Sunday, August 5, 2012

Di Mana Nak Beli Baju Raya ?

Dah dekat nak raya, betul ka nie? Betul la tuu. La nie semua dok bersiap nak menyambut raya. Bersiap nak menyambut Ramadhan dah lepas.
Sementara nak pi membeli belah untuk persiapan raya, saja aku nak letak satu pantun untuk difikir-fikirkan.
Gambar hiasan
Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Beli baju baru
Dari kedai Cina

Mungkin dari kecil kita telah diajar dengan pantun ini untuk  mengingatkan kita supaya bergantuang kepada kaum ini. Cuba kali ini ketika membeli belah diubah persepsi sikit. Buat transformasi. Mungkin harga yang dijual mahal sikit, sebab dia pun dapat bekalan dari peniaga bangsa lain juga ( jangan pula menangguk di air keruh pula, hantam harga gila-gila ). Biar mahal sikit tapi dapat menolong bangsa sendiri. Aku bukan perkauman tetapi nak melihat bangsa aku berjaya dan berdiri sama tinggi dengan yang lain.

Tapi satu ja masalahnya, dimana nak dapat kedai yang orang melayu punya ? Kalau boleh yang semua barang keperluan di letakkan setempat ( pasaraya la tuu ). Takkan nak ke kedai jual tudung dengan baju kurung atau ubat kurus ja, ada banyak lagi keperluan lain.

p/s: pendapat dari aku yang tak tahu bisnis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...