Kenapa Harddisk Aku Kecil Sikit ?

Kelmarin komputer kat rumah buat hal. Tak boleh masuk Windows. Dia boot sampai skrin depan Windows saja. Atas nasihat kawan masa start komputer tekan F8 baru boleh masuk keservis menu dan dapat patah balik ke tarikh yang dia ok sebelum ini. Selepas buat baru komputer nie ok. Jadi sebelum dia pejam terus hari nie aku pi kedai komputer cari harddisak luaran untuk buat backup fail-fail yang penting.

Selepas habis isteri aku pi periksa kat klinik, kami pi cari harddisk luaran. dapat la sebiji, jenama cover luaran entah apa-apa la tapi harddisak tu Western Digital.
Balik rumah aku check la kat komputer, cucuk la USB dapat la masuk. Tapi kapasiti tak sama, pada kotak dia tulis 320 GB tapi bila tengok hanya dapat +/- 298 GB saja. Apa lagi format sekali lagi. Sambil tu search internet cari sebab musabab perkara nie berlaku. Kalau tak jumpa alamatnya kena hantar balik la, tumpang ada waranti lagi.

Dok serach tu dapat la maklumat dari Yahoo Answer ni, siap dengan kiraan lagi.

First when the disk manufacturer calculates disk size they use
1000B = 1KB
1000KB = 1MB
1000 MB = 1GB

You computer calculates disk size it uses
1024B = 1KB
1024KB = 1MB
1024 MB = 1GB

so your computer measures the 400GB drive as
400/((1.024)(1.024)(1.024))=372.5 GB

ini dia laman aku dapat maklumat tu http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20071009001741AA5IcDo

Jadi aku kira la harddisk aku yang 320 GB tu:

320/((1.024)(1.024)(1.024)) = 289 GB yahoooo... betulll tak perlu la pi hantar kat kedai tu balik. Kalau tidak buat habis air liur bertengkar.

Mid Gulai Kawah

Hari nie aku ambil cuti bawa isteri aku ke klinik. Mana tahu boleh bersalin dah. lagi pun dah due ikut kiraan. Sampai klinik Dr kata tak buka lagi. Jadi nak duduk dalam wad atau tunggu kat rumah. Dr bagi masa kurang seminggu lagi boleh tunggu. Takkan nak duduk lepak kat wad ja, membazir. Jadi kami kena pi jalan-jalan supaya senang bersalin.
Dah tengahari jadi pi cari makan dulu. Sekarang kena makan yang berkhasiat yang ada sayur dan ulam. Jadi dari Sungai Petani kami ke Sungai Dua. Walau jauh tak pa la sebab nak ke Sunway Carnival. Ada sebuah gerai yang mejual makanan kampung iaitu Mid Gulai Kawah.
Mid Gulai Kawah

Kami sampai kira-kira hampir jam 12 tengahari. Masa yang sesuai sebab jika lambat lauk habis atau masa rehat jam 1 tengahari orang ramai sangat.
Sampai kesana orang masih kurang, jadi selesa la sikit nak makan. Lauk-lauk sudah tersedia. Apa lagi kaut la.
Berbagai jenis lauk, berbagai jenis ikan, daging, ayam, udang dan sebagainya dengan pelbagai jenis masakan seperti goreng, masak kicap, bakar, gulai, kerabu dan entah apa-apa lagi la. Sayur pun boleh tahan banyak juga. Ulam pula ada semeja. Boleh jadi kambing ( kalau makan banyak ulam / sayur orang kata jadi kambing, kalau makan ayam atau daging tak jadi harimau pula ).
Berbagai ulama-ulaman
Haaa... ini yang istimewa kat Mid Gulai Kawah, mestilah gulai kawahnya. Memang di letakkan sekawah gulai daging bersama umbut / batang pisang, tak tipu punya. Kawahnya sentiasa panas. Kebanyakan orang yang makan kat sini mesti ambil semangkuk gulai.
Tuuu dia kawah besar macam kenduri. Sekejap saja boleh licin

Harga memang berpatutan dan kedai ini sangat terkenal dikawasan sekitar Sg Dua. Kedai ini buka untuk makan tengahari saja, setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti kecemasan.

