Gaji Naik Adakah Taraf Hidup Naik ?

Orang kerajaan dah dapat kenaikan dan orang swasta pun PM akan umumkan gaji minimumnya dalam 30hb April nie. Lagi apa nak naik ?? Boleh jawab ??

Rasanya macam-macam lagi nak naik. Kebanyakannya naik dengan tak ada pengumuman dari menteri pun. Tetiba sahaja dah naik.

Apa yang naik?? Dah tentu harga barangan keperluan akan naik. Nak marah mereka menaikkan harga. Bolehkah?? Peniaga ini pun terpaksa membayar gaji yang lebih kepada pekerja mereka. Jadi kos ini akan di tampung keatas kenaikan harga barang.

Berbagai taktik yang digunakan untuk menaikkan harga barang. Antaranya yang selalu kita baca ialah dengan mengurangkan pengeluaran sehingga permintaan mengatasi pengeluaran. Menyebabkan barangan keperluan tidak mencukupi. Ada juga peniaga yang menaikkan harga barang dengan lebih berhemah seperti menukar rekabentuk bungkusan. Seolah-olah ada penigkatan dari segi kuliti barangan ( rasa akulah).

Ada juga peniaga yang melebelkan ada tambah nilai didalam produk mereka ( seperti tambah vitamin ). Ini membolehkan pengguna menikmati tambah nilai dengan harga yang dinaikkan. Terdapat juga yang mengurangkan kuantiti barang tetapi harganya tetap sama.

Jika dilihat apa yang kita dapat dari segi pendapatan dengan kenaikan harga barangan, kita akan dapati tiada peningkatan taraf hidup. Contohnya dulu kita belanja diakhir bulan katakan habis dan sekarang setelah kenaikan gaji, kita tetap akan kehabisan dihujung bulan. Ini disebabkan peningkatan harga barangan keperluan. Sama sahaja dari dulu kini dan selamanya.

Kalau dulu tahun 80-an gaji kerani RM 300 dan harga nasi lemak 20 sen. Sekarang gaji kerani RM750 dan harga nasi lemak RM1.50. Dari contoh ini harga nasi lemak naik 7 kali ganda sedangkan gaji naik 2.5 kali sahaja. Dulu seingat aku ketika sekolah rendah lebih kurang tahun 80-an mak bapa aku beri 50 sen sebagai duit sekolah (sudah mencukupi untuk sepinggan nasi dan air), bolehkah sekarang ini diberi 50 sen juga??

Matawang yang kita guna setiap hari nilainya tak tetap. Semakin lama semakin kurang nilainya. Jadi bagaimana nak selesaikannya ??

Mudah cakap tapi susah nak laksanakan akibat kekangan politik. Kita kena berbalik kepada wang emas atau dinar. Nilai emas tidak akan susut. Nilainya akan sama dari dulu kini dan selamanya. Jika dulu satu dinar boleh beli seekor kambing begitu juga ketika ini. Buka Google cari sahaja sirah Rasulullah mengenai jual beli baginda menggunakan dinar. Kita akan jumpa mengenai Rasulullah membeli seekor kambing dengan satu dinar ( harga satu dinar bersamaan RM 778.00 ketika ini ). Dengan nilai itu juga ketika ini pun kita dapat beli seekor kambing juga.

Fikir-fikirkan.....

Update :
30hb April 2012 : PM dah umum kenaikan gaji minimum untuk beberapa sektor swasta dimana penduduk di Semenanjung menikmati gaji minimum RM 900.00 dan Sabah/Sarawak RM 800.00

BM Panjang BI Pendek

Dalam sembang-sembang atau baca suratkhabar, pastinya ayat-ayat ringkas sering digunakan. Ringkasan-ringkasan ini selalunya dalam bentuk gabungan huruf-huruf yang tidak berbunyi ( disebut satu persatu huruf-huruf tersebut ) seperti NKRA, SKBP, MSC, LRT dan KPI atau juga gabungan huruf-huruf yang berbunyi atau menjadi perkataan seperti MOSTI, MAS, PETRONAS dan PROTON.

Dalam berita ditulis "Kabinet memutuskan enam NKRA iaitu ....". Terfikirkah kita apa itu NKRA? Cuba cari singkatan dalam Bahasa Malaysia (BM) untuk setiap huruf tersebut. Anda mungkin akan berakhir dengan kekeciwaan. NKRA merupakan singkatan dalam Bahasa Inggeris (BI) bermaksud "National Key Results Areas" atau dalam BM "Bidang Keberhasilan Utama Negara". Jika ditukar singkatan itu dalam BM akan jadi BKUN atau BAKUN. Walau diguna dalam artikel BM ia akan ditulis " Kabinet memutuskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ).... ".

