26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran AZ Tomyam ini telah di tutup.
**** 24/8/2012****
Dekat nak hujung Ramadhan baru ada kesempatan untuk berbuka puasa kat luar. Pilihan lokasi yang dekat rumah sahaja, berhampiran Kiosk Bertam. Pilih yang dekat supaya lepas makan boleh balik cepat ke rumah, solat. Tahun lepas kami berbuka ala-Arab kat Asiatica. Tahun nie pun macam nak rasa yang arab lagi. Nak ke Asiatica depa tak buat dah buffet Ramadhan. Jadi ala-Thai OKlah.
Petang, lebih kurang jam 4 pi ke Restoran AZ Tomyam, buat tempahan untuk berbuka pada hari tu juga. Brader yang ambil oder tu macam letih sungguh. Serupa tak mau cakap. Tanya sepatah jawab macam tak mau jawab ja, suara pun tak berapa nak dengar tapi mata dok tengok TV. Ishhhh... geram pun ada. Kami oder set ja, cuma tukar dari kangkung goreng ke kailan ikan masin dan tambah air jus oren sejug. Habis oder, dia terus dia kemeja sebelah ambil sebungkus kurma lalu diletak atas meja yang kami tempah lalu dia pi ke kaunter tanpa kata apa-apa. Kami pun blur nak kena bayar dulu ka atau tak, jadi ka???. Tanya pelayan seorang lagi yang kebetulan ada kat situ, dia pun macam blur gak tapi kata dah ok ( macam tu lah seingat aku). Kami pun balik, tawakal ja lah.
Set C |
Sambil melayan bebudak tu, sambil ambil gambar makanan sementara tunggu azan. Entah bila azan ( dalam tu tak dipasanag radio untuk menendakan waktu berbuka ) lihat sekeliling manusia dah makan. Apa lagi "Allahumma laka sumtu....".
Legaaaa dapat makan. |
Siakap msam manis, sedap. Ikan rapuh tapi sos sikit. |
Puyuh goreng, sedap dan rapuh |
Kailan ikan masin |
Telur bungkus |
Udang celup tepung, tepung tebal dan tak rangup. |
Dalam setengah jam lebih selesai. Manusia yang tadi ramai dah tinggal tak berapa kerat ja.
Dah selesai buka puasa. Tinggal meja yang bersepah. |
Nasihat kepada yang nak berbuka kat luar tu sebolehnya buat tempahan awal sebab ketika kami sedang menjamu selera, ada yang masih menunggu hidangan sampai disebabkan tak booking awal. Bulan puasa ni orang datang memang dalam keadaan lapar dan keperluan untuk memenuhkan perut pun pada masa yang sama, jadi paham-pahamlah tukang masak pun berpuasa dan bilangan mereka pun terhad.
Kalau yang bersembahyang sebolehnya cari kedai yang ada surau atau dekat dengan surau. Bolehlah selepas makan terus pi solat. Masa tak terbuang untuk mencari surau berdekatan atau balik kerumah.
Dan satu lagi kalau datang buka puasa kat luar tu jangan buat cam dok kat rumah. Ada yang datang pakai baju singkat seluar ketat. Bila terbongkok membelasah makanan tu, terselak tayang pungkok kat orang. Ujung-ujung buka puasa pun pahala berkurang.
Restoran AZ Tomyam ini rasanya keseluruhan pekerja orang pantai timur, jadi kadang-kadang bahasa yang digunakan tak berapa nak paham ( dia tak paham cakap aku, aku tak paham cakap dia). Lokasi terletak di Kawasan Perniagaan Bertam Perdana berdekatan Kiosk @ Bertam. Dibuka setiap hari. Lokasi tengok Google map kat bawah.
View Restoran AZ Tomyam in a larger map
No comments:
Post a Comment