Nak kesana ni dia peta lokasi dar Google map. Kira berhadapan stesen minyak Mobil dan bersebelahan Esso Sg. Dua.

View Mid Gulai Kawah in a larger map

Heritage Betul La Gambar Aku

Hari nie dalam dok search google termasuklah satu laman web. Web persendirian tapi ok lah sebab dia punya web berbayar. Dia telah guna gambar dari blog aku mengenai Hong Kong Shoe Store, nie laman web dia.

http://www.tourmalaysia.com/2010/02/09/penang-heritage-trail-route-2-hong-kong-shoe-store/

Walau dia tak tinggalkan komen dalam blog aku tapi dia bagi kredit blog aku kat web dia kira ok la tu.

Earth Hour 2010

Telah berlangsung Earth Hour 2010 pada 27hb Mac 2010 dimana diminta menutup lampu selama sejam dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Dunia semakin tua, selamatkan lah dia.

Puncak Mutiara Cafe

Adalah suatu hari tu sembang dengan member ofis pasai makan-makan lalu mereka bagi tahu suatu tempat yang menarik. Mereka beri la alamat dan petua-petua pi kat situ. Search internet pun dapat web tempat ni dan ada berita mengenainya dari Utusan Online. Tapi aku tak mau pi lagi sebab tunggu isteri bersalin. Lepas habis pantang baru nak pi sana. Tapi dekat nak due tak bersalin-salin juga, kami pun pi la ke sana. Kononnya nak bagi isteri banyak berjalan supaya cepat bersalin.

Jadi hari nie, tempat tu menjadi tujuan untuk makan tengahari. Sebenarnya bukan tengahari sangat, lebih kepada petang sikit. Nak pi tengahari panas sangat. Aku datang dari Kepala Batas menuju ke sana. Sampai kawasan dekat situ, tak nampak papan tanda, terus terlajak ke Yayasan Aman, aku rasa la. Patah balik lebih hati-hati. Sampai keselekoh yang seperti yang dipetua lihat kekiri ( kalau tak terlajak kena lihat kanan) lalu ternampak papan tanda Puncak Mutiara Cafe.

Aku belok masuk kelorong kecil yang dikiri kanan jalan rumah-rumah kampung. Jauh juga masuk kedalam, macam tersesat. Sampai ke hujung baru nampak tembok pintu masuk tertulis Puncak Mutiara Cafe.
Mula-mula nak naik dengan kereta ke atas, tapi rasa macam tak larat kereta nak panjat. Ternampak kawasan parking dihadapan sebelah kanan. Parking lah dibawah pokok durian. Luas kawasa parking yang disediakan.
Masuk kedalam cafe, nampak kawasan ni didirikan banyak wakaf / pondok dibuat dari kayu. Masa kami pergi ni ada beberapa wakaf yang telah dihuni pelanggan menjamu selera. Kami pilih satu yang rasa ok. Nak jalan jauh tak larat. Kawasan ini memang bersih dan teratur.

Wakaf-wakaf nie ada berbagai saiz dan ada yang mempunyai kerusi dan ada yang jenis bersila atas lantai. Kami pilih yang berkerusi, isteri aku yang sarat senang bangun. Kawasan ni dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian dan nangka. Durian dah berbuah.
Dalam wakaf yang kami duduk telah ada diletakkkan menu. Banyak juga menu dia, berbagai nasi goreng, tomyam, roti cicah kuah, western, chinese dan berbagai jenis air, memang bermacam-macam lah. Datang pelayan, kami pilih beberapa menu. Sementara menunggu hidangan siap, aku tanya pelayan, boleh kami pi tengok kambinh ka? Dia tunjuk ke satu kandang kambing yang tak berapa jauh dari kawasan wakaf.
Apa lagi aku dan anak-anak pi kesitu. Kena naik ke tingkat atas kandang tu. Dan ada satu pintu pagar besi. Kat pagar tu ada satu papan tanda yang memberitahu supaya "Pelawat hanya dibenar mengambil gambar TANPA FLASH dengan kebenaran" dan beberapa peraturan lagi. Jadi aku tutup flash dan guna lah apa yang mampu. Sampai ke atas, seorang pekerja datang dari balik pagar membuka pagar itu.
Anak-anak aku apa lagi ketaq nak masuk la, kambing ada yang dia lepas bebas di sekitar kandang tu. Dalam dok ketaq masuk juga. Kami lepak kejap bagi anak-anak aku selesa sikit, sebab masih takut dengan kambing. Kambing-kambing nie memang tak takut orang, siap datang lagi kat kami. Ada sekor tu siap gigit seluar aku.

