Nie dia gerai Gulai 7 Kawah. Nama gerai nie Gulai 7 Kawah atau D C Nee ?? entahlah. Kat luar masih hujan renyai-renyai. Masuk saja cari meja dulu lepas tu pi kutip mana yang patut, maklumlah perut dah berbunyi dan bebudak tu pun dah lapar. Pening juga nak ambil lauk, banyak jenis.
| Sampai saja terus ngapp. |
| 7 kawah gulai. |
| Boleh tahan bayak lauk. |
| Ulam pun banyak |
| Ikan, daging dan ayam bakar pun ada. |
| Ayam bakar dalam tempayan. |
Selain nasi campur ala kampung ada juga mee rebus, char koey teow, laksa, ABC, bubur dan lain-lain. Siapa datang hari Selasa boleh makan bubur percuma dari jam 2 hingga 5 petang ~ melepas, kami datang hari Sabtu.
Dah selesai makan, yang dua orang kecik Firas ngan Fatini tu pun dah kenyang baru boleh ronda dalam kedai. Suasana memang menarik dengan hiasan benda-benda lama seperti tali lembu, tenggala, gerek tua dan kawasan makan pun selesa. Kebersihan dijaga dengan baik.
| Tenggala pun ada. |
Dah habis makan apa lagi bayar la. Harga nampak sedikit mahal tetapi berbaloi, sedap. Restoran Gulai 7 Kawah nie dibuka setiap hari dan cuti hari Isnin.
Restoran nie dibuka setiap hari dan cuti hari Isnin. Restoran Gulai 7 Kawah terletak di tepi jalan ke Gunung Keriang, seingat aku bersebelahan dengan sederet kedai hardware atau bengkel kereta.
GPS: 6°11'05.6"N 100°20'39.1"E
Lokasi lihat google map kat bawah.
View Restoran Gulai 7 Kawah in a larger map
p/s: Gulai dengan kari sama ka tak?
http://sedapnya-makan.blogspot.my/2017/09/makan-tengahari-di-restoran-gulai-7.html
ReplyDelete