Contoh yang lain petikan dari Utusan Online 18/2/2012 " IPOH 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng merupakan pembuka tirai kepada fasa terakhir program pembangunan luar bandar. " Kenapa tak diguna sahaja singkatan dalam BM??. Penggunaan singkatan seperti ini sungguh mengelirukan. Kan lebih baik guna sahaja singkatan dalam Bahasa Malaysia.

Menidakkan penggunaan singkatan BM berkemungkinan singkatan itu merupakan piawaian antarabangsa yang digunakan seluruh dunia. Jika di tulis sahaja singkatan itu semua orang akan tahu seperti KPI ( Key Performance indicator ).

Tetapi penggunaan menyeluruh singkatan BI oleh keatas sektor-sektor awam, berkanun dan GLC dan juga program-program tempatan yang dianjurkan bagi pendapat aku tak berapa sesuai. Ia menjatuhkan BM sebagai bahasa rasmi negara. Mungkin dalam BM bunyi tak berapa sedap, tapi demi untuk meningkatkan taraf BM perkara ini perlu dihadapi. Contoh program yang dianjurkan secara tempatan seperti NKRA dan GTP boleh kiranya di tukar ke BM. Sektor-sektor kerajaan seperti MOSTI, FELDA dan MARDI pun boleh juga ditukar.

Nama-nama lama seperti MAS, RISDA dan FELDA mungkin boleh diterima disebabkan ketika itu negara kita masih lagi ada bau-bau bacang kolonialisme. Masih terikut dengan barat. Ketika ini jabatan dan syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan rasanya boleh diterapkan bahasa rasmi negara.

Ini hanya pendapat aku. Pihak yang menamakannya mesti ada sebab seperi untuk menglobalkannya supaya diterima di peringkat dunia. Walaupun begitu banyak sektor yang masih mengekalkan BM sebagai singkatannya seperti JKR, KPM, MARA, PDRM dan sebagainya. Bahasa jiwa bangsa.

P/s: Tak tau nak tulis tajuk apa, jadi hantam saja BM Panjang BI Pendek.

Nasi Lemak Cinta Sayang, Lagenda Heights

Makan-makan lagi, kali  nie Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di Lagenda Heights. Kami ke Resatoran nie hujung tahun lepas. Baru sekarang terasa nak tulis.
Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran nie teletak bersebelahan dengan Nasmir Nasi Kandar. Dibuka untuk makan pagi dan tengahari. Malam tak tau la pula. Ia merupakan cawangan kepada Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di berhampiran Cinta Sayang Golf Resort, kira macam HQ la tu. Kami selalu pi yang kat HQ ja. Tapi kali nie saja ubah selera.

Kami sampai dalam jam 9 setengah pagi, hujan rintik-rintik. Dari luar dah nampak menarik. Masuk dalam, suasana yang selesa dan bersih.

Lauk-lauknya untuk makan pagi biasalah  untuk nasi lemak seperti bermacam sambal seperti sambal sotong, bilis, telur, ayam.

Malah untuk lauk yang biasa makan tengahari pun dah siap seperti masak lemak dan gulai ikan.

Jika dibanding dengan HQ rasa aku bilangan jenis-jenis masakan untuk makan pagi kat sini tak banyak pilihan. Rasa pun kira OK ja, mungkin perasaan ja kot, sebab dok banding dengan HQ.

Aku tulis berdasarkan masa aku pi kesana. La nie aku tak pasti. Lokasinya berhampiran Nasmir Nasi Kandar di Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights Sungai Petani.


View Nasi Lemak Cinta Sayang Lagenda Heights in a larger map

Dah Terjawab PROTON Preve

Malam nie dah rasmi pelancaran PROTON Preve oleh PM. Staf-staf PROTON buat persembahan pelancaran macam Bill Gates atau Steve Jobs buat pelancaran gejet baru. Yang aku bangga PM berucap dalam Bahasa Malaysia. Walau melancarkan produk bertaraf dunia, bahasa Malaysia tetap di utamakan ( staf PROTON buat pengenalan kereta hampir semuanya dalam bahasa Inggeris ).
Proton Preve
Dengan spesifikasi dan gejet-gejet yang disediakan memang berbaloi dengan harganya yang di tetapkan untuk  tiga variasi bermula dari RM 59,XXX hingga 72,XXX. Dah terjawab teka-teki  Proton Preve nie. Esok boleh pi tengok kereta nie kat kedai.

