Melaka - Hari 1: Asam Pedas Selera Kampung

Nie merupakan cuti-cuti Malaysia musim cuti sekolah hujung tahun lepas, 2hb Disember 2013. Sampai ke Bandaraya Bersejarah Melaka hampir tengahari. Cuaca tak berapa memberangsangkan, hujan renyai-renyai. Sekejap berhenti sekejap datang balik. Tapi OKlah tak lebat sangat.

Sampai saja ke Bandar Hilir terus ke Hotel Syaz Meridien tapi tak boleh check in lagi sebab belum jam 2 petang, lagi pun bilik tak kemas lagi. OKlah kami keluar dulu pusing-pusing kawasan sekitar, beli sedikit bahan makanan kat Arked Pahlawan.
Hati-hati letak kereta, sebab kat hadapan Arked Pahlawan merupakan tapak Uptown Pahlawan Walk yang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari 6 petang hingga 2 pagi. Kalau nak rasa kena saman boleh cuba ~ resit buat kenangan.

 Perut pun dah lapar. Oleh kerana dah sampai Melaka mestilah nak kena masakan terfemes di sini, asam pedas. Dihadapan Arked Pahlawan terletaknya sebuah restoran yang memang terkenal. Cari kat internet, ramai blogger yang buat review kat sini ada asam pedas terbaik. Orang memang ramai, jadi tunggu petang sikit baru nak makan kat situ ~ harap orang reda, dapat makan dengan selesa. Hujan pun makin lebat, nak jalan kaki tak boleh, jadi ronda sekitar Melaka dengan kereta.
Salah satu masjid yang ada di Melaka

Saja tunjuk kat anak-anak bentuk masjid kat Malaka yang menyerapkan budaya Cina dengan bentuk bumbung dan menara yang berbeza dari masjid kat Penang. Habis pusing-pusing, patah balik ke Bandar Hilir. Tuju ke destinasi utama untuk makan asam pedas iaitu di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Sampai kesana  jam 2.30 petang lebih ingat orang dah reda, tapi masih ramai. Kat luar masih lagi hujan. Aku masuk dalam kedai dulu. Meja semua dah penuh. Jadi pelayan kat situ suruh tunggu sekejap disalah satu meja yang rasanya bang mat sekeluarga tu dah nak bangun. Alhamdulillah, tak berapa lama dapat satu meja untuk kami enam beranak.
Orang Ramai

Anak aku duduk dulu kat situ booking meja, sebelum pi pange isteri dengan anak-anak aku yang lain masuk. Kat sini nak ambil nasi taruh lauk sendiri boleh atau nak hidang pun boleh. Sementara tunggu hidangan, diletakkan jeli kelapa dengan otak-otak atas meja. Balun dulu otak-otak nie.
Makan otak-otak dulu.


Kami pilih ambil hidang. Pi ke deretan lauk tu bagi tau nak hidang dan tunjuklah lauk apa yang berkenan.
Asam pedas pari, tenggiri, jenahak dan satu lagi aku tak ingat.

Antara menu yang terdapat disini.

Dah sampai pun apa yang di oder.
Asam pedas tenggiri dan pari, masak lemak daging salai, sotong goreng, ulam dan sambal.

Keseluruhan makan kat sini memang sedap. Tapi asam pedas tak berapa terangkat. Yang tersedap ialah daging salai masak lemak, kuah melekat. Pelayan kat sini pun baik-baik dan peramah.
Jemput makan.

Kat restoran Asam Pedas Selera kampung nie bila datang dapatkan meja dahulu baru boleh oder makanan. Orang memang ramai, takut makanan dah sampai meja tak dak lagi. Ermmm... makan atas lantai la.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung nie di buka dari jam 7 pagi hingga 6 petang setiap hari dan tutup hari Isnin. Waktu pagi disediakan sarapan pagi ~ tak pasti apa yang di hidangkan. Lokasi berhampiran Pahlawan Walk atau Arked Pahlawan. Nie alamat dia di G2, Jalan PM 3, Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka. Nama Plaza Mahkota tapi kawasan nie merupakan deretan shop lot. Payah-payah google map ja.


