Tadika / Transit Mithali - Selamat Hari Raya

Pernah jadi tak kat ibu bapa suatu hari di bulan Ramadhan anak anda memberi satu surat? Datang dari tempat dia transit / tadika. Surat apa tuuu... apa lagi surat cuti raya. Esok hari raya.. esok hari raya.... Lihat surat kat bawah.

Nama tadika dipadam untuk menutup kebaikan majikan.
Jumaat bertemu Jumaat tadika / transit akan tutup ditambah dengan Sabtu dan Ahad menjadikan tertutup 10 hari. Horeeeee..... balik main mercun. Anak-anak seronok lah, ibu bapa cam mana??? Mungkin ada yang OK dan mungkin juga ada yang mempunyai masalah. Majikan tak luluskan cuti atau baki cuti yang sudah dirancang untuk program lain atau cuti tak cukup. Ramai senyap seribu bahasa. Kalau dolu-dolu diam tu tanda setuju. Setuju lah kot.

Kepada ibu bapa yang dapat cuti seperti tempat jagaan tu OK lah tapi yang tak boleh macam mana?? dah ada barisan alternatif untuk jagaan anak-anak ??

Baca surat yang aku tempek kat sini. Jumaat pertama cuti peristiwa sebab tadika  bersukan nuuuunnnn Mei yang lalu ( tak mahu bayar OT lalu diberi cuti gantian, rasanya). Tadika nie merupakan salah satu cawangan dari rangkaian tadika dan transit yang dimiliki oleh seorang tokey. Jadinya tadika dan transit yang berangkai dibawah tokey ini akan bercuti peristiwa yang sama. Adakah patut ?

Aku dok risau nie, kalau rangkaian tadika nie mempunyai 4 buah cawangan dan setiap satunya mengadakan aktiviti ( lawatan atau hari sukan atau apa-apa hari ) pada tarikh yang berlainan dan ada cuti peristiwa maka akan ada 4 hari cuti peristiwa. Maka setiap cawangan terpaksa ambil 4 hari cuti peristiwa walau tak ada kena mengena. Haruu nie.

3 hari lain iaitu Rabu hingga Jumaat pula ( 22-24 Ogos ) cuti apa?? mestilah tambahan cuti raya, yang tu pun nak kena bagi tau ka. Dengar cerita tadika nie ikut cuti sekolah, tapi tak semua sekolah membuat tambahan cuti. Jadi apa yang di ikut?

Kenapa jadi begini ?? nak kena bagi tau juga ka?? Sebab ini tadika /transit swasta. Peduli apa nak buat cam mana pun. Sendiri buat undang-undang sendiri patuh, rasa tak sesuai boleh diubah, janji dicapati.

Kami nak tau sikit bagaimana dengan bayaran. Kalau ibu bapa hantar anak lebih masa kena bayar obertime, kalau hantar anak-anak ketika sekolah cuti ( untuk transit ) pun ada tambahan bayaran, bagaimana jika tadika sendiri ambil cuti tambahan?? Nak guna mesin kira yang mana satu? Tapi kembali ke perenggan diatas, itu undang-undang mereka yang buat.

Inilah salah satu masalah tadika / transit swasta yang kerajaan perlu ambil perhatian, dimana tadika-tadika dan transit swasta perlu ada peraturan untuk penubuhan dan perjalanan perniagaan. Perlu diadakan satu mekanisma yang memantau dan menyeragamkan kaedah perjalanannya. Supaya perjalanannya tidak menjejaskan perkhidmatan ibu bapa yang bekerja bertepatan dengan fungsinya.  Tadika / transit  inilah kami sebagai ibu bapa memberi kepercayaan untuk menjaga anak-anak sementara kami bekarja, sementara kami berkhidmat untuk negara.

Dolu-dolu mungkin tak berapa kisah sangat. Salah seorang ja bekarja atau pun saudara mara duduk berhimpun satu kampung. Boleh ja letak anak-anak tumpang rumah mereka. Ketika ini kebanyakan ibu bapa berhijrah untuk mencari pekerjaan, kaedah hantar kepada saudara mara dah tak relevan lagi. Lagi pun tempat-tempat jagaan ini bukan sahaja tempat jagaan tetapi juga tempat menuntut ilmu. Nak masuk darjah satu ada ujian menentukan kedudukan kelas ( cikgu dah tak ajar A,B,C keladi hutan, tikus mati, kucing makan ). Itulah pentingnya pusat-pusat jagaan ini ( klik  sini ).

Jika di sekolah diadakan PIBG ( Persatuan Ibu Bapa dan Guru ). Dimana PIBG memainkan peranan yang besar dalam menggerakkan dan memantau aktiviti sekolah. Bolehlah dicadangkan tadika-tadika dan transit juga diwajibkan mempunyai PIBG. Ini supaya perjalanan aktiviti tempat ini dapat dipantau dengan baik. Tadika dan transit swasta bukan sekadar sebuah badan mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga perkhidmatannya ada nilai tanggungjawab kepada kemasyarakatan, orang putih kata corporate social responsibility ( CSR ).

Kementerian-kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian lain yang rasa-rasa bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.

Walau ada kelemahan dan kekurangan ibu bapa kadang-kadang tetap menghantar ketadika tersebut disebabkan ada nilai tambah yang melebihi kekurangan seperti anak-anak dijaga dengan baik dan juga menitik beratkan pelajaran agama.

Disebalik tu pun ada juga tadika / transit yang menjalankan operasi secara profesional. Walau mengaut keuntungan, kebajikan ibu bapa yang menghantar anak-anak diutamakan.

Apa komen anda???

p/s: Bila majikan aku nak buat cam nie. Tutup kedai buang sebulan.

No comments:

Post a Comment