Proton Preve nie memang boleh dibanggakan sebab ia adalah ide orang Malaysia sendiri bukan ambil model jenama lain tukar logo sahaja seperti PROTON Inspira, Perdana dan Wira.

Untuk tambah meyakinkan produk ini, berapa tahunkah jaminan atau waranti yang mampu PROTON berikan? Kebolehpercayaan sesuatu produk bergantung kepada keyakinan oleh pihak PROTON sendiri terhadap kemampuan dan ketahanan Preve. Ketika ini banyak kereta yang mempu memberikan jaminan 5 tahun atau 100,000 KM. Bagaimana dengan PROTON Preve ??  Memang Proton sangat yakin dengan model ini. Diberikan jaminan 5 tahun*.

Maklumat lanjut boleh layari microsite PROTON http://protonpreve.com/

*Terms and conditions apply.

Aiskrim Toyyibah HPA

Dah lama mengidam nak makan Aiskrim Toyyibah HPA. Dulu senang dapat kat kedai HPA tapi la nie kadang-kadang saja ada. Kadang-kadang buat penat ja ke kedai HPA. Masuk dalam kedai nampak freezer besar, mai dekat tengok dalam ada ayam beku.
Gambar penutup bekas aiskrim. Ambil dari http://duniaherbahpa.com/
Dulu masa keluar aiskrim HPA, dalam hati kata lepas nie tak mau beli dah aiskrim yang lain. Rasa memang sedap lagi pun orang kita buat. Tapi umurnya semput, kejap ada kejap tak ada. Pasai pa jadi cam nie ??

Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq

Alhamdulillah.... Nur Fatini hari ni dia dapat pi TALESKA semula. Sebelum nie isteri aku ambil cuti dua hari sebab pada hari Jumaat lepas guru TALESKA bagi tau Fatini kena penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Ada beberapa kawan-kawan dia kena juga. Jadi mereka nasihat jangan hantar ke TALESKA buat sementara waktu.
Gambar dari Google
Hari Sabtu kami ke klinik kanak-kanak kat Sungai Petani. Doktor mengesahkan kena jangkitan penyakit tu tetapi dia tambah satu lagi menjadi Tangan, Kaki, Mulut dan Pungkoq  sebab kat pungkoq pun ada juga.

Simptomnya ada merah-merah berair di tangan, kaki dan mulut dan juga pungkoq, air liur meleleh. Nak minum susu pun susah sebab mulut sakit. Doktor beri nasihat supaya jaga kebersihan, basuh tangan dan elak anak-anak kecil bermain dengannya sebab boleh berjangkit. Doktor beri satu ubat yang titik dalam mulut supaya kebas baru boleh minum susu. Nur Fatini baru umur lebih kurang 4 bulan, mana boleh makan benda lain lagi, susu saja.

Tahun lepas abangnya Ahmad Firas pun pernah kena. TALESKA tutup seminggu.

Hari ni dah sihat. Minum susu pun tak sakit dah. Selamatttt.

 Maklumat menggenai HFMD :
1- http://drazwan.blogspot.com
2- http://pmr.penerangan.gov.my
3- http://www.myhealth.gov.my

p/s: Masa nie kat Sarawak penyakit HFMD sedang mengganas.

Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Daulat Tuanku
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada
Senarai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang telah memerintah Malaysia:
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG I
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
(Negeri Sembilan)
Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG II
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
(Selangor)
Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG III
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
(Perlis)
Memerintah dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IV
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
(Terengganu)
Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG V
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
(Kedah)
Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VI
Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
(Kelantan)
Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
(Pahang)
Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VIII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni
Al-Marhum Sultan Ismail.

(Johor)
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IX
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
(Perak)
Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

(Negeri Sembilan)
Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XI
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
(Selangor)
Memerintah dari 26 April 1999 hingga 21 November 2001

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
(Perlis)
Memerintah dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

(Terengganu)
Memerintah dari 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
(Kedah)
Memerintah dari 13 Disember 2011 hingga Kini
Esok 11hb April 2012, Rabu akan berlangsung istiadat Pertabalan SPB yang Di-Pertuan Agong XIV ( 14 ) di Istana Negara. Dapat cuti sehari. Sultan Kedah merupakan sultan yang pertama menjadi Yang Di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu untuk kali ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan kali ke-14 ( XIV). Sultan negeri aku nie.

