Malam nie aku nak cuba yang spesial sikit kat Kiosk @ Bertam. Kami cuba di Nan's Kitchen, masakan western. Belek punya belek menu dia, dipesan lamb grill ( kalau tak silap la, dah lupa), hot dog dan aku tanya dia apa yang menarik, diberitahu masakan baru iaitu lamb pasta XXXX carbonara ( yang XXXX tu aku tak tau nak sebut) bentuk macam keow teow, pesan saja lah nak rasa. Air pula yang istimewa air strawberry ada buih (kiri sekali).
jeng...jeng...jenggg bila sampai alamak sikit ja. Keseluruhan rasa boleh kata sedap lah tapi dalam kuantiti yang sedikit ( dalam gambar macam banyak ). Lamb grill datang dengan hirisan kambing disaluti sos lada hitam bersama garlic bread, kentang dan salad.
Hotdog berbalut telur dengan kentang.
No comments:
Post a Comment