Peribahasa melayu "Mulut Besar" ertinya SOMBONG.
Saja intro. Cerita lama tapi nak kena masuk juga. Aku pun dah lupa datang ke sini untuk apa selain dari makanlah. Maklumlah dah terperap dan berhabuk terlalu lama. Sambut harijadi Muhammad Ammar ngan ibunya kot?... entahlah.
Tapi yang pasti makannnnn. Kali ini ke Restoran Big Mouth Republic kat Sungai Petani. Kami sampai dah lewat hampir jam 11 malam. Orang tak berapa ramai. Pilih duduk atas sofa.
|
Tengok apa tuuu... |
Menu pun sampai. Menu kebanyakannya berjenis western. Kalau lihat kat harganya ada regular dan Big Mouth. Kalau regular tu saiz biasalah, orang Malaysia. Saiz Big Mouth tu kalau nak makan kena buka mulut luas-luas dan perut pun kena kembung baru masuk habis. Rasanya dua kali ganda dari biasa tetapi harga tak sampai dua kali ganda, ada diskaun sikit. Haaaa tengok menu dulu.
Tak berapa lama dok atas sofa terpaksa beralih ke meja biasa, memandangkan si kecil dua orang Nur Fatini dengan Ahmad Firas boleh panjat meja kat situ. Pilih meja makan biasa, bolehlah letak kedua-dua dalam kerusi kanak-kanak. Legaaaa.
|
Firas dengan kereta. |
Hiasan dalam kedai nampak retro dengan gambar-gambar lama dan lampu yang sedikit suram. Pelanggan boleh duduk di meja makan biasa atau pun kat sofa macam kami mula-mula duduk tu.
Lebih kurang 20 minit makanan pun sampai. Nie dia apa yang di oder.
|
Air aku dah lupa apa kenamannya. |
|
Lamb chop. Bahan sampingan banyak tapi sos tak berapa naik. Pilihan Muhammad Ammar. |
|
Nasi goreng nie pun aku terlupa nama. Yang nie isteri aku punya. Dia kata sedap, itu yang aku ingat. Regular pun boleh tahan banyak. |
|
Yang nie aku punya. Fish n Chip. Fishnya macam terlebih goreng, tepung salut keras sikit. |
|
Tom Yam dah tentu untuk Siti Sarah. |
|
Jemput makannn. |
Ooopsss lupa untuk bebudak dua orang yang kecik tuu, nie dia di oder nugget.
|
Nugget bukan sebarang nugget. Dalam nugget ada bahan selain ayam. Sedap. |
Dah nak habis makan, pekerja kat situ pun baru mula nak susun meja kerusi. Rupa-rupanya kedai dah nak tutup. Kami pelanggan yang terakhir ada kat situ. Boleh tolong lap meja sekali.
|
Pelanggan terakhir. |
Keseluruhan apa yang kami makan kat sini boleh dikatakan sedap dan harga pun berpatutan. Suasana pun menarik dan bersih.
|
Restoran Big Mouth Republic. |
Big Mouth Republic nie dibuka dari jam 3 petang hingga 11 malam setiap hari dan tutup hari Selasa. Lokasi terletak di deretan kedai Taman Sejati Indah, Sungai Petani bersebelahan dengan KFC dan bertentangan dengan Parkson Taman Sejati. Nak mudah lihat Google map ket bawah.
GPS: 5.613315, 100.484681
5°36'47.9"N 100°29'04.8"E
besaq nya portion dia..ok..bila2 pi sp nak try jugak lah.
ReplyDeletesebelum try yg big mouth sila puasa dulu
Delete