View Larger Map

Dah kenyang apa lagi, check in hotel Syaz Meridien lah dan layan mata sekejap.


Hotel nie kami booking melalui Agoda.com. Harga pun berpatutan dan sesuai dengan kami enam beranak.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

Ekspo Halal Antarabangsa ke 5

Jom ramai-ramai ke Ekspo Halal Antarabangsa kali ke 5 yang diadakan di Setia SPICE, dulu orang panggil komplek sukan PISA.
 “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Mencari yang halal itu dituntut, jadi cuti hujung minggu depan jom ke sana. Berbagai maklumat produk halal terkini ada dan berbagai acara disediakan. Ekspo ini akan berlangsung seperti maklumat dibawah:

Tarikh: 17 hingga 19 Januari 2014
Masa: 10 pagi - 8 malam
Lokasi : SPICE Arena atau PISA, Pulau Pinang. Lokasi lihat Google map kat bawah.


View Larger Map

Flower Egg

Ermmm... dah selesai cuti sekolah, jalan pun dah kembali sesak. Cuba lihat balik berapa banyak kenduri yang dah dihadiri dan berapa banyak bunga telur dah dapat dan menjadi koleksi.

Bunga telur seolah kemestian diberi ketika kenduri orang Melayu. Kalau tak ada bunga telur macam tak sah kenduri tu.

Dulu-dulu kalau bunga telur nie, memang original telur yang di hias cantik. Masa sekarang orang panggil bunga telur juga, tapi tak ada telur pun. Telur diganti dengan cekelat, sabun, sapu tangan dan entah apa-apa lagilah. Bunga telur yang ada telur kadang-kadang menjadi hiasan sebelum dijadikan buah tangan kepada tetamu-tetamu tertentu atau untuk keluarga besan sahaja.

Perkataan bunga telur tetap disebut sebab telah digunakan pakai turun-temurun. Macam ubat gigi dipanggil Colgate, ubat demam dipanggil Panadol, ubat batuk dipanggil Breacol, filem dipanggil Kodak dan macam-macam lagilah. Bunga telur nie mungkin juga boleh dipanggil cenderahati. Kalau dalam bahasa orang putih dipanggil goodies atau door gift.

Kadang-kadang bunga telur yang diberi tu menjadi pembaziran pula. Apa taknya diberikan benda yang syok sendiri seperti mangkuk kecil (nak buat apa kebenda nie?), bunga plastik, sabun dan gambar diri sendiri. Golongan pengumpul bunga telur mungkin ia amat bermakna untuk disusun dalam almari. Golongan nie pun dah hampir pupus. Kepada yang tak suka kumpul, bunga-bunga plastik dan juga hiasan-hiasan nie akan menjadi mainan kanak-kanak atau sampah.

Sekarang nie tak ramai dah buat bunga telur macam nie. Sekarang ramai yang dah beralih kepada pemberian yang boleh digunakan atau dimakan seperti kuih muih, cawan (yang boleh guna), sapu tangan, cekelat dan sebagainya. Bunga-bunga untuk hiasan pun dah tak ada, cuma beg kertas kecil untuk diisi dengan barangan tadi. Bertepatanlah dengan zaman yang serba naik sekarang nie.

Cuti sekolah penghujung 2013, aku dapat bunga telur yang lain dari yang lain. Bukan mudah nak memikirkan suatu benda yang berguna dan sesuai dijadikan bunga telur. Nie dia....
Kicap mini. Orang kampung aku pange toyu.

Sebotol kicap bersaiz mini. Mudah dibawa walau atas kapal terbang. Terima kasih kepada tuan kenduri yang memberi benda nie, memang terbaikkk. Lepas nie mungkin ada yang nak bagi budu atau cencaluk pulak.