Pekerja kat situ beritahu boleh jalan-jalan melawat kandang. Dah mereka tak takut lagi, baru jalan diantara kandang-kandang kambing disitu. Boleh pegang kambing disitu, kebanyakan jinak. Kambing-kambing itu berada didalam kandang-kandang mengikut baka. Ada berbagai baka seperti jamnapari, boer, jawa putih dan sebagainya. Boleh ditempah.

Ini dia kambing bertanduk empat. Ada seekor sahaja.


Dok asyik belek kambing tu, talipon berbunyi, isteri aku panggil. Makanan dah sampai. Kami pun turun dari kandang dan ke wakaf.

Ni dia yang di order. Air strawberry shake, kalamansi, coke float dan air ais. Air kalamansi tu macam air asam boi, masam.

Ini dia briyani kambing, waktu pelayan tu datang aku tanya apa yang spesial?, dia bagi tahu nasi briyani kambing nie. Dia datang dengan set, nasi briyani, kambing, dalca dan air asam.
Briyani ayam kampung nie pun sama datang dengan set yang sama dengan set kambing.
Ini pula chicken chop dan sup daging cicah roti banggali.

Nasi briyani kambing nie kira cukup la ramuan dia, dimasukkan juga badam dan biji gajus ( biji jangguih aku selalu cakap) dan memang banyak. Daging kambing memang lembut, boleh kaih-kaih dengan camca dan memang besarrrr, puas hati la. Rasa pula bagi aku kira ok saja, macam ada yang kurang. Dalca yang diberi pun ada kurang, caroi sikit. Air asam sedap.

Chicken chop kuah yang dia tuang atas ayam rasa terlebih manis dan kacang peas yang ada dalam kuah tu tak berapa empuk dan aras macam masak sweet and sour. Sup pula daging liat sikit dan terlebih masam. Bagi aku kalau nak cicah roti mereka patut buat macam sup mamak, lebih pekat.Selesai makan anak-anak aku ajak sekali lagi masuk ke kandang kambing, masuk saja la. Kanak-kanank zaman sekarang mana ada peluang bermain dengan kambing, dok rumah taman. Habis beramah mesra dengan kambing kami ke belakang cafe ini, ada dua kolam ikan. Kami pusing ja. Nak tangkap ikan pun perut dah kenyang. Keseluruhan makan di sini memang best. Walau rasa makanan yang aku makan kurang sedikit ( bagi citarasa aku) tetapi suasana persekitaran yang menarik menjadikan ia amat berbaloi dan ada kelainan. Bukan makan kambing sahaja tetapi makan kambing bersama kambing dan makan ayam bersama kambing. Ketika aku makan disini lalat boleh dikatakan banyak juga dan kadang-kadang terbau kambing, memanglah kita berada di persekitaran kawasan ternakan kambing. Tak perlu buat aduan. Kerana persekitaran inilah yang menjadikan Puncak Mutiara Cafe ini menarik. Datang bukan setakat nak makan tetapi kita nak berada dalam suasana yang berlainan dari biasa. Tak rugi punya. Kawasan makan memang luas, kalau buat jamuan pun best. Lagi best jemput aku sekali.

Kalau nak sampai kesitu memang mencabar sikit melalui simpang yang kecil. Jadi kat bawah nie aku letakkan lokasi dari Google Map.