Maklumat lanjut sila layari:
1. http://www.malaysianmonarchy.org.my/
2. http://www.istananegara.gov.my/

Keseluruhan gambar diatas diambil dari: http://pmr.penerangan.gov.my/

Pantai Merdeka - Hari 2 (4 Mac 2012) : Tanjung Dawai

Sambung dari Hari 1 di Pantai Merdeka : Merdeka Beach Resort.

Awal pagi aku keluar ambil udara Pantai Merdeka. Masa nie pantai memang bersih dan luas juga. Ramai orang kata Pantai Merdeka kotor. Tapi rasanya bukan kotor najis cuma dasar pantai yang berselut menjadikan air tak berapa jernih. Aku tak tunggu lama, panggil anak-anak aku mandi.  Apa lagi aku sekali berkubang.
Awal pagi, pantai amat bersih
Dah penat mandi laut, kami ke kolam Merdeka Beach Resort, membersihkan air masin. Berendam tak lama. Ada program lain. Kena bersiap

Selepas bersiap, kami makan kat cafe disitu. Pekena nasi lemak, mee goreng, rasa OK boleh tahan.

Nasi lemak dan mee goreng

Telinga Firas besar sebelah sebab semalam kena gigi serangga.
Perut dah kenyang, takkan nak balik tidur. Jadi destinasi seterusnya Tanjung Dawai. Pakat ramai-ramai berarak ke jeti ( tak macam jeti pun cuma dibuat macam titi ketengah laut sikit untuk naik bot ).

Booking tiket bot ke Tanjong Dawai online
Bot tak ada kat jeti sini, bot kena panggil. Siapa nak panggil ?? Kat kawasan ni ada satu pondok, jadi ada tekong atau orang kampung disini yang akan membantu kita mendapatkan bot. Dia yang akan panggil bot dari Jeti Tanjung Dawai datang.

Nasib baik bot yang datang besar juga muat untuk 18 orang. Nak rasa dok atas bot lama sikit jadi minta abang driver bot buat lawatan kat situ ( ala-ala Star Cruise ). Tambang satu bot dalam RM50.00 untuk pergi balik.

Ada dalam 15 minit sampai ke Jeti Tanjung Dawai ( kalau tak buat tour rasanya dalam 5 minit saja sampai). Menarik juga pemandangan di sekeliling.
Ternak ikan dalam sangkar


Apa ada kat Tanjung Dawai?? Tanjung Dawai merupakan sebuah perkampungan nelayan jadi hasil laut menjadi produk utamanya. Sampai ke jeti, sebelah tu ja ada sebuah Arked dua tingkat. Naik ja ketingkat dua.
Kedai-kedai yang terdapat dalam Arked
Kat sini kalau sesiapa yang nak tambah garam dalam darah memang banyak jenis ikan masin / masam / kering.

Berbagai jenis ikan kering / masin dijual.
Begitu juga yang nak tambah asid uric, banyak ikan bilis yang dijual. Sotong kering, udang kering pun banyak. Harga yang ditawarkan memang berbaloi, murah. Kalau masa cuti sekolah orang memang ramai.

Bilis pun terdapat berbagai juga. Ada rapuh, liat dan sebagainya. Tanya peniaga disini mereka pakar.
Selain arked ini, terdapat banyak lagi kedai yang menjual hasil laut disekitar kampung nelayan ni. Bila membeli jangan lupa untuk tawar menawar. Mana tahu dapat lagi murah.

Habis shopping, turun kebawah lepak kat medan selera.  Kat medan selera ini ada sebuah kedai ikan bakar yang sedap terletak kat hujung medan selera. Nak makan perut masih penuh dengan nasi lemak tadi. Jadi minum-minum ja.
Selamat tinggal Tanjung Dawai
Sampai ke Pantai Merdeka, check out dan semua bertolak balik. Sampai Tikam Batu kami singgah dulu di kedai makan Eain Ikan Bakar, makan tengahari.

Lokasi Tanjung Dawai lihat google map kat bawah.


View Larger Map

Pantai Merdeka - Hari 1 ( 3 Mac 2012 ) : Merdeka Beach Resort

Minggu depan anak aku Siti Sarah nak periksa. Sabtu dan Ahad sebelum tu nak ke Pantai Merdeka. Berbelah bahagi, sama ada nak pergi atau tak, sebab dia kena ulangkaji.