Ketika nie yang dah jarang sangat dapat ialah bunga rampai. Ia selalu di letakkan bersama bunga telur supaya wangi. Rumah kenduri pun boleh wangi sekali.

Dah la tuuu... tertulis panjang pulak.

Kuliah Agama Januari 2014

Bersempena dengan mulanya tahun baru 2014 nie, jom kita berazam untuk menambah ilmu akhirat. Jadi bolehlah susun hadiri kuliah kat masjid dan surau.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas:



Masjid At-Taqwa Bertam Indah:




Surau Al-Husna Taman Bertam Perdana:



Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam



Jom ramai-ramai.

***Segala perubahan sila rujuk kepada masjid / surau berkenaan.

Kursus Intensif Ikat Tali Kasut

Kelmarin Muhammad Ammar menjalani kursus intensif cara mengikat tali kasut sekolah. Tahun nie entah ribut atau hujan kat mana dia nak kasut sekolah bertali dan juga tapak ada warna. Sebelum nie semua kasut jenis zap-on ja. Tak pa lah dah besar takkan nak pakai kasut zap on lagi.
Kasut sekolah bertali.
Hari nie dah nak sekolah, jadi petang semalam dijalankan kursus intensif ikat tali kasut. Haaa.. tengok kat bawah nie.
DSCF3144
Beri sokongan kepada abang.
DSCF3145
DSCF3146
Nur Fatini sedang ajar abangnya ikat tali kasut

Pagi nie hari pertama persekolahan. Apa-apa pun pi pakai kasut dulu. Tergagap juga nak ikat reben tu.
DSCF3166
Teringat masa aku darjah satu. Masa tu mana ada kasut jenis zap on, semua bertali. Bila tali kasut terbuka tak tau nak ikat cam mana. Siap teriak lagi cari Pak Lang aku suruh ikat balik. M Ammar jangan teriak pula kalau tali kasut terbuka kat sekolah.

DSCF3167
OKlah tu, semakin cekap

Tahun nie Siti Sarah dah darjah 6 jadi kena pulun sungguh-sungguh nak UPSR dan Muhammad Ammar dah darjah 3. Alhamdulillah tahun nie M Ammar bersekolah sesi pagi, jadi dapat pi sekolah sama-sama dengan kakak dia ~ masuk sekolah waktu pagi baru segar nak belajar.
DSCF3173
Sudah siap kembali kesekolah.
DSCF3175
Tayang beg baru. Harap-harap dapat menampung berat buku.

Ahmad Firas dan Nor Fatini masih meneruskan pengajian tadika dan nurseri di tempat lama. Didoakan keempat-empat anak aku belajar rajin-rajin, menghormati guru-guru, mudah dapat apa yang dipelajarai, tak tinggal sembahyang dan menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat, amin.

Tudung Apa Nak Pakai Pi Sekolah?

Sejak tutup sekolah anak pompuan aku, Siti Sarah cakap cikgu tak bagi dah pakai tudung ada awning. Betul ka? Sebab semasa Orientasi Tahun Satu 2012, PK HEM Cikgu Nor Hidayah beri taklimat pelajar perempuan boleh pakai tudung ada awning.

Hari nie 26/12/2013 aku talifon SK Bertam Perdana dan di maklumkan tudung ada awning tak boleh pakai kat sekolah. Maka kenyataan yang lepas terbatal. Diberitahu pelajar perempuan hanya boleh pakai tudung sekolah yang jenis dua lapis. Apa kebenda tudung 2 lapis tu? Dua lapis tu macam tudung yang orang pompuan pakai dok pi jalan-jalan tu ka? Mula-mula aku pun tak tau. Diterang yang jenis dulu-dulu tuuu. Yang jenis kain empat segi di lipat jadi tiga segi..
Tudung ada awning dan tudung dua lapis.

Jadi kepada ibu bapa yang dok tengah nak cari tudung harap ambil perhatian, jangan tersilap. Kepada cikgu yang cari duit lebih jual tudung sekolah pun harap jual yang boleh pakai kat sekolah.

p/s: Tudung yang dok ada masih lagi elok. Tahun depan pakai dululah, dah darjah 6. Nak buang sayang. Membazir amalan syaitonn.