View Larger Map

Alamat:

(Mutiara Kristal Corporation Sdn Bhd)
NT 3765, Kampung Pelet
14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tel: 04-5228502, 5228503

Waktu operasi:
Setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Haji :9.00 pagi - 3.00 pagi (maklumat dari brochure) 10.00 pagi - 4.00 pagi (dari web)

Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana

Hari ini selapas hantar anak aku ke tiusyen bahasa inggeris, lebih kurang jam 9 pagi lebih sampai ke Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Disini berlakuknya Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Bertam Perdana ( SKBP). Mesyuarat ini dengan agenda pembubaran AJK Penaja yang telah dilantik awal tahun ini ketika pendaftaran pelajar baru dan perlantikan AJK PIBG yang baru.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis, doa dan dikuti oleh Pengerusi PIBG penaja diikuti oleh Guru Besar SK Bertam Perdana selaku penasihat PIBG iaitu Cikgu Noor Azhar b. Mansor.
Anak lelaki yang aku dah bosan, nasib baik aku bawa pen jadi bagi dia conteng buku aturcara. Ini nukilan dia, kira macam masterpiece la tu. Kalau anak aku nie nama besar dalam seni lukis pasti bergulung orang buat tafsiran.

Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Abu bakar Bin Saad selaku Penyelia Unit Sekolah Rendah PPD Utara. Dalam ucapan perasmian En Abu bakar menyarankan semua ibu bapa bersatu dan sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan juga PIBG. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh ibu bapa dapat memantap dan menaikkan sekolah. Beliau beri ucapan sungguh menarik dan bersemangat dan diselang seli dengan jenaka, maklumlah orang lama dalam bidang perguruan. Beliau ada bawa satu cerita mengenai "Raja Dan Madu". Kisah ini dicerita kan dengan gaya bersahaja dan jenaka tapi mempunyai makna yang dalam.

Cerita ini mengisahkan seorang raja yang amat di kasihi oleh rakyatnya ingin menguji kesetiaan rakyat kepadanya dengan merintahkan setiap rakyat hatta mamak menterinya untuk membawa madu kepadanya. Lalu sekalian rakyat dan menteri terfikir bagaimana nak mencari madu. Maka terfikirlah mereka bahawa jika mereka tak bawa madu tetapi diganti dengan air pun tak apa. Sebab dia sahaja yang tak bawa, ramai lagi rakyat negeri itu akan bawa. Pada hari yang ditetapkan maka sekalian rakyat pun mawa lah madu dan dimasukkan kedalam bekas yang disediakan. Kesudahan pada hari itu raja pun bukalah tong-tong yang penuh diisi madu. Apa yang Raja tu dapat ialah tong-tong itu hanya ada air kosong sahaja. Apa yang dapat dari cerita ini telah dihubungkan dengan PIBG, dimana jika ada program yang dianjurkan jika ada ibu bapa yang berfikiran tak perlu lah dia hadir kerana orang lain ramai lagi akan hadir maka akan pasti program sukar untuk dijalankan jika semua ibu bapa berfikiran begitu.
 
Selepas perasmian ibu bapa dan guru-guru diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah. Terasa macam masuk sekolah balik. Lagu itu dicipta oleh Cikgu Abd Latif b. Saidin.
Habislah sesi perasmian dan semua dijemput mengambil makanan yang disediakan dan selepas itu majlis disambung dengan pembubaran AJK penaja maka dilakukan pemilihan semula AJK PIBG yang dipengerusikan ole En Mohd Hisham Hamzah ( pengerusi sementara ). Perlantikan AJK berjalan lancar.
Selepas perlantikan AJK aku keluar mengambil anak kat tiusyen dan datang semula. Ketika sampai aku dengar YDP yang baru Cikgu Abd Latif B. Saidin memberi usul supaya PIBG mengumpul dana unutk sekolah dengan setiap keluarga menyumbangkan RM50.00 bagi digunakan oleh guru-guru untuk belanja pengajaran seperti photostat. Dana dari kerajaan yang dijanjikan masih kabur lagi. Usul ini telah disetujui oleh yang hadir. Beliau juga mencadangkan jika OC sudah diperolehi dan perabut sudah datang, diusulkan semua ibu bapa datang untuk buat gotong royong menyusun dan membersihkan sekolah. Beliau merupakan guru yag berpengalaman dan tahu keperluan PIBG dalam membantu sekolah. Beliau juga merupakan orang yang mencipta lagu sekolah.