Tolak campur darab bahagi kami buat perjanjian dengan Siti Sarah. Kalau nak pi ke Pantai Merdeka, dia kena korbankan masa nonton TV dan main waktu malam dan juga Sabtu dan Ahad minggu sebelumnya untuk ulangkaji. Kalau tak mau pi pun  kena baca juga tapi adalah sedikit waktu terluang untuk nonton TV dan main.

Dan keputusannya ialah pi ke Pantai Merdeka, jadi kena ikut peraturan tulah.

Banyak kali pi ke Pantai Merdeka tahun nie. Boleh jadi Duta Pantai Merdeka. Letak gambar aku tepi jalan ke Pantai Merdeka. Ada depa mau ka?

Kali ini berbeza sedikit sebab akan bermalam di Merdeka Beach Resort. Kami keluar dari rumah dah petang. Sampai ke sana dalam jam 6 petang kot. Kami saja yang lewat. Keluarga sebelah isteri aku yang lain dah sampai. Siti Sarah, Muhd Ammar ngan Ahmad Firas sampai dulu lagi ( pi ngan Mak Long dia ). Semua pakat main wau.

Sebelum kami sampai Muhammad Ammar dah kemalangan. Dagu luka sebab kena sagat kat kolam renang. Hero biasalah bila longsor turun kepala dulu. Tapi takpa dapat main wau OK lah lupa sakit tu.

Lepas Maghrib pakat-pakat berhimpun dalam khemah yang disediakan di padang berhadapan resort. Buat BBQ dan sambutan hari jadi sesiapa yang lahir bulan Mac, termasuk akulah tu. 

Daging, kambing, ikan bakar
Kemalangan sekali lagi. kali nie Ahmad Firas pula kena gigit apa entah sampai telinga bengkak. Kalau letak tangan terasa panas. Dia pun tak berapa selesa, dok okk ekkk okk ekkk ja.
Kecik-kecik dah pandai karaoke
Dah selesai BBQ, pakat-pakat pi karaoke pulak. Bebudak yang suka nak nyanyi. Mak budak pun suka jugerrrr.

Aku masuk bab nie terus boringgg. Jadi jalan-jalan ke tepi pantai. Meriah juga waktu malam kat Pantai Merdeka nie.
Malam di tepi pantai
Ada yang lepak-lepak tepi pantai, ada yang pacak khemah bawa satu keluarga dan ramai juga yang memancing.
Medan selera masih dibuka
Kedai makan kat Medan Selera pun banyak yang buka sampai lewat malam. Kedai makan nie buka ikut giliran kot sebab waktu siang sebahagian yang buka bila malam yang lain pula buka. Bagus la tuuu tak bergaduh. Lagi pun bukan ramai sangat yang datang nak makan.

Dalam kul 11 malam lebih baru balik. Resort yang kami duduk kira boleh ja lah. Penyelengaraan tak berapa baik. Penghawa dingin air menitik, lampu ada yang pejam dan shower rosak.

Sambung ke Hari 2 di Pantai Merdeka : Tanjung Dawai.

Lokasi Pantai Merdeka dan Merdeka Beach Resort, sila lihat Google map kat bawah.

View Larger Map

Bawaku Pergi Vs Lari Dari Rumah

Sekarang sebok diperkatakan tentang lagu yang di cipta oleh Malique dan dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dengan Kaka. Bawaku Pergi.

Lirik yang mudah difahami iaitu gadis nak lari ikut lelaki ke luar negara. Itu yang dapat ditafsir oleh aku yang bukan pakar bahasa dan geografi.

Dipetik sedikit salah silah lagu Bawaku Pergi dalam kenyataan Malique terhadap pengharaman oleh kerajaan Malaysia:

" saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu."

Mencipta lagu untuk didengar oleh orang kebayakan maka lirik perlu jelas walau puitis ( rasa aku lirik lagu ni jelas ). Jelas dari segi makna dan tujuan. Tetapi pencipta pula mempunyai takrifan berlainan, olehitu lagu itu bersifat peribadi dan difahami oleh penciptanya sahaja. Tak perlu dirungkaikan oleh orang satera dan geografi dan tak perlu di sebarkan.

Nasib baik lagu ini telah di haramkan penyiarannya sementara menunggu keputusan muktamad ( tak pasti dah haram sepenuhnya atau belum ).

