Monyetlisma

Yang nie aku dapat dari internet. Menarik untuk direnungkan.
Sekumpulan saintis meletakkan 5 ekor monyet didalam sangkar dan ditengahnya ada sebuah tangga dengan pisang diatasnya.
Setiap kali monyet itu memanjat tangga, saintis akan membasahkan monyet yang lain dengan air.
Selepas itu, setiap kali ada monyet yang menaiki tangga, monyet yang lain akan memukulnya.
Selepas beberapa lama, tiada lagi monyet yang berani menaiki tangga itu.
Saintis kemudiannya menukar salah seekor monyet itu dengan monyet yang baru. Perkara pertama monyet baru ini lakukan ialah memanjat tangga. Dengan pantas monyet-monyet lain memukulnya.
Selepas beberapa kali kena pukul, monyet baru belajar untuk tidak memanjat tangga walau tidak tahu kenapa.
Monyet kedua pula ditukarkan dan perkara yang sama berlaku. Monyet pertama turut sama memukul monyet kedua. Monyet ketiga ditukarkan dan perkara yang sama diulangi. Yang keempat ditukarkan dan perkara yang sama berlaku sehingga monyet terakhir ditukarkan.
Sekarang yang tinggal ialah 5 monyet yang tak pernah disimbah air, meneruskan memukul monyet yang memanjat tangga itu. 
Jika boleh tanya monyet-monyet itu kenapa mereka memukul sesiapa yang menaikai tangga, pasti mereka akan menjawab.....
"Aku tak tahu-inilah yang biasa dilakukan"

Biasa dengar jawapan ini ?


p/s: apa beza monyet, beruk dengan kera?

No comments:

Post a Comment