ maklumlah dua kali dayung. Baru depa tau bukan senang nak jadi nelayan.Yang paling best entah dapat ayat dari drama TV mana entah dengan lemah lembutnya Firas berkata " Seronok lah main hari nie, ibu". Hilang penat.
Keseluruhan ekspo ni memang best, walau ada banyak juga ruang niaga yang belum diisi. Pengunjug untuk hari pertama nie nampak kurang sikit, mungkin hujung-hujung makin ramai. Kepada yang nak datang Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, PenBEX nie, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam setiap hari dari 21 - 29 Disember 2013. Lokasi klik kat
SINI. Lepas keluar ekspo terus ke kedai mamak, dah lapaq.
No comments:
Post a Comment