Perenggan yang lain pula:

"Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif? "

Begitu mudah menggeluarkan kenyataan. Mempertikaikan lagu 4 minit boleh rosakkan anak yang dijaga selama 20 tahun. Apabila lagu ini dimainkan di radio ia bukan lagi bersifat peribadi dan menidakkan pendengar. Takkan bila lagu nie dimainkan di radio, kita pun tukar siaran lain.

Mungkin pencipta melihat kepada lagu 4 minitnya sahaja. Jika lagu itu diputarkan 10 kali dalam sehari dah jadi 40 minit. Benda yang merosakkan nie memang mudah di ikut. Ibarat pepatah melayu "Air yang menitis di atas batu. Walau sepejal mana sekalipun batu itu, lama kelamaan ia akan berlekuk". Kalau kerajaan tak haramkan lagu ini rasanya selepas ini akan lahir berbagai lagi lagu seperti itu atau yang seangkatan dengannya.

Cuba bayangkan ada 40 lagu yang seangkatan dengannya yang setiap lagu panjang 4 minit kalau kali dengan 40 dah jadi 160 minit. Jika setiap lagu di mainkan sebanyak 2 kali sehari, akan jadi 320 minit bersamaan 5 jam lebih ( semua orang yang mempunyai asas mathematik pun boleh kira ). Itu tidak kira konsert yang bersepah diadakan waktu malam.

Pada ketika itu bolehlah dalam pertandingan lagu ditambah satu lagi kategori lagu untuk dipertandingkan, disampaing Irama malaysia, balada, rock ditambah irama songsang. Dahlah sekarang nie dilambakkan dengan lagu cinta yang merosakkan. Penciptanya pula bukan remaja pun, dah beranak-pinak.

Pencipta-pencipta lagu diharap berfikir apa yang hendak dicipta. Apa yang hendak disampaikan biar jelas maksudnya atau difahami oleh pendengar. Apa yang kita hendak generasi muda sekarang capai mungkin 20 tahun akan datang. Jangan hanya fikir berapa aku dapat dengan lagu ini sekarang. Ini kalau dalam album 10 lagu, mungkin 8 mesti lagu cinta yang entah apa-apa. Kalau ada lagu bermesej selain cinta selalunya tak sedap, hanya melepas batuk ditangga. Sehinggakan pertandingan lagu kanak-kanak pun dipenuhi lagu cinta dewasa, maka tergedik-gedik bebudak nie atas pentas.

Tadi sebut penciptanya, begitu juga dengan penyanyi. Asal lagu sedap ja nak nyanyi. Tak kira kesan kepada pendengar, janji duit masuk. Tolong paham maksud lirik.

Kat Malaysia nie dah banyak gajala sosial, ini ditambah lagi dengan sebahagian penggiat seni yang mengenepikan soal budaya dan agama dalam berkarya.

Kerajaan Malaysia perlu ada jabatan penapis yang menilai sesuatu hasil seni sebelum ia di keluarkan. Ini bagi mengeklakkan hasil seni dah di keluarkan baru larangan di buat. Ini merugikan penggiat seni yang tidak menitik beratkan soal budaya dan agama.

p/s :

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Berus Gigi Elak Sakit Jantung

Dalam minggu lepas terbaca satu arikel dalam Utusan Malaysia mengenai berus gigi. Jadi hari nie aku cari kat Google. Jumpalah artikel tu tapi bukan dari Utusan.
Ini bukan berus gigi yang boleh elak sakit jantung tetapi memberus gigi. Apa yang menarik ialah memberus gigi bukan setakat membersihkan gigi dan elak mulut berbau. Itu yang kita belajar dari sekolah rendah. Kepentingan memberus gigi telah pergi jauh dari itu.


Kita dok dengar serangan  jantung disebabkan merokok, pemakanan yang tak seimbang, kurang bersenam dan tidur tak cukup. Tetapi kali ini didedahkan bahawa gigi yang tidak dibersihkan juga boleh mengundang sakit jantung.

Kotoran atau bakteria yang dikenali sebagai S. gordonii dalam mulut akan menyebabkan terbentuknya plak pada gigi . Bakteria ini juga boleh masuk dari luka digusi dan melalui pembuluh darah dan ia berfungsi membekukan darah. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Kematain boleh terjadi jika pembuluh darah kejantung tersumbat.

Untuk mengelakkannya terjadi doktor mencadangkan membersihkan gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan selalulah berjumpa dengan doktor gigi.

Maklumat boleh baca kat bawah :
http://www.indianexpress.com/news/brush-your-teeth-daily-to-stave-off-heart-disease/928532/