Puteri Bola-Bola

Nama pelik nie. Puteri raja mana nak main bola nie?? la nie orang pompuan pun main bola. Jangan hairan. Tapi sayang tak ada puteri main bola cuma sebuah restoran Galaksi Puteri Bola-bola.
Galaksi Puteri Bola-bola
Restoran ini di buka untuk makan tengahari dan malam. Aku nak tulis yang bahagian malam. Sebelah malam restoran nie menyediakan masakan ala Thai, goreng-goreng, western, Char koew teaw, satay dan sebagainya.

Restoran Puteri bola-bola berkonsep terbuka. Kawasan yang selesa tetapi kipas angin tak berapa cukup. Masa aku datang pelanggan boleh kata ramai juga.

Ada satu kiosk yang menyediakan berbagai jenis satay seperti satay kambing, rusa, ayam dan sebagainya.
Berbagai jenis satay
Aku oder satay kambing dengan ayam dan grilled black papper steak. Anak aku oder grilled black papper chicken ( kuah black papper asing ). Isteri aku oder char koew teaw saja.
Satay kambing dengan ayam. 
Grilled black papper steak, rasa OK sahaja. Persembahan menarik tetapi bahan sampingan sikit.
Grilled black papper chicken. Persembahan menarik tetapi bahan sampingan sikit
Char Koew Teow. Tak berapa sedap.
Keseluruhan apa yang aku makan kat sini OK sahaja. Tak cuba lagi seperti masakan ala Thai , goreng-goreng, ikan 3 rasa atau sebagainya.

Restoran ini juga menyediakan pekej set-set menu seperti gambar kat bawah.
Set-set makan untuk 2 ke 10 orang. klik untuk paparan besar.
Harga satay
Kepada yang hendak makan dengan sedikit terasing ada disediakan beberapa pagola di tepi restoran.
Pagola yang nak priversi
Aku biasa pi makan tengahari di restoran ini. Disediakan masakan ala kampung. Yang memang sedap ialah daging bakar. Kalau datang mesti daging bakar cicah air asam akan menjadi pilihan. Sup tulang pun sedap juga.
gelagat Ahmad Firas
Parking memang luas dihadapan restoran. Tak perlu risau. Lokasi restoran ialah di seblah kiri Jalan Bertam Indah sebelum sampai saimpang tiga Jalan Paya Keladi. Nak senang paham lihat Google map kat bawah.


View Puteri Bola-Bola in a larger map

No comments:

Post a Comment