Kali ini penduduk Malaysia terutama yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan menyaksikan pula kenaikan yang paling dinanti-nantikan iaitu kadar tol yang akan meningkat antara 50 sen hingga RM 2 yang akan dikuatkuasakan pada Januari 2014. Dibawah merupakan antara lebuhraya yang berkemungkinan akan naik. Mari kita lihat siapa yang kenaaa...sambil baling dadu.
Maklumat ini tak dapat dipastikan lagi.
NO.
|
NAMA LEBUHRAYA YANG DI NAIKAN HARGA
|
HARGA LAMA
|
HARGA 2014
|
1. | Pantai | RM1.50 | RM 2.50 |
2. | Damansara | RM 1.00 | RM1.50 |
3. | Kiara | RM 2.00 | RM 3.00 |
4. | Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) | RM 14.96sen/KM | RM16.46sen/KM |
5. | Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) | RM 1.40 | RM 1.90 |
6. | Lebuhraya SMART | RM 2.00 | RM3.00 |
7. | Lebuhraya Sungai Besi BESRAYA | RM 1.30 | RM 2.00 |
8. | Lebuhraya Baru Pantai (NPE) | RM1.60 | RM 2.00 |
9. | Lebuhraya Damansara/Puchong (LDP) | RM 1.60 | RM 2.10 |
10. | Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH) | RM 1.50 | RM 2.50 |
11. | Lebuhraya Kajang (SILK) | RM 1.00 | RM 1.30 |
12. | Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) | RM 2.50 | RM 3.50 |
13. | Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) | RM 1.90 | RM 2.30 |
14. | Lebuhraya Trafik KL-Barat (SPRINT) | RM 1.50 | RM 2.50 |
Kini pekerja TNB menikmati bonus minima lebih kurang 4 bulan gaji, mungkin bonus untuk pekerja lebuhraya pula akan menyusul.
Harap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan juga tol Jambatan Pulau Pinang yang hari-hari aku lintas tak naik.
Hujan saja yang turun |
* Tarif elektrik akan meningkat sebanyak purata 10.60% bagi kategori pelanggan domestik.
* Pelanggan domestik dengan penggunaan bawah 300kWh tidak akan mengalami sebarang kenaikan dan akan terus menikmati kadar sedia ada:
- 21.80 sen / kWj untuk penggunaan bulanan 0 hingga 200kWh (Lifeline Band) (tidak berubah sejak 1997)
- 33.4 sen / kWj untuk penggunaan bulanan 201 hingga 300kWh (tidak berubah sejak 2009)
* Terdapat 3.25 juta dan 1.31 juta pelanggan masing-masing di 0-200kWh dan 201-300kWh band penggunaan domestik (tahun kewangan 2012). Oleh itu jumlah pelanggan domestik yang tidak terjejas oleh kenaikan tarif adalah 4.56 juta atau 70.67% daripada 6.45 juta jumlah pelanggan domestik.
* Dalam hal ini pelanggan dengan bil bulanan RM77.00 dan ke bawah tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif.
Walaupun tak semua rakyat merasa secara langsung kenaikan ini tetapi kilang-kilang dan juga peniaga yang menggunakan kemudahan-kemudahan ini nak letak kat mana peningkatan kos? Pastinya penggunalah.
2014 bukannya Tahun Lompat atau Tahun Melawat Malaysia tetapi rasanya akan menjadi Tahun Melompat-lompat dengan harga barang yang akan melompat naik.
Sedap juga baca blog Che Det nie, xx-PM Tun Dr Mahathir pun tak berapa setuju dengan banyak sangat kenaikan yang akan berlaku serentak.
No comments:
Post a Comment