Pilihanraya Umum 13 dah dekat. Hasil dari pilihan raya yang lepas rasanya ramai yang seronok sebab macam-macam dapat. Orang susah dapat, pesara tentera dapat, pemandu teksi dapat, peniaga runcit dapat, anak-anak sekolah dapat, dapat dan dapat dan dapat macam-macam lagi dapat. Yang dok dapat nie akan setiap tahun dapat atau hanya dapat dekat pilihanraya ja? ( ishhh banyak pula perkataan dapat nie )
Dekat pilihanraya macam-macam dijanjikan dan manifesto untuk pilihanraya yang akan datang. Yang kalah berjanji kalau menang. Yang menang berjanji kalau menang lagi atau menang dengan majotiti lebih besar. Seronok dengar depa buat janji.
Untuk rakyat macam aku nie, tak ada kepentingan politik seronok juga makan janji. Maklumlah semua nak dapat percuma. Tol percuma, minyak murah, PTPTN percuma, tayar percuma, duit sekolah percuma, serba serbi murah atau percuma.
Ada sesiapa yang senaraikan janji-janji nie? Ini persoalannya. Bagaimana nak tentukan janji ditepati? Oleh itu Malaysia patut adakan undang-undang untuk mewartakan janji-janji yang ditabur.
Parti-parti perlu mewartakan janji tersebut secara bertulis sebelum di canang. Mana-mana parti yang menabur janji dalam ceramah tanpa mewartakannya akan dambil tindakan. Setelah sesuatu parti tu menang, apa-apa yang dijanjikan wajib dilaksanakan atau tindakan undang-undang diambil keatas parti dan pemimpin parti.
Jika rasuah ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM), jadi untuk janji-janji ini perlu ada Suruhanjaya Janji Ditepati Malaysia (SJDM) ~ macam tema hari kemerdekaan pula. Biar ada satu makanisma yang memantau perjanjian air liur ini.
Selepas ada akta dan undang-undang, untuk pilihanraya yang akan datang apa kata buat macam nie. Pilihanraya kali ini, kita bersatu menyokong satu parti sahaja. Parti mana? Dah tentu parti yang banyak berjanji yang menarik. Kita beri kemenangan besar kepada mereka. Selepas menang tuntut segala janji yang telah ditabur.
Untuk pilihanraya yang akan datang lagi satu, sanaraikan parti mana yang tabur janji-janji yang lebih manis. Ketika itu kita pilih parti itu pula. Ulang-ulang semua ini sampai semua dapat percuma.
Apa macam, ada berani?? Dah cemuih dengar macam-macam janji dan manifesto.
p/s: Dok tunggu bantuan SEDIM ( Saelur Dlama 1Malaysia ).
No comments:
Post a Comment