Guru besar juga memberi usul supaya PIBG mencari jalan supaya laluan berbumbung di buat dari pintu masuk ke sekolah. Kerana beliau telah memasuki SK Bertam Perdana dan didapati dari pintu pagar sekolah ke bangunan sekolah jarak boleh dikatakan jauh juga, jika hujan memang kasihan kepada kanak-kanak.

Majlis tamat lebih kurang jam 12 tengahari. Semoga SK Bertam Perdana dapat disiapkan dengan cepat dan anak-anak tak perlu lagi menumpang di SK Bertam Indah. Janji bulan Jun 2010 untuk pindah tetapi itu hanya perancangan.

Shopping....

Aku dan isteri aku rasanya pi shopping ke pasaraya dalam sebulan ada la sekali atau dua sahaja. Beli la barang-barang yang dah nak habis atau tambah barang yang tak ada. Tapi anak aku rasanya hari-hari dia shoping.

Anak aku sekolah petang jadi oleh kerana kami kerja jadi waktu pagi dia kena transit kat CIKAL, pusat transit kat belakang rumah aku. Tempat nie ok la walau transit tapi ada belajar tahfiz. Tapi semenjak dua menjak nie, tempat nie dah upgrade sikit, dah ada jualan pula. Sekarang nie mereka jual dadih. Bagi aku la, mereka tak patut buat macam nie sebab transit menyediakan makanan dah, tak perlu lah disediakan makanan tambahan pula yang perlu dibeli. Boleh la kata kepada kanak-kanak tu kalau tak nak tak perlu beli, tapi mereka faham kah?. Bila lihat kawan mereka beli, walau tak lapar mesti ada perasaan teringin untuk memiliki sama. Kasihan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tak berada. Jangan pula menangguk di air keruh.

Sekarang nie aku bagi duit sekolah kat anak aku untuk dibelanja di sekolah. Tempat transit dah sediakan makanan dah. Oleh kerana transit membuat jualan maka kadang-kadang separuh dari perbelanjaan yang sepatutnya digunakan disekolah dibelanjakan di transit. Tak sempai sekolah lagi dah kena tol.

Disekolah pula sebelum mula masa persekolahan, di pinggir-pinggir sekolah macam pasar malam, banyak jualan. Tak bolehkah kerajaan menjadikan kawasan sekitar sekolah bebas dari aktiviti jualan terutama jualan barang-barang yang tak berkualiti seperti makanan ringan.

Setelah masuk kawasan sekolah ada sekolah yang menyediakan kedai koperasi. Bagus kedai nie menyediakan alatan pembelajaran tapi ada pula yang bertindak lebih lagi dengan membuat jualan barang-barang yang tak masuk akal dijual di dalam sekolah seperti stiker. Memang mereka boleh membolot keuntungan dengan menjual barangan begini tapi adakah terfikir duit yang kanak-kanak bawa itu untuk apa?. Dan terfikirkah mereka kepada kanak-kanak yang kurang berada yang bawa duit sekolah cukup-cukup untuk mengalas perut?.

Ada pelajaran kesihatan, menerangkan tentang piramit makanan dan pengambilan zat-zat yang penting untuk badan. Adakah apa yang mereka belajar telah dipraktis disekolah. Diceritanya makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran. Berapa banyak sekolah yang sediakan makanan ini. Yang aku selalu lihat kantin sekolah kebanyakannya menyediakan nugget dan sosej dan juga menjual makananan ringan seperti keluaran APOLLO ketika rehat. Bagaimana nak mendidik kanak-kanak jika apa yang dicerita hanya untuk menjawab peperiksaan saja bukan untuk amalan.

