Jadi nama, rupa, baju dia pakai aku rahsiakan ( hahahaaa mana aku tahu ). Kami dok lah dengar seminar kat depan tu. Tapi telinga aku nie mana ada penapis yang boleh tumpu ke satu suara saja. Penapis air boleh la. Jadi tedengarlah perbualan kat belakang. Apa yang aku tulis nie telah di tambah dan tolak mengikut sedap jari aku.
A: Akak datang seminar nie ada buat bisnes ka?
B: Tak ada , dulu adalah buat insuran.
A: Aaaiii... jual insuran bagus apa? Kenapa berhenti ?
B: Tak larat la, asyik kehulu kehilir mencari customer. Kena sampai target. Nak cari bisnes lain la. Awak buat bisnes juga ka?
A: Buatlah sikit-sikit.
B: Tak apa sikit-sikit pun, janji masuk. Bisnis apa?
A: Supliment untuk kesihatan. Akak sekarang ada ambil apa-apa makanan tambahan.
B: Tak, dulu adalah. Tapi tak ada perubahan. Mahal pula tuu.
A: Akak penah dengar produk @(%^&$#*
B: Tak
A: Produk nie dah 4 tahun dalam pasaran. Macam-macam kelebihan dia.
B: Oooooooo
A: Banyak kelebihannya. Sehari makan 2 biji. Sebiji pagi sebiji malam. Sihat satu badan. Makanan nie akan cuci dan melancarkan darah kita. Kalau bangun pagi tu, terasa segar ja. Tak rasa nak tidur dah, kira nak terus pi kerja. Masa kerja pula tak rasa letih. Kira tip top lah. Lagi pun supliment nia akan membuang toksin dalam badan kita. Insyaallah segala penyakit akan keluar.
B: Betul ka?
A: Betulllll. Produk @(%^&$#;* nie terfemes. Bukan orang macam kita nie saja guna, artis-artis pun gunaaaa. Produk nie memang terbukti dah. Ada pengesahan kementerian lagi. Jangan risau, akak akan dilindungi insuran jika berlaku apa-apa semasa mengambil @(%^&$#* nie.
C: Akak jual @(%^&$#* nei ka? Eaiii memang bagus. Atuk saya dulu kira selang seminggu kena pi check kat klinik. Diabetis. Nak jalan pun susah. Kaki dah hampir kena potong. Lepas tu ada seorang kawan introduce dengan benda nie. Lepas 2 bulan makan, doktor pun terkejut sebab semakin baik. La nie dah boleh jalan.
B: Bagusnyaaa.
A: Betul tu. Ada seorang customer saya. Nak jalan susah, nak naik tangga susah. Sakit Lutut. Lepas makan @(%^&$#* nie 2 minggu saja terus boleh jalan, tak perlu tongkat lagi. La nie dia dah jadi line saya.
B: Bagus la untuk lutut nooo.
A: Bukan tu saja ada seorang customer lain pula lumpuh sebelah badan, gout. Terlentang atas katil dah sembilan bulan. Anak dia telah beli @(%^&$#* ngan saya. Dicuba selama 3 bula, la nie alhamdulillah dah boleh bangun.
B: Iash... ishhh... ishhh... baguih betul la. Ada kesan sampingan dak?
A: Produk nie dari bahan organik, tak ada bahan kimia. Insyallah tak ada kesan sampingan.
B: Kira lepas ambil benda nie badan akan sihat la noo?
A: Jangan cakap macam tuuu, kesan dia tak bolehlah mai serta merta. Kena ambil masa juga. Kena maintain la makan produk nie baru ada kesan yang baik.
C: Betul tu.
A: Akak berminat. Bagus nie. La nie saya ada bawak sekotak.
Itulah serba sedikit apa yang sesedap jari aku menulis. Banyak yang ditokok tambah.
Memang hebat. Bukan yang menjual tu hebat tapi produk tu hebat. Satu produk boleh menyelesaikan berbagai masalah kesihatan. Makan, maintain, lihatlah kesannnya. Boleh sebut " Eat a supplement a day keep the doctor away ".
Gambar hiasan
|
Kalau jadi macam nie, doktor boleh tidur atas stretcher. Doktor kerajaan boleh rehat, doktor swasta boleh tutup klinik.
Benarkah ada produk-produk supplement yang boleh bertindak begitu hebat? Dapat menyelesaikan masalah berbagai penyakit. Mungkin ada, sebab makanan tambahan ini memberi kekuatan antibodi dan melancarkan darah. Bila darah lancar, badan pun akan menerima kesannya. Apa-apa pun tepuk dada tanya yang mana terbaik untuk badan. Ingat segala kesakitan dan kekurangan tu tuhan yang beri untuk menguji kita. Jadi kita diberi akal untuk mencari penawar dengan izinNya.
p/s: Dr Die Es = Dr D S = Doktor Direct Selling
No comments:
Post a Comment