Gunung Keriang

Uihhh... cerita semakin berhabuk dan berkulat. Tapi OKlah aku letak dalam peti ais, tahan lama sikit. Cerita Raya Puasa yang lepas ketika beraya di kampung, Alor Setar. Hari Raya ke 3, tak tau arah nak buat apa sebelum berangkat balik ke Kepala Batas, jadi kami anak beranak berangkat untuk berhari raya di Gunung Keriang. Jumpa Mambang Gunung.
Gua Gunung Keriang
Ini bukan acara ziarah sedara mara, saja jalan-jalan. Dulu kami dah ke Gunung Keriang, melawat Muzium Padi dan habis sahaja lawatan kat situ diteruskan ke Pusat Sains Negara yang tak berapa jauh dari muzium, tapi tutup. Jadi perjalanan kali ini untuk ziarah Pusat Sains Negara sekali lagi, harap-harap dibuka.

Perjalanan melalui Anak Bukit dan tak berapa lama sampailah kami enam beranak ke situ dan kali nie pun tutup. Kali nie ada aku baca notis, ditutup untuk Hari Raya. Bila aku check dengan tarikh yang lepas kami ke sini pun lebih kurang Hari Raya juga, tak belajar dari kesilapan. Jadi kepada sesiapa terutama aku sendiri pastikan jangan datang ketika Hari Raya.

Takkan nak balik pula, dah sampai ke Gunung Keriang. Jadi bertolak ke kaki gunung Keriang pula mana tahu boleh naik ke situ. Sampai di kaki gunung terlihat serupa ada menara yang boleh panjat ke atas, ke pintu gua kot. Tapi sayang berkunci pula.
DSC_4248
Menara naik ke Gua Gunung Keriang
Kat bawah ada beberapa orang bebudak muda. Tanya boleh naik ka? Dijawab boleh tapi hari nie tak pasti sebab masih berkunci. Bebudak nie ada yang bekerja kat menara tu, tapi dia pun tak tahu hari nie dibuka atau tak. Ikut kepada bos mereka. Tak dak rezeki juga.

Cuaca semakin suram dan hujan pun dok menitik sikit-sikit. Kami meneruskan perjalanan ke Taman Rekreasi Gunung Keriang pula. Ronda dalam kereta ja, hujan renyai-renyai kat luar. Best joging kat sini, aman dan bersih.

Sebelum keluar dari taman singgah kejap kat gerai-gerai jual batu kristal berdekatan pintu masuk taman. Hujan pula semakin lebat jadi S Sarah ngan M Ammar ja turun. Si kecil dua orang dok kat dalam kereta.
DSC_4255

DSC_4262

DSC_4264
Berbagai bentuk dan kaler ada, ada yang murah ada yang mahal. Pengunjung yang datang akan belek-belek batu nie sebelum beli. Tak pasti apa yang dia nampak kat batu-batu tu. Ramai juga yang datang, terutama berbangsa Cina.
DSC_4267
Gerai-gerai jual batu kristal.
Batu kristal nie kebanyakan datang dari Gunung Keriang. Peniaga kat situ kata, kita boleh pi tengok tempat mengambil batu kristal tu tetapi kana masuk jauh kedalam.
 
OKlah jom balik, sampai disini dulu dengan perasaan sedikit tak best. Hajat nak ke Pusat Sains Negara tak tercapai. Tunggu... post seterusnya dalam perjalanan balik terjumpa 7 kawah. Kawah apa???

2 comments:

  1. salam.mohon izin share gmbar untuk promosi discover kedah 2016. sebagai tanda terima kasih, sy akan masukkan link tuan di blog sy.jika ada bantahan, mohon tuan maklumkan sy di www.penbiru.com. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan lawat blog saya... OK tak ada masalah cuma letak link ke blog nie saja. Macam menarik ja Discover Kedah... nanti nak kena terjah blog tuan.

      Delete