Kanak-kanak ini lah yang akan mewarisi bangsa akan datang. Pusat-pusat pendidikan selalu menuding kepada ibu bapa supaya menjadi contoh kepada kanak-kanak sebab mereka tak dapat mengawal sebegitu besar kanak-kanak. Tapi aku sebagai ibu bapa harap pihak institusi pembelajaran juga menjadi contoh. Mungkin dengan satu arahan sahaja kepada pihak sekolah keadaan ini dapat diubah. Mereka bolah mengarahkan kantin dan kedai koperasi disekolah menyediakan makanan berkhasiat dan barangan yang berguna, jika tak dapat menyediakan seperti diarah cari penender lain. Selesai masalah. Kanak-kanak pun tak perlu berbelanja perkara yang tak berfaedah. Melentur buluh biar dari rebung. Kalau dah jadi buluh tua macam aku nak lentur kena layur atas api.

Waranti TESCO

Tak tau arah nak pi mana, kami ke TESCO Sungai Petani ( yang baru ). Sampai la ke bahagian elektrik. Terfikir nak beli DVD Player untuk TV atas. Pergi bahagian DVD, berbagai jenis ada dari berjenama hingga tak ada nama.

Pilih punya pilih ambil la jenis Pensonic, harga boleh tahan la. Bawa ketempat testing dulu, beri staf mereka test. Lalu terbaca satu notis yang ditulis di situ.
Barangan yang dijual ada dua kategori iaitu Class A dan Class B. Class A terdiri dari barangan elektrik berjenama seperti Sony, Toshiba, Samsung, Pensonic dan macam-macam lagi dan Class B pula terdiri dari barang yang tak berapa ada nama seperti Agip, Cenfonix dan beberapa nama yang aku tak kenai. Aku tanya staf yang bertugas apa yang dimaksudkan dengan Class tu. Lalu dia jawab Class A terdiri dari barangan yang berjenama dan waranti TESCO tidak tanggung, jika berlaku kerosakan pelanggan kena hantar sendiri ke pusat servis. Manakala Class B pula terdiri dari barang yang jenama TESCO, jika rosak TESCO akan ganti baru atau perbaiki ketika waranti.
Dengar saja dia cakap macam tu aku pun tukar la ke jenama TESCO. Senang sikit kalau rosak hantar balik ke TESCO saja lagi pun murah. Selepas setahun rosak kira beli lain ja.

Keratan Akhbar - Puncak Mutiara Cafe

Menjamu Selera di Puncak Mutiara Cafe


BUKIT MERTAJAM 17 Mac - Apabila mendengar cerita rakan-rakan tentang restoran di ladang kambing, penulis tertanya-tanya apa istimewanya menjamu selera di kawasan berbau hamis itu.
Namun sebaik menjejakkan kaki ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet dekat sini, hati penulis mula tertawan dengan suasananya yang menarik dan mendamaikan.

Restoran milik penuh Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd. itu dibuka sejak 2008 dan berkeluasan lebih dua hektar meliputi pusat ternakan kambing, kolam memancing ikan dan kawasan tanaman.

Ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 2 pagi dan menawarkan pelbagai jenis hidangan sama ada makanan ala kampung, ala Thai, Barat dan Cina.

Menurut pengurusnya, Shukri Hussain, sesuai dengan suasana terletak di kawasan ternakan kambing yang mula beroperasi sejak enam tahun lalu, pastinya hidangan istimewa adalah berasaskan daging kambing.

"Selain itu kami juga menyediakan beberapa menu hidangan ayam kampung dan burung puyuh yang dipelihara sendiri di kawasan ini," katanya.

Tambah Shukri, apa yang istimewa di Puncak Mutiara Cafe adalah suasana tempat makan yang berkonsepkan pondok dan pelanggan boleh memilih beberapa jenis pondok yang disediakan.

Jelasnya, terdapat 76 pondok dan tempat makan dengan konsep bersila, pangkin, meja bulat dan meja batu di sediakan di situ.

Lebih menarik pondok-pondok itu dinamakan dengan nama baka kambing seperti Boer, Jamnapari, Dopper, Faral, Kalahari, Saanen dan Kadjang.

"Konsep pondok ini lebih digemari pelanggan kerana menimbulkan suasana santai dan romantis bagi mereka yang datang berpasangan selain menimbulkan nostalgia cara hidup Melayu masa lampau.

