Cuti 1Malaysia

Dah dekat nak raya, apa lagi borang cuti memang laris di pasaran. Ada yang minta 4 hari dapat 2 hari saja, ada minta 3 hari dapat kesemuanya dan satu lagi ada yang dah cuti 3 hari dapat 1 hari lepas tu diberi lagi tambahan 1 hari lagi. Jadilah 5 hari. Kat mana tuuu. Tuuuu kat pekeliling Kementerian Pelajaran kepada sekolah-sekolah. 2 hari yang ditambah sebelum Hari Raya yang kena ganti semula.

Sekarang nie ada sekolah yang mengikut pekeliling tu. Ambil semua cuti yang diberi dan akan diganti kemudian pada hari Sabtu. Jadinya semua bebudak sekolah Horeeeeeee cuti panjang. Ibu bapa Horeeeee kena ambil cuti seperti anak-anak atau kena cari tempat bebudak tu duduk sementara ibu bapa bekerja.

Bila sekolah menambah cuti begini, ia akan bersangkut dengan ibu bapa yang bekerja. Berbagai implikasi akan berangkai. Kesukaran ibu bapa untuk mengambil cuti disebabkan kekangan tugas ( seperti tentera, bomba, jururawat dan sebagainya), baki cuti tidak mencukupi ( kalau ambil cuti lebih akan ditolak gaji ) dan menganggu perancangan cuti yang optimum ( seperti perancangan umrah, percutian dan lain-lain). Bapak menteri tahu apa? umum saja.
Pekeliling

Tempat transit / tadika pun dikala ini juga mengambil kesempatan untuk bercuti. Transit selalunya akan dibuka ketika musim cuti sekolah ( pertengahan atau hujung penggal). Disebabkan hari raya mereka juga mengambil kesempatan bercuti juga seperti sekolah. Seperti yang aku tulis sebelum ini. Ishhhh pening kepala. Sekolah cuti ganti, mereka pun mereka entah apa-apa cuti sebab tak mau ganti.

Cuti ganti ini seronok ambil, tetapi yang akan timbul masalah ialah ketika penggantian pada hari Sabtu. Perancangan cuti hujung minggu akan kantoi, banyak program akan tergendala seperti kelas tambahan.

Cuba bapa menteri umumkan kepada rakyat jelata begini.

" Saya umumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia akan mendapat cuti berganti untuk Hari Raya ini pada 16 dan 17 Ogos 2012. Ini membolehkan seluruh rakyat dapat merancang perjalanan supaya jalan raya tak sesak. Oleh itu semua sektor awam dan swasta diminta menutup premis pada tarikh-tarikh tersebut. Kedua-dua hari itu akan diganti pada hari Sabtu yang akan ditentukan kemudian."

Cuba buat macam nie. Baru best. Dikala musim 1Malaysia nie buat satu lagi, Cuti 1Malaysia. Dijamin popularrrr

No comments:

Post a Comment