2014 Bukan Tahun Lompat


Kali ini penduduk Malaysia terutama yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar akan menyaksikan pula kenaikan yang paling dinanti-nantikan iaitu kadar tol yang akan meningkat antara 50 sen hingga RM 2 yang akan dikuatkuasakan pada Januari 2014. Dibawah merupakan antara lebuhraya yang berkemungkinan akan naik. Mari kita lihat siapa yang kenaaa...sambil baling dadu.

Maklumat ini tak dapat dipastikan lagi.
NO.
NAMA LEBUHRAYA YANG DI NAIKAN HARGA
HARGA LAMA
HARGA 2014
1.  Pantai    RM1.50    RM 2.50
2.  Damansara    RM 1.00    RM1.50
3.  Kiara    RM 2.00    RM 3.00
4.  Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)    RM 14.96sen/KM    RM16.46sen/KM
5.  Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)    RM 1.40    RM 1.90
6.  Lebuhraya SMART    RM 2.00    RM3.00
7.  Lebuhraya Sungai Besi BESRAYA    RM 1.30    RM 2.00
8.  Lebuhraya Baru Pantai (NPE)    RM1.60    RM 2.00
9.  Lebuhraya Damansara/Puchong (LDP)    RM 1.60    RM 2.10
10.  Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH)    RM 1.50    RM 2.50
11.  Lebuhraya Kajang (SILK)    RM 1.00    RM 1.30
12.  Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)    RM 2.50    RM 3.50
13.  Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)    RM 1.90    RM 2.30
14.  Lebuhraya Trafik KL-Barat (SPRINT)    RM 1.50    RM 2.50

Kini pekerja TNB menikmati bonus minima lebih kurang 4 bulan gaji, mungkin bonus untuk pekerja lebuhraya pula akan menyusul. 

Harap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan juga tol Jambatan Pulau Pinang yang hari-hari aku lintas tak naik.

Hujan saja yang turun
Harga bahan api, disel dan petrol pun dah dikurangkan subsidi dan pada 1/12/2013 telah diumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan berlangsung dengan jayanya Januari 2014 untuk mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh TNB. Tapi tak semua pengguna akan merasa kenaikannya mengikut pengiraan dibawah.

* Tarif elektrik akan meningkat sebanyak purata 10.60% bagi kategori pelanggan domestik.

* Pelanggan domestik dengan penggunaan bawah 300kWh tidak akan mengalami sebarang kenaikan dan akan terus menikmati kadar sedia ada:

- 21.80 sen / kWj untuk penggunaan bulanan 0 hingga 200kWh (Lifeline Band) (tidak berubah sejak 1997)

- 33.4 sen / kWj untuk penggunaan bulanan 201 hingga 300kWh (tidak berubah sejak 2009)

* Terdapat 3.25 juta dan 1.31 juta pelanggan masing-masing di 0-200kWh dan 201-300kWh band penggunaan domestik (tahun kewangan 2012). Oleh itu jumlah pelanggan domestik yang tidak terjejas oleh kenaikan tarif adalah 4.56 juta atau 70.67% daripada 6.45 juta jumlah pelanggan domestik.

* Dalam hal ini pelanggan dengan bil bulanan RM77.00 dan ke bawah tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif.

Walaupun tak semua rakyat merasa secara langsung kenaikan ini tetapi kilang-kilang dan juga peniaga yang menggunakan kemudahan-kemudahan ini  nak letak kat mana peningkatan kos? Pastinya penggunalah.

2014 bukannya Tahun Lompat atau Tahun Melawat Malaysia tetapi rasanya akan menjadi Tahun Melompat-lompat dengan harga barang yang akan melompat naik.
 
Sedap juga baca blog Che Det nie, xx-PM Tun Dr Mahathir pun tak berapa setuju dengan banyak sangat kenaikan yang akan berlaku serentak.