"Itulah yang membuatkan restoran ini istimewa di hati pelanggan dan mereka akan terus datang untuk kali kedua dan seterusnya," ujarnya.

Malah jelasnya, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang pernah beberapa kali mengunjungi restoran ini memuji konsep yang ditampilkan itu.

Ditanya sejarah pembukaan restoran itu, Shukri memberitahu, ia bermula apabila pelanggan yang datang membeli kambing mahukan tempat makan untuk mereka melepaskan lelah.

Katanya, ramai pelanggan datang dari luar Pulau Pinang malah ada dari Kuala Lumpur, Melaka serta Johor dan mereka menghabiskan sehari suntuk untuk memilih kambing-kambing yang dibekalkan di situ.

"Atas desakan mereka, kami membina dua pondok yang menyediakan hidangan teh tarik dan juga mi goreng untuk hidangan mereka.

"Bermula dari situ, kami mula membina lebih banyak pondok dan hasilnya, wujudlah Puncak Mutiara Cafe yang pertama seumpamanya di negara ini," katanya.

Antara kemudahan yang disediakan di restoran itu selain pondok adalah bilik berhawa dingin termasuk kemudahan karaoke, surau dan tandas yang selesa serta tempat letak kereta.

Selain itu terdapat kolam ikan yang membolehkan pelanggan memancing sendiri ikan-ikan seperti baung, patin, rohu, talapia, keli dan pacu.

"Pelanggan boleh menyewa joran dengan caj RM5 sehari dan ikan yang ditangkap boleh dibeli dengan harga yang amat berpatutan dan lebih murah daripada harga pasaran.

"Pelanggan juga boleh menikmati buah-buahan seperti rambutan, nangka, durian dan dokong dengan harga yang berpatutan pada musim buah-buahan," kata Shukri lagi.

Mengenai kandang kambing yang menjadi nadi utama Puncak Mutiara Cafe, Shukri menjelaskan kini terdapat hampir 800 ekor kambing pelbagai jenis dipelihara di situ.

Kambing-kambing itu diimport dari Australia dan Indonesia untuk pasaran tempatan dan menjadi pilihan untuk kenduri-kendara serta korban dan akikah.

"Harga yang kami tawarkan untuk kambing-kambing ini amat berpatutan dan pelanggan boleh memilih untuk membawa pulang kambing hidup atau menyembelihnya di sini," katanya.

Pelanggan yang ingin menjamu selera di Puncak Mutiara Cafe digalakkan membuat tempahan awal melalui telefon atau laman web mereka www.puncakmutiara.com kerana ia sentiasa penuh terutama pada hujung minggu dan musim cuti.


***Petikan dari Utusan Online pada 13/3/2010***

P/s: nanti akan aku pi ke sana

Power window lagi....

Hari nie aku pi servis kereta kat PERODUA Servis Center kat Seberang Jaya. Macam biasa, tukar apa yang perlu di rukar dan yang pasti boleh kata setiap kali pi servis mesti aku minta perbetul power window. Dah banyak kali dah suruh depa perbetul. Dari masih ada waranti sampai habis waranti. Lepas servis ada la boleh pakai tiga ke empat hari lepas tu akan ada masaalah balik. Bila turun susah nak naik, kena tekan dua tiga kali. Kira kaedah cuba jaya la tu.

Kali ni aku tanya staf kaunter kenapa power window Myvi aku tak elok-elok?. Dia jawab " Itu masalah common". Aikkkk...masalah common jawabnya. Jadi masalah tu kira ada dalam buku manual la, sebab masalah itu akan sentiasa ada dan adalah normal.

Aku takkan nak pi marah penjaga kaunter tu pula, dia tak bersalah. Yang perlu selesaikan masalah ni mestilah orang-orang atasan PERODUA seperti Bahagian Kejuruteraan yang sentiasa menghadapi masalah ini dan Bahagian Pembelian sebab dari ceruk mana mereka beli alatan. Mesti mereka ada statistik kerosakan alatan kenderaan bawah jenama mereka. Kalau dah terlampau kerap sangat sesuatu alatan tu rosak atau tak berfungsi, rasa aku PERODUA patut mengambil tindakan memperbetulkan keadaan. Jangan perkara kecil menyebabkan orang hilang kepercayaan umpama rosak bawang kerana jmabak. Jangan biar pelanggan yang terpaksa menanggung kos pembaikan untuk barangan tak berkualiti PERODUA bekalkan. Ikuti contoh kereta buatan negara lain seperti TOYOTA dan HONDA, mereka tak takut mengaku kesilapan yang berlaku dan mereka sanggup menarik balik kenderaan yang terlibat untuk dibuat pembaikan atau penukaran, secara percuma lagi. Tak hilang bisa ular menyusur akar. Kalau barang bagus pelanggan tetap ada.
Beli kereta bukan dengan air lior. Walau kereta PERODUA Myvi tu boleh kata kenderaan dalam tahap mampu milik tapi jangan pula beri barangan murahan kat pembeli. Lepas tu kalau kurang pembeli, kata lah pula rakyat Malaysia tak menyokong barangan tempatan ( berapa peratus alatan dalam kereta tempatan adalah buatan tempatan??) . Lu pikir la sendiri...

Tak jadi lagi malam nie...

Kata orang tua-tua jika nak tahu bilakah isteri yang tengah sarat nak bersalin, ambil sanggul fatimah ( gambar atas sanggul fatimah yang masih kering ia kuncup ) rendam dalam air. Jika ia kembang menunjukkan masa dah hampir nak bersalin, jadi cepat-cepat ke hospital.
Malam nie isteri aku dah sakit-sakit, lagi pun masa nie dah hampir dengan tarikh due yang doktor bagi. Jadi isteri aku rendam sanggul fatimah dalam air. Tunggu lama juga baru kembang. Bila dah kembang, tak bersalin lagi. Mungkin petua nie mesti dilakukan dengan kaedah tertentu kot. Kami main taram ja. Tak pa tunggu lagi.

Original Chicken Chop Shop

Selepas anak aku hadiah kad dengan duit seringgit dan hari kedua isteri aku bawak balik kek birthday, ini hari ketiga isteri aku bawa makan kat Original Chicken Chop Shop. Mula-mula nak pi pada 11hb tapi jatuh hari Khamis jadi tak jadi la. Esok nak pi keja lagi jadi pi hari Jumaat malam, baru selesa sikit makan tak perlu sibuk-sibuk nak balik.
Restoran Original Chicken Chop ini rasanya sebelum ini kami dah pi dua kali. Tapi masa tu tak berapa cantik, mungkin dalam proses ubahsuai. Kali ni pi memang cantik dikelilingi pokok macam dalam taman.
Oleh kerana isteri aku belanja, apa lagi belasah la. Aku order lamb chop, isteri aku order chicken chop, anak-anak aku order chicken chop juga dan sepinggan chicken nugget.
Lamb chop yang di order aku rasa kurang panas, kalau panas berasap lagi best.

Chicken Nugget tak macam yang kita beli kat pasaraya, ada bentuk hati, drum stick dan sebagainya. Yang ini rasa aku tak ada bentuk, mungkin buatan sendiri. Tapi bagi aku tepung dia tebal, jadi rasanya kurang sikit bagi aku.
Restoran ini menyediakan masakan western disamping tu ada juga lain-lain makanan seperti nasi goreng. Restoran ini berdekatan dengan aidy's cafe yang pernah aku pi dulu, tapi ia terletak di blok perniagaan Telok Air Tawar Indah. Betul-betul bersebelahan dengan simpang masuk dari Jalan Telok Air Tawar ke Lorong Telok Air Tawar. Kalau datang malam memang jelas kelihatan sebab diterangi lampu lip-lap dan sign cahaya dari lampu neon. 
Klik untuk paparan lebih besar

Selamat Hari Jadi XX

Selamat hari jadi untuk akuuuu. TQ kepada isteri aku hadiah kek cheese. Kek beli ja....tokey kek dah sarat, tak dapat buat sendiri.